Boss Gua

Pages

Hot Drama

31 October 2011

Gua Sebiji Bola

Gua sebiji bola.Gua dilahirkan di sebuah kilang yang terdapat di Amerika Syarikat.Tapi gua pandai cakap bahasa melayu berbanding sepiking omputih.Hebat tak gua.Gua ini bukan bola tampar,bukan bolah jaring,bukan bola ragbi,bukan bola bowling & bola baling.Tapi gua adalah bola sepak.Yang lain itu semua adik-beradik gua.


Adik beradik gua memang ramai.Tapi depa tidak se'Popular gua.Gua lupa nak perkenalkan nama gua.Nama gua Nike football .Gua Paling popular sebab gua sering kali digunakan untuk perlawanan di sekolah,gelangang futsal & di stadium.Yang paling gua bangga apabila gua terpilih untuk memasuki padang bola di perlawanan FIFA WORLD CUP.


Apa tujuan gua dicipta ? gua dicipta untuk 1 perlawanan yang mempunyai 22 orang pemain untuk sepak gua.Apa ke bangang cipta game yang macam ini.Kadang - kadang gua kecil hati gak.Apa salah gua sampai lu orang suka-suka je nak tendang gua.Sakit gila bila kena tendang.Meyh sini biar gua tendang lu,mesti lu marah kan.Nasib baik gua bukan orang.


Gua paling takut bila perlawanan FIFA WORLD CUP tiba.Time tu memang gua kene tendang kaw kaw la.Depa nak nak menang piala tu,tak pasal - pasal gua yang kene tendang.3 orang ini la yang suka tendang gua kuat - kuat.Agaknya mereka memang mengamalkan prinsip "JUST DO IT".Cilaka (-.-')


Sneijder , Wayne Rooney & Andres Iniesta

Bila dorang sepak tak goal,dok maki - maki gua.haishhhh.Kadang - kadang dorang sepak tu dah memang tepat kat goal.Tapi gua yang sengaja mengelak,padan muka.Itu hari Man Uni kalah dengan Man city 6 - 1.Itu semua kerja gua tu.kah kah kah..Rooney suka sangat tendang gua kuat - kuat.Itulah balasannya.


Ada yang tendang gua sampai terkoyak kulit gua.Lepas tu mula la depa tukar kan gua dengan member gua.Depa bukan nak jahit kulit gua balik.Depa terus buang gua dalam tong sampah.Memang macam bullshit.Itulah kisah hidup gua.Terima kasih to kim heeruul sebab sudi cerita pasal gua.

30 October 2011

Exam Blogger "Soalan Subjektif"

Assalamualaikum.

Anneyong Haseyo.


Hari berganti hari.Pejam celik pejam celik sudah 2 tahun gua meninggalkan zaman persekolahan gua.Gua rindukan suasana zaman persekolahan.Tapi bukan ini yang gua nak sembang.#sambil korek hidung macam nobita.


Hidup ini memang tak lari daripada ujian.Di sekolah,di universtiy & di Setiap masalah kita.Bukan itu saja,malah di dunia blog pon kita tidak dapat lari daripada ujian.Memang itulah lumrah hidup.Tetiba Blog buat Exam.Apa kes ? keh keh keh.


Dua orang cikgu blogger telah tag gua.#cikgu la sangat.Dalam blog je la lu cikgu keh keh keh.Dua orang cikgu yang gua maksudkan itu ialah Cik Kasih  & Cik Fatin .Dua orang cikgu ini tetiba bagi gua soalan - soalan.Macam exam la pulak.Depa dah bagi soalan,gua kena la jawab.Nanti tak jawab kene sebat bontot pulak.


Gua nak jawab soalah daripada cikgu Cik kasih dulu..Sebab dia yang tag gua dulu.


Question From Cik Kasih


 Nama penuh korang?

  • Amierul Shazwan Bin Sarian (pecah rahsia gua)
warna fav?

  • Maroon,Hitam,Putih,Coklat,Biru & Purple
movie yang paling korang minat?

  • movie yang paling gua minat cerita-cerita fantasy & adventure like Harry potter & Narnia
lagu yang memberi inspirasi dalam hidup?

  • Shinee - Stand By Me
 kata-kata semangat yang paling anda suka?

  • Keep Moving Foward
ucapan untuk ibu bapa anda?
  • semoga diakhirat nanti kami dapat bersama di dalam syurga firdaus..amin.
 jika anda seorang pemimpin,apa yang anda akan lakukan untuk negara?
  • Gua nak masuk 1 lagi subjek bahasa korea di semua sekolah yang terdapat di malaysia.
 nickname anda dalam dunia blog?
  • Kim
 blogger idola anda?
  • Tak Ada
haiwan yang paling ditakuti?
  • Semua jenis Ular
benda yang paling dibenci?
  • Kaca

***********************


Question from Cikgu Fatin

nama samaran anda dalam BLOG & FB
  • Blog & fb : kim heeruul
nama sebenar anda (nama penuh ek)
  • Amierul Shazwan Bin Sarian (pecah rahsia gua)
sejak bila start dalam dunia blogging
  • bulan october 2010.Tapi active bulan november 2010
pendapat & komen tentang blog puteri yang burok neh... haha
  • blog da ok..cuma tukar lagu tu kepada lagu yang ada button pause.
asal dari mana & sekarang tinggal kat mana
  • Selangor.Stay dekat Petaling Jaya Selangor
dah berpunya ke belum (kalau dah berpunya, dah berapa lama kapel atau kawin)
  • GUA STILL SINGLE *sengaja bold & capslock.=p
blog yang paling korang suka singgah (maybe hampir setiap hari)
  • semua yang terdapat di bloglist gua
perangai korang (3 yang positif & 3 yang negatif)
  • gua pon tak tahu.Hanya orang yang kenal & rapat dengan gua je yang tahu baik buruk gua.
anak mak atau anak ayah
  • Dedua..haha
anak ke berapa daripada berapa
  • gua yang 1st from 4th
tarikh lahir korang (nak wish neh... ke nak hadiah?? haha)
  • 18 september
***********************


Yeah..akhir nya dapat gak jawab exam tu.Perhhhh.Yang ini lagi susah dari exam yang dekat sekolah.Lain kali jangan tag gua lagi.hahahaha..gua dah serik nak jawab exam.=p
Gua malas nak tag orang.Tak tahu nak tag sapa.

Thankz sebab interview gua..keh keh keh.

29 October 2011

Music On Saturday #15

Assalamulaikum.

Anneyong Haseyo.


Pelbagai Genre lagu gua dah play.Lagu melayu dah.English dah.Korea? jangan cakap la.Lagu korea la yang paling banyak gua play dekat entry ini.Rasanya lagu dari seberang iaitu endon blom lagi kot.hik hik hik.Next time la.


Kali ini gua nak feeling - feeling lagu cina lak.Jay chou ? ting mama tu ? bukan-bukan..tu pon best gak.Lagu yang gua nak play ini best.Dah lama dah gua dengar.If lu orang tak pernah dengar meyh la  dengar..=) Jangan risau.Lagu yang gua nak play ini Ada English Sub..=)




kata kau ? kata gua "Sweet gila kan lagu ini." peace v(^.^)

28 October 2011

Seorang Blogger Uthaga Sesat Di Midvalley

Amierul (itu nickname gua di tempat kerja) tolong buat kan Price Card untuk Event Snack Fair. "Pesan dari manager gua".Gua hanya mampu menjawab okay je.Tak berani gua nak lawan.Tanpa membuang masa terus menuju ke office untuk melaksanakan tugas yang telah diberikan.


Pelbagai harga snack yang gua kene buat.Antaranye keropok Miow miow , Snek ku , Twisties Chipster,Super Ring & others.Tetiba handfon menyanyi lagu Girls Generation - the boys.Itu menandakan gua dapat Sms dari seseorang.


"kim tengah kerja ke?"


Itulah isi kandungan sms yang tertera di kaca handfon gua.Nak tahu siapa hantar sms tu? nanti gua kasi tahu yerk.Lalu gua membalas sms tersebut "tengah kerja,nanti pukol 9 gua turun dekat snack fair".


Dah settle pi buat price card untuk snack fair,gua terus berlari ke event untuk letakkan price card tersebut.Tetiba datang kelibat seorang gadis.Lalu gua terkejut.Seorang blogger dari utagha datang midvalley.Apalagi,time tu gua minta balik awal la..Nasib baik manager kasi..hik hik hik.


Memandangkan semalam gua gaji,gua dengan baik hati nye belanja dia makan mcd.Kami makan Fries je.Lagipon time tu dah pukul 10pm.dapat jumpa sekejap pun jadi la.hik hik hik..bukan senang orang nk turun tempat kita.


muka poyo gua..kah kah kah
baru balik koje time nie.



See,sebelah gua tu.hik hik hik.Itu nama dia Atin.
kitorang member blogger.Tapi dia blogger jauh sikit,dekat penang tuh.
if nak terjah blog dia opentab je gambar kami tu


Btw,to atin : thankz sebab datang jumpa gua.Even lu ada hal lain kat sini.hik hik hik..Thankz.

*kami berdua kawan je.Tak ada feeling apa-apa pon..keh keh keh.

Konon Cool Lettew.

Itu hari ,gua lapaq nak gegila.Time tu gua sedang bekerja pagi.Memang tak sempat la gua nak breakfast.Terkejar-kejar kan masa sebab lewat bangun.Lalu Gua menahan kelaparan yang sedang  melanda di dalam perut gua ini.Terlalu banyak bela cacing dalam perut.Ni la akibatnya.Nasib baik tak kene Gastrik.Betul ke gua eja "gastrik" tu ? hik hik hik

Daripada gua menahan perut gua daripada lapar,baik gua pi projek sat.Maklumlah tak puasa pon,So tak perlu la nak menahan daripada lapar.hik hik hik.Gua tak projek makanan,tapi gua projek NESCAFE AIS tin punya.Sedap wo.Boleh la untuk alas perut sementara 


Jam ditangan gua tepat menunjukkan tepat pukul 2.00pm.Itu waktu gua rehat.Tanpa membuang masa gua terus berlari dekat Midvalley "Makan Place foodcourt" di bahagian bawah.Tahu tak kat mana ? .Tak tahu tak apa.Gua nak sambung cite ni.Macam biasa,menu lunch gua nasi cedok je.Gua cedok nasi tu dalam 3 kali cedok la.Ayam goreng bahagian dada seketul + kuah sup itu je.Gua kuat makan sebenarnya.


Tempat duduk pilihan gua selalunya di sebelah seorang gadis melayu.Padahal tak kenal pon.Ah,duduk je la.Gadis melayu di sebelah gua tu agak comel + cun melecun la,perfect.Tengah syok - syok gua mencekik,tetiba ada bau busuk macam bangkai tikus 10 hari dah mati..PErrrhhh.Memang bau tu PEKONG gila la bau dia.


Gua pon tercari - carilah dari mana datang nya bau busuk tu.Sekali gua toleh sebelah Dia smoking lerrr..(-.-').Gua cepat-cepat mencekik & terus bla dari situ.

konon cool la tu.

Gua pantang betul la bila duduk dekat sesiapa yang smoke ni.Dah la yang sebelah gua tu GADIS MELAYU lak tu yang smoke.Kalau cina or india tu pernah la gak sering kali gua nampak depa smoke.haisshhh.Dalam entry ini gua bukan nak memburukkan nama perempuan.Entry ini public.If sesiapa yang merokok tu.better lu orang resign la.


Membazir la beli rokok.Baik duit tu lu orang sedekah dekat peminta sedekah.Kan dapat pahala.Selain tu,rokok juga boleh merosakkan fungsi organ dalaman.Nanti kalau lu orang sakit sapa susah.Orang tersayang jugak yang susah.Yang perempuan kalau smoke ingat lu orang manis ? cute ? cun ? cool ?..Please la.Gua nak kahwin dengan girl yang sihat.Nanti boleh dapat anak yang sihat yang sempurna insyallah..=)


*maaf jika jalan cerita panjang & membosankan.Itulah la realitinya.=)

27 October 2011

SPONTANEOUS THURSDAY #16

Assalamualaikum.

Anneyong Haseyo.



Masa Itu Emas
Kita Harus Bijak menggunakan masa dengan melalukan pekara yang baik & berfaedah.


Janganlah kita membuang masa
Kerana masa itu akan terus bergerak kehadapan & tidak akan berpatah balik.



Rumah kata pergi
Kubur kata mari.


Hanya yang maha esa sahaja yang tahu.

26 October 2011

Wordless Wednesday #16

Assalamualaikum.

Anneyong Haseyo.


Jum test mata dulu


Dah Lulus



Test ini pula.





Apa kata lu ??

24 October 2011

Hasil Kajian Gua #4

Assalamualaikum.

Anneyong Haseyo.


Hari ini gua cuti.Selalu bila cuti gua hang out.Tapi hari ini tak.Mood malas nak keluar.*padahal duit tak ada.keh keh keh.Actually,gua nak rest je kat umah.Hari-hari kerja,kadang tu tension gak dengan ragam customer yang macam bullshit pon ada.Sabor je la.


Bila dah rest kat umah ini.Idea nak update pulak tak masyuk.Tu la nak rest sangatkan.Amek lu kim,semua idea nak update dah hilang.Tetiba gua teringat entry yang dah lama gua tak update.dalam sebulan la jugak gua tak  continue update entry tersebut.Nak tahu entry apa ? jum...

If nak baca yang lepas.Lu orang boleh click di'bawah.

Now,apa pula hasil kajian yang gua dah dapat?


Betul ke 85% girls sekarang suka lelaki yang ada Transport.Rupa paras dah tak penting."Yang penting dia boleh Ambil dan hantar aku pi mana je."


Jawapan daripada Hasil kajian gua ialah "ye betul tu.ramai girl sekarang suka lelaki yang ada transport"


Ada yang naik motor sambil di peluk oleh pembonceng tersebut.Awww...
Situasi ini boleh di'lihat di mana-mana saja.Di depan bustop,sekolah,taman permainan,kawasan perumahan & di lebuhraya berdekatkan.


Dulu masa gua sekolah menengah,gua nampak someone yang sama sekolah dengan gua menaiki mosikal 125Z kaler meghah.Dibelakangnya di bonceng oleh seorang perempuan yang paling cun di sekolah sebelah.Rupa paras lelaki tersebut berkulit hitam manis.

Dalam hati gua time tu "macam mana la girl tu boleh minat kat lelaki tu" dengan muka yang hampa (-.-')


kalau macam ini gua tak kesah la



Hantu pon nak tumpang bonceng gak..zizan kan hensem.Sampai hantu pon nak tumpang bonceng..



Perkara tersebut turut menimpa sahabat gua di UNISEL.Sahabat gua ini ada kegheta Kancil kaler hijau.Now dah tuka kaler Putih.Rupa paras dia biasa-biasa je.Berkulit hitam juga.Memandang kan dia ini ada kegheta.Dia ini menjadi perhatian para student perempuan di unisel la.


Gua dan rakan - rakan yang lain dah pesan kat dia "weyh,awek ko tu couple dengan ko sebab ko ada kereta,better ko tak yah couple dengan dia.".Sahabat gua mengendahkan nasihat yang kami berikan.Time tu gua bukan nak tuduh yang bukan-bukan.Tapi gua kenal Gf dia dulu sebelum dorang couple.


Last - last apa pon tak ada.Gf sahabat gua tu tinggal kan dia.Ex couple sahabat gua tu bertukar arah kepada lelaki yang ada kegheta lebih mewah iaitu kegheta Myvi kaler putih kot.


See,lu orang dah bace kejadian di atas kan.Tapi gua try to think positif.Apa yang gua fikirkan,Mungkin perempuan suka lelaki yang ada transport sebab nak dating senang.Tak ada la buang masa.Selain itu,nanti dah kahwin senang nak balik kampung.Tak yah susah-susah nak beratur panjang-panjang beli tiket balik kampung.ye dak.


*Itu lah bukti yang kukuh gua boleh bagi.Setiap orang pendapat lain-lain.Tapi ini lah pendapat gua.

Sekian Terima Kasih.

25 Things Random Giveaway by Penmerah.com

Assalamualaikum.

Anneyong Haseyo.

Memandangkan hari ini idea tak moh masuk kepala gua.Tak tahu kenapa.Tengah free free ini,gua nak join Giveaway pulak.Contest gua dah join.Kali ini Giveaway pulak..


Giveaway dengan contest bukan sama je ke? (-.-').keh keh keh..Apa-apa je la.


jom la join..senang je nak join..nak tahu macam man nak join ?

Lu orang boleh click banner di'bawah ini.



more info about this Giveaway
Please open tab this banner.


Artis korea yang gua tag ialah :-
*readers yang lain juga boleh join..=)

Okay dah settle..=)


1 more thing,

Hadiah - hadiahnya juga menarik.Gua nak PERFUME tu.hihi.Mana la tahu rezeki boleh menang kan..hihi..mari kita join..peace v(^.^)

23 October 2011

Lu Dapat Award Dari Gua.

Assalamualaikum.

Anneyong Haseyo.


Mai dekat sikit dengan gua.Gua nak bisik sama lu orang.Benda ini rahsia.Lu orang jangan bagi tahu sape-sape pulak yerk.


Lu orang nak  dengar 1 cerita tak ? Cerita ini boleh tahan la juga best.keh keh keh.Actually,Sekarang dekat KL musim hujan.Asal petang je dah start hujan.Tak tahu la musim or sebab cuaca tak menentu.Dekat tempat lu orang macam mana? Time petang hujan gak ke ? .

Kalau hujan gak,pandai - pandai la lu orang jaga kesihatan.Nanti kalau sakit kan dah susah kan diri sendiri.Bak kata pepatah "Sediakan payung Sebelum hujan".

Cc to my heart : saya harap awak jaga kesihatan awak yerk.Dekat pahang tu tak tahu la selalu hujan ke tak.Maklum la,saya ini kalau buka paper tengok gambar je.Dekat umah saya tak tengok Tb..keh keh keh.Jaga diri ye.


Lu orang jangan terburu-buru fikirkan yang gua dah gf.Gua still single.Gua suka someone blogger tu.Tapi gua relax lu.Dia pon tak tahu yang gua suka dia.It's okay..Masih awal lagi.


Back to the title,


Award ? Siapakah yang bertuah tu kim ?


Bukan senang tahu nak dapat award dari gua.Lu kira beruntung sebab hari ini gua ikhlas nak bagi award kat lu.


Kenapa dia dapat award kim ?

Lu orang nak tahu kenapa ? Sebab dia follower yang bertuah.keh keh keh.Dia ini boleh di'katakan baru la jugak dalam dunia blogging ini.Sambil-sambil bagi award,apa salahnya gua kasi naik trafik dia.


kim,Dia tu lelaki or perempuan?

Errr..gua bukan counter pertanyaan okay.Kalau nak tanya pi tanya kat formspring gua tu..keh keh keh.
jom kita lihat siapa blogger yang bertuah itu..Sila scroll ke bawah yeap.



Inilah blogger tersebut


kalau nak tengok/follow blog dia,lu orang boleh click header dia ini.
#ada sayap tu.hehehe..



Hai tyha ^^,

Gua nak bagi lu award ini.Hope lu sudi terima la yerk award dari gua ini.




Lepas lu dah terima award ini.Gua nk lu jawab soalan-soalan gua di bawah ini yerk.Reply soalan ini melalui entry lu yerk.Nanti bila lu dah jawab,kasi link dekat gua.

ini soalan-soalan nya :-

Apakah nama lu ?
Tinggal dimana?
Umur berapa?
Still study or working?
Kenapa berblogging?
Minat kpop tak ?
Berikan 3 lagu kegemaran awak


Itu sajalah.Jangan lupa jawab yeah..Btw,thankz sudi follow blog gua.thankz sangat-sangat.peace v(^.^) And tak lupa juga Kepada follower & readers,thankz sebab sudi terjah sana sini ke blog gua.Thankz sangat..


*p/s : sorry sangat-sangat if entry ini terlalu panjang & membuat kan lu orang bosan. Sekian Terima Kasih.

22 October 2011

Music On Saturday #SPECIAL

Assalamualaikum.

Anneyong Haseyo.


Yeah..!! Hari yang gua nanti - nantikan untuk update entry ini sudah pon tiba.Tengok title entry ini.Lain macam kan.Sepatutnya entry hari ini  "music on saturday #15".Tapi memandangkan gua meminati penyanyi tersebut.Maka Gua buat #special punya..keh keh keh..


Gua lihat pada hari-hari yang lepas,ada beberapa blogger yang telah post Music yang gua nak play hari ini.Tapi ada gua kesah ..keh keh keh..sebab masa dekat entry  "Gf gua bakal mengeluarkan album terbaru" gua dah janji nak post lagu yang full version hari ini..so,gua tak copycat la..peace v(^.^)


Gua tak sabor - sabor nak play lagu ini..jom la dengar.. best wooo...

Lagu terbaru Girl's Generation - The Boys.

Korean Version

Kali ini Girl's Generation buat kelainan.Selain dari korean version.Girl's Generation juga membuat single The boys English version.


English Version

Bagi gua best sangat - sangat ..*Demi cinta gua terhadap Sunny & Tae Yeon gua sanggup buat yang Special punya.Keh keh keh.Peace v(^.^)

21 October 2011

Jika Dia Kekasih Gua

Assalamualaikum..

Anneyong Haseyo.


Pehal tetiba hari jumaat gua update ini . ? Sepatutnya hari ini gua cuti berblogging.Nak tahu kenapa .?
Member blogger gua buat Segmen.Kenal itu orang nama dia "Pendamba Mawar" ? Itu la member blogger yang rapat dengan gua dekat alam blogger ini.

Gua tak nak lepaskan peluang untuk join Segmen yang dia buat.Sebagai kawan,gua perlu support dia.ye dak.Tanpa membuang masa lagi.Jom la join.

If want join & More info about segmen CLick this banner

Lu orang baca tajuk segmen tu "Jika DIa Kekasihku".Lu orang nak tahu siapa DIA tu ? Jom baca bawah ini.


"Gua Pilih dia sebab dia chumel sanad-sanad.#ayat gua agak gedik sikit..keh keh keh.
Selain itu,gua suka/geram melihat pipi dia yang sangat tembam.Alangkah  best nya bila dapat tarik pipi dia yang tembam tu.

Senyuman si dia teramat la manis.Renungan mata dia yang sangat tajam dan sepet telah membuatkan gua jatuh cinta terhadap dirinya.Si dia juga mempunyai sifat dan suara yang amat manja."



Lu orang nak tahu siapa SI DIA ?  hehe..saja nak kasi surprise..










Inilah dia...



Sunny Girl's Generation.




Kalau la dia jadi kekasih gua,alangkah bangga nya.Chumelnyeeee...




tengok senyuman dia.mengancam kan..tambah-tambah lg senyum+mata sepet..



Habis la lepas ini ramai la saingan gua yang nak dapat kan Sunny ni.Salah gua gak,pi heboh-heboh buat apa..keh keh keh...

20 October 2011

SPONTANEOUS THURSDAY #15

Assalamualaikum.

Anneyong Haseyo.



Hidup ini bagaikan sebuah cerita yang dilakon kan oleh kita sendiri.
Ada yang perwatakkannya baik
Ada juga yang ber'perwatakkan sinis

Kita sendiri sahaja yang tahu sama ada perwatakkan kita baik or jahat.
Jika kita berperwatakkan baik teruskan lah berbuat baik.
Jika perwatakkan kita sinis,cepat-cepat la berubah ke'arah kebaikkan.


Anda mampu mengubahnya.

Peace v(^.^)


jom join contest ini :-  "Saya Seorang SuperHero"

19 October 2011

Contest TheGarang : Saya Seorang Superhero

Assalamualaikum.

Anneyong Haseyo.


Gua teringin nak join Contest.Lagi-lagi contest yang cegini.keh keh keh. Jom la join.


More info about contest Click this banner


SuperHero gua ialah...

Voldemort
Apa taste la kalau pilih dia ni jadi superhero..tak moh..Bukan yang ini.


Habis tu apa superhero lu kim ? Cepat la..!!!

Amboi marah nampak..=p


Actually,ini la superhero gua....dekat bawah ini..

Harry Potter
Inilah dia SUPERHERO gua


About My Superhero :- Harry Potter ialah seorang budak lelaki yang tiada ibu bapa.Kira dia ini anak yatim piatu la.Lalu dia dijaga oleh Pak Cik & Makcik nya.Harry Sering kali di buli oleh sepupunya iaitu (budak gemok) "gua lupa nama sepupu dia tu".Tetiba datang seorang lelaki ber'badan besar macam big foot yang bernama Hadgrid.Harry di'jemput untuk ke sekolah Hogwart.Hogwart ialah sebuah sekolah ahli sihir.

Selepas harry masuk ke sekolah tersebut,Harry telah mengetahui bahawa ibu bapa nya juga ialah ahli sihir.Dan Harry juga telah mengetahui bahawa ibu bapa nya mati kerana di'bunuh oleh Voldemort.Mulai pada saat itu.Harry bertekad untuk membalas dendam terhadap Voldemort.Lalu Harry berusaha mempelajari spell's supaya harry boleh  melawan spell's voldemort.


Kenapa Gua Memilih Untuk Menjadi SUPERHERO tersebut ?
  • Sebab gua tak perlu bersusah payah nak pi cari or tempah costum.Pakai t-shirt & skinny sudah.Yang gua perlukan hanya sebuah tongkat..keh keh keh.Harry potter tak ada costum.Simple kan.=)
  • Gua boleh main spells.For example spell "Alohomora - buka kunci" .Tak perlu bersusah payah nak bawak kunci..keh keh keh..just spell Alohomora.Spells yang lain juga hebat-hebat.Mudah untuk kalah kan musuh.
  • Penyapu terbang merupakan transport utama.Hero-hero lain ada ke transport penyapu terbang ? tak ada kan..keh keh keh..

Itu je lah sebab nye..keh keh keh..1 more thing,ada sapa-sapa tahu dekat mana ada jual tongkat harry potter ? teringin la pulak nak beli..hihihi..Hope gua menang la ye..amin.Wish me luck yeap..peace v(^.^)

Wordless Wednesday #15

Assalamualaikum..

Anneyong Haseyo..




Masa gua kecik-kecik,Nenek gua pesan kat gua "jangan tunjuk jari telunjuk dekat pelangi,nanti tangan kudung"
.Adakah itu sebuah cerita mitos ?  (-.-')




Group Kpop "Rainbow"

18 October 2011

Phobia & Trauma

Assalamualaikum.

Anneyong Haseyo.


Selamat Pagi buta warga Facebook,Blogger,Twitter,Hi-5,Myspace,Friendster & tidak lupa juga dR.book.

Gua harap pagi-pagi buta ini,belum ada yang tidur lagi.Come on.Malam masih muda.Apa barang tidur awal-awal.Tak remaja la cegini.Alang-alang gua dah ter'update ini kan.Tetibe gua rajin semacam.Jom la baca sampai habis.


Definisi phobia :- takutkan sesuatu benda and kejadian yang hampir meragut nyawa

Definisi trauma :-  takutkan sesuatu benda or kejadian  yang hampir meragut nyawa


Gua rasa macam sama je maksud dia.Okay la,gua terus terang yang gua confused meaning phobia & trauma.If ada sesiapa yang tahu apa perbezaan antara Phobia & Trauma,lu orang kasi tahu gua.


Setiap orang ada something yang membuatkan mereka phobia & trauma kan.Gua pon ada.Sorry la kalau lu orang bosan dengan entry gua.Blog gua memey about Public Diari.Gua suka shared suka -duka gua dalam blog sepet ini.Gua harap para Readers & Follwer tak bosan.peace v(^.^)


Gua ingat lagi time form 4 tahun 2008 penghujung akhir tahun.Time tu gua buat part time dekat PARKSON Subang Parade.Time tu budak lagi.Mampu part time je.Pada 1 hari tu gua dan rakan gua Wafiy di'arahkan oleh supervisor gua,untuk mengalih meja yang terdapat di surau dibawa pindah ke stor.


Meja tersebut agak besar & panjang la jugak.Pada atas meja itu berlapikkan kaca.



Lebih kurang macam ini.

Gua dan Wafiy confident habis yang kaca itu telah di gam kuat.Apabila kami terbalik meja tersebut untuk di letakkan di atas lantai,Kaca yang berlapik di atas meja tersebut jatuh.Pecah kaca itu.Jari gua luka sikit sebab nak tahan kaca itu daripada jatuh.Nasib baik tak teruk luka yang gua alami.Gua dan wafiy dah cuak.Takut gaji kene potong.


Start daripada hari tu gua phobia bila tengok kaca banyak-banyak.Lagi - lagi dekat shopping mall bahagian pinggan ,gelas & cawan yang harga beratus-ratus.Gua takkan lalu dekat line situ..seramm..meremang bulu roma gua tengok kaca yang bersinar - sinar itu..



Bawak dulang yang ada gelas kaca pon gua dah mengigil.Itu la benda yang paling mengancam hidup gua..keh keh keh..kenapa la perlu wujub barangan kaca seperti itu.Plastic kan ada..

17 October 2011

Nama Dia _ _ _ _ ghupe nya.

Assalamualaikum.

Anneyong Haseyo.

*sila baca sampai habis.Supaya tidak menimbulkan salah faham.peace v(^.^)


Hari ini gua cuti.Cuti-cuti ini apa barang dok umah.keh keh keh.Dem,ayat gua agak poyo sikit.Hari ini cuti buat apa  je .? Actually cuti hari ini memey gua dah plan 1 week ago untuk hang out.


Gua bukan plan seseorang.Gua plan with blogger.Blogger? lu orang mesti nak tahu kan.Gua plan dengan si Mawarku Wada .Kitorang plan nak pi Midvalley.Itu je la tempat kitorang kadang-kadang jumpa.Kitorang yang plan.Tapi kitorang yang lambat sampai.(-.-').kah kah kah..


Ada dua orang blogger yang sampai dulu sebelum kami.nak tahu sapa. ?



 gua tak ada gambar single dorang plak.
Baju hijau - Shida
Baju hitam - ???? (gua tak kenal.1st time jumpa)

Gua minta maaf la yerk.Sebab lambat.Gua lambat sebab kat umah gua bekalan elektrik terputus.Ia menganggu gua nak gosok baju.tu yang lambat..


Activity kitorang ?


Kitorang tengok wayang.Citer apa . ?






Movie ini more to concert.Best gila.Bukan selalu movie korea masuk malaysia.Itu yang gua pi tengok.


Lepas tengok wayang ,  kitorang jalan-jalan.Singgah sahur pi butik-butik.If berkenan beli 1.Tapi gua tak beli.Duit tak ado.keh keh keh.Just Aim dulu apa yang nak.dah ada duit baru pi beli..=)


Rugi la kalau hang out if tak main bowling.keh keh keh.Bowling ada activity wajib.Kalau tak main,nanti gatal 1 badan.Gua ada rakam sikit telatah dorang masa dekat bowling.jom kita pi tengok


thumnail macam cilake (-.-')

Okay baru gua tahu nama dia.Nama dia Hani ghupenya.keh keh keh..Cantik kan..keh keh keh.GF orang tu.ish ish ish..tak baik rampas orang punya.Gua husya tak bermakna gua minat..=)..ini blog dia "Hani"..Actually dorang bertiga ni memey kawan.




Macam biasa bowling gua tetap kalah.Tak pernah menang.



Number 2 pon jadi la.keh keh keh..Nama dia pon dah tahu..haha.Lu orang jangan fikir lain pulak.Gua tak ada feeling apa-apa pon kat hani itu.


Gua dah jatuh cinta dekat sorang blogger ini.nak tahu siapa ? memang tak la gua nak kasi tahu..rahsia..Thankz to Mawarku Wada , Shida & Hani sebab sudi hang out.Gua enjoy.Lu orang memey spoting.

GF gua bakal mengeluarkan Album terbaru

Assalamualaikum.

Anneyong Haseyo.


Gatai bontot gua,tak senang nak duduk.resah gelisah semua ada lah..Pasal apa. ?
Akibat terlalu obses.Gua tak sabar-sabar nak tunggu Girls Generation Comeback.Dorang dah lama tak comeback.Mana tak nya,sebelum ni dorang busy dengan Album Japan version saja.




See,19 oct 2011 Girls Generation akan mengeluarkan album terbaru.Kali ini Girls Generation buat kelainan. album terbaru kali ini dorang buat 2 version English & korea.Gua da tengok music video teaser lagu terbaru dorang.Memey best.

jom kita pi tengok Music Video Teaser single terbaru dorang.


English Version




Korea Version



apa macam ? dah tengok ? itu baru teaser.belum full version lagi.Nak tengok yang full version punya.? Tunggu entry Music on saturday gua.Btw,Sunny & Tae Yeon gua Semakin cun..keh keh keh..=)


Sumber : Allkpop

16 October 2011

Lu Tak Ada Sivik ka ?

Assalamualaikum.

Anneyong Haseyo.


Hari ahad ini sepatutnya gua tak update.maklum cuti umum la katakan.Ingat kerajaan je ka ada cuti hari ahad.Blogger pon ada okay.Keh keh keh.Itu terpulang pada hak masing-masing setiap blogger la nak ada cuti or tak.Tapi gua ada..Nak tahu cuti gua at blog .? tunggu next entry.


Back to the title,

Actually,gua dah lama nak kupas isu ini.Tapi masa sangat - sangat la mencemburui gua.Kali ini gua takkan lepaskan untuk mengupas isu tersebut.Gua takut - takut la nak kupas isu ini,sebab ia melibatkan foreign.Blog gua ini,bukan warganegara je baca.Malah Foreign pon baca gak.Lagi-lagi indonesia.


Dengan hati yang tulus dan ikhlas lagi berani,gua tetap nak kupas juga.


Pernah tak lu orang terfikir,kenapa malaysia ini penuh dengan sampah sarap.Lagi-lagi dekat kawasan bandar dan perumahan.For example dekat Kuala Lumpur.Maksud gua bukan la sampah yang besar,tapi sampah yang kecil - kecil.Like puntung rokok,plastik roti/snack,bekas air Mecdey and others.






Mesti lu orang pikir dorang ini tak ada sivik kan.Yeah..gua pon fikir macam tu juga.Majoriti dekat malaysia ini penduduknya warganegara.Dan hanya segelintir sahaja foreign.So,yang segelintir ini la yang gua syak kadang-kadang turut mencemarkan keindahannya.haishhhh....


Gua bukan nak kata sebarangan,Boleh dikatakan hari-hari gua nampak dekat bustop beberapa mat indon hisap rokok hu ha asap kiri kanan.Lepas tu buang puntung rokok penuh bergaya baling kat tepi jalan.Dalam hati gua "kurang ajar betul la".


Ada 1 lagi  cite,Ada mat indon tu rokok dah habis.Dia nak buang kotak rokok tu.Niat dia memang baik la.Tapi dia baling kotak rokok tu dekat tong sampah,pastu tak masuk.Kotak tu  terjatuh dekat sebelah tong sampah tersebut.Mat indon tu bukan nya nak angkat.Gua dengan baik hati nya pi tolong dia angkat kan kotak tersebut.

Lu orang lihat la,kadang - kadang yang menumpang pun buat hal juga.Lepas tu nama Malaysia gak yang buruk.Sebagai rakyat malaysia kita perlu mempertahankan nya..ye dak..


*Opsss..Sorry entry terlalu panjang pulak.tak perasan masa menaip tadi.Maklumlah tengah syok..

15 October 2011

Music On Saturday #14

Assalamualaikum.

Anneyong Haseyo.


Pernah tak hidup lu orang rasa kosong .? Even ada yang tersayang pon,lu orang tetap dipermainkan.hmm...Gua pernah kena.Berapa kali .? tak terkira.Adakala nya gua ingin membalas balik dekat orang lain.Akan tetapi bila gua fikir kan balik,orang itu tidak bersalah dan gua tak sampai hati sebab gua sayang kan dia.Jadi gua batalkan niat gua itu.

Tetapi,apakan daya akhirnya orang itu yang permainkan gua.Gua ini mainan ke .? Errrgghhhh...Tetiba teringat kisah lama.Malam ini lagu layan perasaan.Bukan lagu jejiwang melayu okay.English version.



Gua memang layan the click 5 suatu masa dahulu.

14 October 2011

Promote #2

Assalamualaikum.

Anneyong Haseyo.

Lu orang tengok tajuk gua , mesti lu orang ingat gua nak promote blog orang kan.Bukan bukan.Lu orang jangan salah faham plak.Yang ini kali kedua gua buat entry #promote ini.Maknanya sebelum ini gua ada buat jugak entry promote.If lu orang nk tahu apa yang gua promote dekat entry promote #1 boleh la lu orang  pi terjah yang 1st punya click title yang warna purple ini ---> "Promote #1"


Dah terjah ? jangan lupa beli..keh keh keh.


Kali ini gua nak promote something yang agak WOW la jugak.Benda yang gua nak promote ini boleh dikatakan untuk orang yang berduit/Ber'ada.Benda yang gua nak promote ini,macam biasa lah benda yang baru di'jual dekat tempat kerja gua Jusco Midvalley.


Lu orang mesti tertunggu-tunggu kan nak tengok benda tu.okay la.gua show sekarang.tengok bawah ini.





Itu la dia.NESCAFE DOLCE GUSTO.Menarik kan nama "dolce gusto" tu.keh keh keh.Nescafe Dolce Gusto ini dia punya air ala-ala Starbucks.Macam ini



jangan terliur



Nescafe Dolce Gusto ini ada macam - macam flavour.jom kita pi tengok flavour dia.




Price dekat jusco
Nescafe Dolce Gusto
Assorted
Rm27.99


Nescafe Dolce Gusto ini tak boleh bancuh macam kita biasa bancuh air kopi tu.Nescafe Dolce Gusto ini Dia ada mesin khas untuk membancuh nye.Kira ini keluaran yang paling special la katakan.Mesin itu dinamakan KRUPS.Kalau tak ada krups ini,dolce gusto takkan menjadi.So,lu orang kene dapat kan Krups dia




Krups
harga cekik darah
Rm398


iklan Nescafe Dolce Gusto




apa lagi .? if rasa berminat & mampu jangan malu jangan segan.jemput la datang dekat jusco yang berhampiran..keh keh keh..

13 October 2011

SPONTANEOUS THURSDAY #14

Assalamualaikum.

Anneyong Haseyo.


Kita akan rasa lega apabila kita selesai membuangnya.
After that,Pasti tubuh badan lu orang akan rasa #mengeliat

Mulut lu orang pasti akan berbicara seperti ini
"Ahhhhh,leganya"

Kan kan kan...#sambil mengangkat kening..^^

12 October 2011

Wordless Wednesday #14

Assalamualaikum.

Anneyong Haseyo.

OLD




New



Add on at blog gua

11 October 2011

Aduih.!!

Assalamualaikum.

Anneyong Haseyo.


Lu orang apa khabar. ? sihat ? 
Gua Sihat .Tapi Ada something yang spoil..=.='.Mungkin ini ujian dari allah.Gua patut terima se'ada nya..


Hari ini gua nak update simple-simple je.Kenapa ? Sebab ...sebab....sebabb...Gusi gua sakit wo.Errrgghhh!!..
dah seminggu gua tahan.Sampai sekarang tak okay-okay lagi.Malas nak pi jumpa Dokter.Gua bukan takut.Tapi Tak ada masa.

Yang sakit tu belah kanan hujung sekali.Gua try la sentuh,rasa ada benda tajam.Gua tanya mom gua "ibu,sakit gusi la".Lalu mom gua menjawab "gigi bongsu dah tumbuh lettew".Gua Tercengang seketika.What the Fon????..Dah besar baru nak tumbuh gigi.


Google yg kasi.

Memang sakit la gua nak menahannya.Gua sabar.Itukan kurniaan daripada allah.Gua terima gigi baby gua ini se'adanya.=)


*kalau entry ini ada word yang ter'TYPO..minta maaf la yerk.Gua malas nk checking word.Sebab tengah menahan kesakitan gusi..

10 October 2011

Gathering Dekat Times Square (8 oct 2011)

Assalamualaikum.

Anneyong Haseyo.


*Play lagu ini untuk lebih feeling apabila membaca



Sorry 2 hari gua tak update.Sebab 8 oct 2011 gua hang out.keh keh keh.Ingat balik tu nak update.Tapi gua balik lewat semalam.Pukol 9.45pm baru keluar dari TS.Tunggu monorail sekejap.Lu orang paham-paham la monorail tu dah la kecik sempit gila bai.Sampai-sampai umah pukol 12.Ye la,gua bukan sahaja nak monorail,malah menaiki bus juga.Tunggu bus yang bere'jam tu.haisshh...


Actually,Plan nak pi Ts ini nak join Tournament bowling yang di'anjurkan Group "Blogger Tercinta" saja.Nak tahu info about Bowling tu boleh click --> "tournament bowling".Malang nya gua tak join sebab tak cukup orang.Last-last plan dengan "Kudin NZ" & "Siti Noraein"  tak yah join tournament then main bowling lane sendiri je.Time tu kitorang try ar ajak member blogger yang lain.=)

Ramai gak la yang join mini gath ini..Meyh tengok sini.Antaranya ialah :-
*Click pada nama untuk ke blog depa





Siti Noraien


Nama fb : aQu Api


Fariera Hassan (1 set pakaian hitam)



TENGKU Mahirah (baju kelabu)



Nabil (kawan Kudin)
*tak dapat info about him



Muhammad Faiz (photographer)
*Secara kebetulan jumpa dia kat sana




Ini orang gua tak kenal.tetibe sesat.keh keh keh.



kitorang semua terjumpa blogger lain yang turut berada di TS.


Gua tak ada gambar dorang.
2 orang yang sanggup datang walaupun datang lambat sebab bekerja :-
thankz sebab sudi datang bro.


Activity kitorang main bowling.Gua kalah..hahahaha..Yang penting time tu gua memang enjoy gila la.Bukan selalu dapat keluar ramai - ramai.ye dak.





makan - makan






macam2 ragam ada.Gua #speecheless



Mereka suka di'tangkap








Oppssss..Gua snap dengan retis tu.=p






lu orang malu - malu la plak ye..



bukan selalu jumpa.




Sesi photoshoot with retiss..=p




4 sekali gua balun..keh keh keh.


Gambar Faiz tak ada.Sebab dia la tukang tangkap.=)


Lu orang semua memey sporting Habis.Gua harap lu orang enjoy gak time tu.Hope lain kali gua  dapat join gathering.Lagi ramai lagi best.Ok tak hypothesis gua..keh keh keh.Best Hang out denga lu orang semua..peace v(^.^)