Boss Gua

Pages

Hot Drama

28 February 2012

Nama Saya Kim #11 (part 1)

*Jika anda terlepas Episode yang lalu :-


********************


"Aduhh.!!! Siapa pulak yang rajin call aku malam-malam ini.Kacau betul la!". Kata Ana sendirian.


Ana abai kan panggilan tersebut lalu terus sambung mengulakaji. 5 minit kemudian,number yang sama membuat panggilan lagi.Ana mula rasa gelisah kerana di ganggu.Ana terpaksa jawab panggilan itu dengan perasaan yang geram.


"Hello !!!! Kau ini Sapa ha?". Tanya Ana.

~Senyap~

"Eh,diam pulak kau.Kau yang call lepas tu kau plak yang jadi bisu". Ana marah pemanggil itu.


~Senyap~


Tut Tut Tut Tut....... End call.


"Eh,pehal dia end call. Tadi ber'ria-ria call.Lepas tu jadi bisu lak. Tak paham aku di buatnya. Lantak kau la". Ana cakap sendirian.



************


"Mak aihhh. Garang nya perempuan ini. Datang bulan ke apa,Mungkin aku salah time kot call dia,Esok je la aku call dia". Kata Kim sendirian.


Kim terus masuk tidur dan berharap supaya Ana muncul dalam mainan mimpinya.

ZzZzzZ

************

Kelihatan Ana rasa bersalah kerana memaki hamun pemanggil sebentar tadi.Jam telah menunjukkan 11.30 malam.Esok pagi Ana sekolah pada sebelah pagi. Waktu untuk Ana tidur. Ana juga berharap Kim mucul dalam mimpinya.


ZzZzZz..


************
Ke esokkannya.

Kringgg Kringgg Krinnggggg.. Loceng sekolah berbunyi.


"Kim !!!".Adila memanggil kim.


"Eh, adila. kenapa ?". Tanya Kim.


" Errr . Tak ada apa-apa. Jom gerak masuk ke kelas sekali". Kata Adila.


"owh.. okay no hal". Jawab Kim se'akan-akan malas nak layan.



Kelas Adila dan Kim bersebelahan.Mereka menuju ke kelas bersama - sama.



"Weyh kim. kau nak tahu something tak?" Kata Adila.


" Kalau perkara tu baik aku nak la dengar pagi - pagi ini". Jawab kim.


"of course la perkara yang baik aku nak bagi tahu kau Kim." Kata Adila sambil menepuk bahu kim.


"Auchhh..Perlu ke nak tepuk bahu aku dila?" Kata Kim sambil mengusap bahunya.


"Ooops.. sorry kim. hik hik hik". Adila meminta maaf.


"Tadi kata nak bagitahu something dekat aku. Cakap la. Dah nak sampai kelas ini". Kata Kim.

"errrmrmm.. Nanti time rehat aku bagitahu kau. Okay la aku masuk kelas dulu.Ingat rehat nanti tunggu aku kalau kau keluar awal. Kalau aku keluar dulu,aku tunggu kau dekat depan kelas kau ye.bubye". Kata Adila sambil melambai-lambai.


"Time rehat ? .. ermm.. boleh.. okay nanti aku tunggu kau. Bubye". Balas Kim.



To be continued ........

Nak tahu adila nak bagitahu perkara apa ? Tunggu kisah selanjutnya pada (Part 2)..


*Extra : Kepada yang 1st time baca or yang dah terlupa macam mana adila boleh muncul.Adila pernah muncul pada  episode ini "Nama Saya Kim #5". so jangan rasa pelik pula. =)

26 February 2012

Hasil Kajian Gua #5

Assalamualaikum.

Anneyong Haseyo.

Selamat Malam gua ucapkan. Kenapa selamat malam pula ??? Sebab gua post entry ini tengah malam. keh keh keh.Okay,intro gua membosankan kan.Gua type entry ini dalam keadaan yang asyik ter'bersin.Gua harap lu orang semua simpati dengan keadaan gua.

Back to the title,


Mesti lu orang pelikkan.Sejak bila gua penah buat entry ini, Tup Tap Tup Tap dah yang ke 5.Actually gua dah lama tak update entry "hasil kajian gua" ini.Kalau lu orang teringin nak baca kajian-kajian yang gua telah buat,lu orang boleh click dekat bawah ini.






So Hari ini, gua nak kupas sikit tentang mengapa lelaki gemar main game.



Pembohong la kalau lu orang tak pernah main game even angry bird or plant vs zombie.Sedangkan budak-budak kecik sekarang pon dah pandai main game siap touch2 lagi screen Samsung Galaxy.Budak kecik tiada kaitan dalam entry ini.

Boleh dikatakan 80% remaja lelaki gemar bermain game.Kenapa mereka main game ? Ha..Itulah persoalannya.Dulu masa belajar gua pon kaki game.Para gadis mesti nak tahu kan kenapa lelaki suka main game.


Sometime main game dapat release kan tension.For example, dia gaduh dengan kawan dia,then dia rasa geram.Cara untuk dia lepaskan geram dia main game perang-perang "Counter Strike" or game lawan-lawan "DOTA". Dia akan rasa puas bila dah bunuh orang dalam game tu.


Game ini boleh buat kita rasa gembira.Lagi-lagi kalau kita menang.Secara automatik kita akan rasa nak try lagi game tu.Pengaruh kawan juga turut memberi impak yang besar juga. Contohnya "Abu main game digimon baru level 5.Ali pula sudah level 15.Dalam masa yang sama Ali ini berlagak sebab level dia dah tinggi.Masa itu la Abu akan rasa tercabar then nak pecut level Abu."


Defense Of The Ancients (DOTA)



Counter Strike

Selain itu, If lelaki tu ada couple, inilah cara dia kontrol kegatalan/kemiangan/kasanova dia.Gua mengaku dulu memey gua takkan layan sebarang Text or Calling time gua tengah main game.Ex gf gua text gua,gua reply tapi lambat sikit la.Gua tahu dia panas + geram dekat gua.Tapi sebelum couple dia cakap dia boleh paham gua.

Apa-apa hal if gua nak main game gua bagitahu dia.Nanti tak ada la dia tertunggu-tunggu gua.Lelaki ini hobby dia tak macam perempuan.So if bf lu orang tu kaki game buat la rules macam gua tu. 


One more thing, lelaki kaki game it's more better than lelaki buaya darat/Playboy . =). Lu orang lagi panas bila dia layan game or dia layan perempuan lain ?. fikir-fikirkan ye. Inilah hasil kajian gua sepanjang gua bergelar seorang pelajar dulu. Kita jumpa di lain entry. peace v(^.^).

23 February 2012

SPONTANEOUS THURSDAY #31

Assalamualaikum.

Anneyong Haseyo.



Secantik mana rupa paras perempuan itu, jika dia tidak menghormati suaminya. Dia tetap tidak cantik.


faham tak ?

22 February 2012

Perlu Ke Kau Nak Marah ?

Assalamualaikum.

Anneyong Haseyo.


Yang Dihormati Kim Heeruul the owner blog. Dikasihi Sunny , Tae Yeon dan Park Cho Rong pathner blog.keh keh keh. Oops tergelak pula.Dan readers sekalian.


Intro dah macam perhimpunan pagi sekolah pulak.


Pertama sekali gua minta maaf sebab jarang update blog.Idea semakin berkurangan.Bukan sebab itu je,gua balik kerja,sampai je dekat rumah tempat pertama yang gua tuju ialah Katil then padang kipas berpusing di atas siling sambil memikirkan "agak - agak bila la aku nak jadi Manager Jusco.Mungkin 10 tahun akan datang kot".

Itulah lah diri gua. Tak habis-habis berangan.Tu yang blog pon dah tak ter'update.

Back to the title,

Memandangkan gua kerja di jusco,so gua nak cerita sikit pengalaman gua yang agak bullshit sikit.Memandangkan readers gua ramai cewek-cewek comel,terlebih dahulu gua nak minta maaf dekat lu orang yang berjantina "Ladies/women/girl/perempuan".Sebab entry ini berkaitan dengan "Perempuan".Gua harap lu orang tak terasa dengan entry gua yang ini.



Kisah nya begini.Gua dengan member sekerja gua On the way ke opis yang berada di tingkat Ground floor.Cara nak naik pergi ke Opis,kami menggunakan escalator/tangga bergerak.Bukan kami berdua sahaja turut berada di escalator tersebut. Malah di hadapan kami ada sekumpulan perempuan melayu juga turut menaikki escalator itu.



Salah seorang sekumpulan perempuan tersebut berpakaian agak seksi/menjolok mata di mata gua dan member gua tu.Gua bagi lu orang bayang kan,Dia pakai skirt,baju agak ketat + jarang pulak tu.Dah bayang kan ? .Kelihatan itu bukan pakaian seragam pekerja.Itu pakaian hang out.


Gua dengan member gua TER'pandang.Memey terpandang sebab dorang berada di depan kami masa naik escalator tu.Nak buat macam mana.Tak pasal-pasal gua dapat dosa mata.Yang gua tak puas hati budak tu sound kami



budak tu : Korang pehal pandang kitorang ? Gatal juga korang ini !!!

Kami : Speechless (-.-')


Tak pasal - pasal gua dengan member gua kena sambar petir oleh budak tu.Padahal gua dengan member gua tak sengaja la.Time tu rasa nak sound balik pon ada. Nasib baik time tu dia dalam jusco as customer.Kalau tak memey gua dah ceramah.


Yang menjadi tanda tanya ialah kenapa kau pakai seksi-seksi ? Kau nak tunjuk dekat sapa ? Lepas tu bila orang pandang kau, kau marah cakap lelaki gatal la/ miang la? WTF  .Gua rasa monyet pon tak nak pandang kau la kalau kau pakai macam tu.Puiihhhh..



*Dah lama tak type entry panjang macam ini.Inilah padahnya lama sangat tak update.

18 February 2012

Music On Saturday #29

Assalamualaikum.

Anneyong Haseyo.


Siapa peminat setia anime DRAGON BALL sila komen entry ini. keh keh keh. Gurau-gurau.Siapa yang tak tengok dragon ball tu memey rugi la. Anime Legend tu.


Intro gua macam cilaka kan. keh keh keh.


Gua amat tertarik dengan lagu opening dari siri 3 iaitu DRAGON BALL GT.Sedap di dengar. Nak dengar ? tekan video dekat bawah ini.Tapi gua minta maaf awal-awal la.Sebab lagu dekat video ini tak ada lyric.Lagu ini dah lama gila,release 1996. Masa tu umur gua baru 4 tahun.


Jom la play.. =)


Dragon Ball Gt




14 February 2012

Bentuk Ancaman

Assalamualaikum.

Anneyong Haseyo.


Fuh! Fuh! Fuhh! "Meniup"


Gua meniup habuk yang berdebu dekat blog gua ini. Maklum lah lama tak update.Habis Berdebu blog gua.Kesian PARK CHO RONG. keh keh keh.


Memandang 14 February 2012 telah pon tiba.Mesti beberapa couple wish "Happy Valentine Dear.Semoga hubugan kita kekal abadi" kepada pasangan mereka. Puihh Puihh Puihh.. geli la.


Nie mesti time sekolah bila Ustazah mengajar masuk telinga kanan,keluar telinga kiri kan. #APTB.Actually tahun lepas gua dah pernah update entry about Valentine Day ini.Gua saja nak repost balik.Dulu follower sikit je,ramai tak baca.Now dah ramai,ada kot yang baca. keh keh keh.


Cakap pasal VALENTINE.Lu orang tahu dari mana datangnye sambutan ini?Lu orang tahu tak? Memandang kan gua pernah belajar.So,gua nak kongsi sikit ilmu yang gua ada.



Time Form 4 gua ada ambil subjek Tassawur Islam.Tajuk besar  Bab 1"Asas Pemikiran Islam".Unit 9 "Pengaruh yang merosakkan Pemikiran".Tajuk nie macam best.Time tu gua fikir mesti belajar tentang gothic , punk ,black mental..Tapi gua tak sangka lak Valentine tersenarai dalam bab tu.


Gothic

Ini antara yang gua refer dekat buku nota gua.Gua masih simpan lagi buku nota tassawur islam tu tahu tak.


Bentuk Ancaman
  1. menyalurkan hiburan keterlaluan hingga melalaikan dan melupakan tuhan seperti Black Mental,Punk,muzik rock dan sebagainye
  2. Menyemai budaya yang bertentangan dengan islam seperti merayakan "VALENTINE DAY",mementingkan kebendaan dan sebagainye


Sejarah Valentine Day.

Sebelum abad ke-17 masihi, masyarakat Rom meraikan Hari 'Valentine' pada 14 Februari setiap tahun sebagai hari mencintai tuhan atau patung pujaan mereka. Dalam sambutan itu, mereka mengorbankan anjing dan kambing betina, kemudian darahnya dilumur pada tubuh dua orang pemuda. Tubuh yang berlumuran darah itu dibasuh pula dengan susu sebelum diarak ke tengah-tengah Kota Rom.Ketika perarakan berlangsung, pemuda itu memegang kulit anjing dan kambing betina yang masih berdarah dan memalit darah berkenaan kepada sesiapa saja yang mereka jumpa. Gadis-gadis Rom amat gembira jika mereka dipalit darah oleh pemuda terbabit, kerana mereka percaya darah itu dapat menghalang mereka daripada menjadi mandul.


So,jangan sambut ye.Gua pon couple jugak.Tapi tak pernah pula sambut binatang tu.Lagipon gua tak romantik.Tak pernah bagi hadiah dekat gf.Serius gua tak pernah bagi hadiah yang special dekat gf gua.Sebab duit gua habis dekat game. keh keh keh. Tak ada masa nak sambut benda-benda mengarut macam ini.

Please Take note. keh keh keh.

P/s : Eh! panjang pulak gua type entry ini. Feeling menaip. keh keh keh.

11 February 2012

Music On Saturday #28

Assalamualaikum.

Anneyong Haseyo.


Gua nak cerita yang gua 1st time Karaoke pada tahu 2010. Masa tu gua study Dekat UNISEL Batang Berjuntai. If yang tak tahu,boleh dipersilakan Google Map.So,tempat kitorang hang out tak ada la jauh sangat dengan Unisel tu. Dekat Sg.Buloh je. Dekat situ je la ada Pekan.

Actually gua tak suka menyanyi.Gua ini agak pemalu .. keh keh keh. Gua di paksa oleh cousin gua untuk mengeluarkan suara gua yang sumbang.Nak tak nak kena la tunjukkan kehebatan gua dalam nyanyian.Lagu yang gua nyanyi ialah lagu ..................Gua nyanyi lagu melayu.keh keh keh... nak tahu lagu apa yang gua nyanyi ? jom play dekat bawah ini.



Taiwan Version  / OST Meteor Garden





Korean Version





Malay Version


Balik je hostel gua kena bahan dengan cousin gua,"ku juga mencintai dirimu ........."  (-______-')
Cilaka. keh keh keh.

08 February 2012

Wordless Wednesday #30

Assalamualaikum.

Anneyong Haseyo.


Gua amek pic ini dari Group kpop gua. ce tengok.


Girl's Generation / Snsd

Agak stylo. Katanya boleh didapati di KL Sentral. =)

07 February 2012

Nama Saya Kim #10

*Jika anda terlepas Episode yang lalu :-


********************


Di sebuah rumah yang sunyi dan sepi.Tinggal sebuah keluarga. Hanya seorang bapa dan seorang anak perempuan.Ibunya telah pon meningal dunia semasa Ana Shiha Dilahirkan.Sehingga kini Ana telah dia besarkan oleh ayahnya.Selama 18 tahun  ayahnya membesar dan mendidik Ana.


Kini Ana sudah semakin dewasa.Ayahnya beranggapan bahawa Ana mungkin sudah pandai menjaga dirinya sendiri.Muka Ana mirip dengan wajah ibunya.Ibunya seorang yang cantik,baik dan kasar macam Awan Dania.Kini Ayahnya melepaskan rindu terhadap arwah dengan melihat wajah Ana dan tingkah lakunya  yang sama macam ibunya.


Knock! Knock! Knock!..Ana mengetuk pintu rumahnya.


"Saya sudah pulang". Kata Ana.


"Lambat kamu pulang Ana". Kata ayahnya.


"Jumpa kawan tadi. hehe". Jawab Ana.


"okay.Pergi mandi yerk.Dah nak malam ini". Kata ayahnya.


"Baik dad v(^.^)". jawab Ana sambil senyum membuat PEACE.


Beberapa jam selepas itu.


" Ana Oh Ana..turun makan.Ayah dah siap memasak ini ".Ayahnya memanggil Ana.


Ana Masih tidak turun.Lalu ayahnya pergi naik ke atas untuk menjenguk apa yang Ana sedang buat.


Knock! Knock! Knock!. Ayahnya mengetuk pintu bilik Ana.


Tiada suara yang menjawab.


"Ayah masuk yerk". Kata Ayahnya.


Kelihatan Ana sedang mengulakaji sambil memakai headphone mendengar lagu.Ayahnya mengelengkan kepala.Lalu ayahnya menanggalkan headphone dari kepala Ana sambil gelak "keh keh keh.".


"Apa ini ayah.Ayah ini jahat lorhhhh" . Ana bersuara manja.


"Dari tadi ayah panggil kamu turun makan.Tapi kamu tak jawab.Tu yang ayah naik". Kata ayahnya.


"Ooopss..! Maaf..hehe". Kata Ana sambil gelak gigle.


"Sudah. Jom kita makan dulu. Nanti lepas makan Ana sambung ulangkaji tadi okay". Kata ayahnya sambil membuat thumbs Up.


"Okay ayah". Kata Ana sambil membuat Thumbs Up juga.


Lalu mereka berdua turun ke bawah bersama.


"Dinner ayah masak apa ?". Tanya Ana.


"Malam ini ayah masam special punya untuk Ana anak ayah". Jawab ayahnya dengan penuh semangat.


Sampai saja di meja makan.Ana terkejot.Kelihatan banyak makanan/lauk yang terhidang di atas meja tersebut.


"Ada orang nak datang rumah ke ayah". Tanya Ana.


"Eh! tak ada siapa nak datang pon". Jawab ayahnya.


"Habis kenapa banyak sangat makanan ini". Tanya Ana lagi.


"Errrmmm.Ini semua ayah masakkan untuk Ana.Semua Makanan ini ialah makanan Favourite arwah ibu Ana". Jawab ayahnya.


"Oh!.Thankz ayah.Ana try habiskan v(^.^)". Kata Ana sambil membuat peace.

"Dah.Mari kita makan,nanti sudah sejuk,tak sedap pulak jadinya". Kata ayahnya.


" Mari ". Kata Ana dengan penuh semangat.


Kedua-dua kelihatan berselera sungguh menikmati hidangan tersebut.Walaupun Ana kurus.Tetapi Ana kuat makan orangnya.Tak sia-sia ayahnya menghabiskan masa untuk memasak hidangan tersebut untuk Ana.


"Sedap tak ayah masak?". Tanya Ayah.


"You Are The Best Dad v(^.^)". Jawab Ana sambil membuat peace.


"Sayang Anak Ayah ini.Lepas makan,pinggan biar dekat meja.Pergi basuh tangan then sambung ulang kaji tadi ye". Kata ayahnya.


Selesai sudah makan.Sebelum Ana naik ke atas,dia berjumpa ayahnya sebentar untuk memberitahu sesuatu.


"Ayah,Ana nak bagitahu something ini. Tapi ayah janji takkan marah yerk". Kata Ana.


"Ayah janji tak marah. cakap la". Ayahnya berjanji.


"Errrrmmm.Ana ada kawan baru". Kata Ana.


"Oh! bagus la tu. baik lelaki atau perempuan?" .Tanya ayahnya.


"Errrmm.. Dia Lelaki.". Jawab Ana dengan emosi ketakutan.


"Oh lelaki. Siapa nama dia?". Tanya Ayahnya lagi.


"Nama Dia KIM HEERUUL.Kawan yang Ana jumpa petang tadi". Jawab Ana.


"Owh.Ayah tak kisah kalau Ana nak berkawan dengan siapa.Asalkan anak ayah ini pandai jaga diri". Pesan Ayahnya.


"Thankz Dad. I love u ". Jawab Ana sambil memeluk ayahnya dengan penuh gembira..


Ayahnya hanya mampu tersenyum melihat Ana gembira.


"Ana nak naik atas.Nak sambung Study". Kata Ana.


"Okay. Jangan tidur lambat sangat ye". Pesan ayahnya.


"Baik dad =) ". Jawab Ana.


Lalu Ana bergegas menuju ke biliknya untuk menyambung ulangkaji.Macam biasa,apabila Ana study dia memakai headphone supaya tiada orang mengganggu'nya study.Sedang Ana tekun mengulangkaji,tiba-tiba meja'nya bergegar.


Ana terkejut.Ana ingatkan gempa bumi.Lalu dia melihat di sekeliling dinding biliknya tiada kesan gempa bumi.Frame gambar yang tergantung di dinding biliknya masih center.Ana berasa lega kerana yang tadi itu bukan gempa bumi.


Ana ternampak Fon miliknya mengeluarkan cahaya.Lalu Ana mengambil fon tersebut."hmmmm.Tadi ada orang call rupanya.Ingatkan gempa bumi la tadi.".Kata Ana sendirian.Ana pelik siapa pula malam-malam ini buat misscall.Lalu ana abaikan misscall tersebut.Ana terus menyambung ulangkaji.


Lima minit kemudian, Fon Ana bergetar lagi.Number tidak dikenali membuat panggilan.Ana pelik siapa pula yang rajin beno call dia malam-malam buta begini.Ana takut- takut nak answer panggilan tersebut.



To be continued ........



Nak tahu siapa yang call Ana ? Tunggu next episode.

04 February 2012

Music On Saturday #27

Assalamualaikum.

Anneyong Haseyo.


Malam - malam or Pagi - pagi buta ini seram sejuk je kan. Seram tu bukan maksud gua jumpa hantu la. Sejuk kedinginan dari hembusan angin pawana. keh keh keh.


Malam - malam or Pagi - pagi buta bertemankan hembusan angin kalau dengar lagu Acoustic ini bestkan.Lagu ini memey sesuai didengar pada waktu malam.Lagi - lagi ACOUSTIC version.Feeling siot.Kebetulan lagu asal ini EX couple gua "Demi Lovato" yang nyanyi. keh keh keh.Habis la kalau chemay baca mesti gua kene tibai dengan dia. keh keh keh.


Jom la dengar. Gua letak lyric sekali..One more thing,ACOUSTIC version dari video ini.Lain dari yang lain. Superb. Kalau yang belum tengok tu sila la tengok. Yang dah tengok Video ini mesti dah tahu kan  acoustic lagu ini Awesome..






Skies are crying
I am watching
Catching teardrops in my hands
Only silence as it's ending, like we never had a chance
Do you have to, make me feel like there is nothing left of me?

[Chorus]
You can take everything I have
You can break everything I am
Like I'm made of glass
Like I'm made of paper


Go on and try to tear me down
I will be rising from the ground
Like a skyscraper!
Like a skyscraper!


As the smoke clears
I awaken, and untangle you from me
Would it make you, feel better to watch me while I bleed?
All my windows, still are broken
But I'm standing on my feet

[Chorus]
You can take everything I have
You can break everything I am
Like I'm made of glass
Like I'm made of paper

Go on and try to tear me down
I will be rising from the ground
Like a skyscraper!
Like a skyscraper!

[Bridge]
Go run, run, run
I'm gonna stay right here
Watch you disappear, yeah
Go run, run, run
Yeah it's a long way down
But I am closer to the clouds up here

You can take everything I have
You can break everything I am
Like i'm made of glass
Like i'm made of paper, Ohhh woaah
Go on and try to tear me down
I will be rising from the ground

Like a skyscraper!
Like a skyscraper!

Like a skyscraper!
Like a skyscraper!

02 February 2012

SPONTANEOUS THURSDAY #30

Assalamualaikum.

Anneyong Haseyo.




Gua harap kali ini tali layang - layang gua tak kan putus lagi. Amin.

Apa yang lu orang faham maksud tersirat daripada word itu.?


Type Entry : Kim Heeruul