Boss Gua

Pages

Hot Drama

Showing posts with label hasil kajian. Show all posts
Showing posts with label hasil kajian. Show all posts

26 February 2012

Hasil Kajian Gua #5

Assalamualaikum.

Anneyong Haseyo.

Selamat Malam gua ucapkan. Kenapa selamat malam pula ??? Sebab gua post entry ini tengah malam. keh keh keh.Okay,intro gua membosankan kan.Gua type entry ini dalam keadaan yang asyik ter'bersin.Gua harap lu orang semua simpati dengan keadaan gua.

Back to the title,


Mesti lu orang pelikkan.Sejak bila gua penah buat entry ini, Tup Tap Tup Tap dah yang ke 5.Actually gua dah lama tak update entry "hasil kajian gua" ini.Kalau lu orang teringin nak baca kajian-kajian yang gua telah buat,lu orang boleh click dekat bawah ini.






So Hari ini, gua nak kupas sikit tentang mengapa lelaki gemar main game.



Pembohong la kalau lu orang tak pernah main game even angry bird or plant vs zombie.Sedangkan budak-budak kecik sekarang pon dah pandai main game siap touch2 lagi screen Samsung Galaxy.Budak kecik tiada kaitan dalam entry ini.

Boleh dikatakan 80% remaja lelaki gemar bermain game.Kenapa mereka main game ? Ha..Itulah persoalannya.Dulu masa belajar gua pon kaki game.Para gadis mesti nak tahu kan kenapa lelaki suka main game.


Sometime main game dapat release kan tension.For example, dia gaduh dengan kawan dia,then dia rasa geram.Cara untuk dia lepaskan geram dia main game perang-perang "Counter Strike" or game lawan-lawan "DOTA". Dia akan rasa puas bila dah bunuh orang dalam game tu.


Game ini boleh buat kita rasa gembira.Lagi-lagi kalau kita menang.Secara automatik kita akan rasa nak try lagi game tu.Pengaruh kawan juga turut memberi impak yang besar juga. Contohnya "Abu main game digimon baru level 5.Ali pula sudah level 15.Dalam masa yang sama Ali ini berlagak sebab level dia dah tinggi.Masa itu la Abu akan rasa tercabar then nak pecut level Abu."


Defense Of The Ancients (DOTA)



Counter Strike

Selain itu, If lelaki tu ada couple, inilah cara dia kontrol kegatalan/kemiangan/kasanova dia.Gua mengaku dulu memey gua takkan layan sebarang Text or Calling time gua tengah main game.Ex gf gua text gua,gua reply tapi lambat sikit la.Gua tahu dia panas + geram dekat gua.Tapi sebelum couple dia cakap dia boleh paham gua.

Apa-apa hal if gua nak main game gua bagitahu dia.Nanti tak ada la dia tertunggu-tunggu gua.Lelaki ini hobby dia tak macam perempuan.So if bf lu orang tu kaki game buat la rules macam gua tu. 


One more thing, lelaki kaki game it's more better than lelaki buaya darat/Playboy . =). Lu orang lagi panas bila dia layan game or dia layan perempuan lain ?. fikir-fikirkan ye. Inilah hasil kajian gua sepanjang gua bergelar seorang pelajar dulu. Kita jumpa di lain entry. peace v(^.^).

24 October 2011

Hasil Kajian Gua #4

Assalamualaikum.

Anneyong Haseyo.


Hari ini gua cuti.Selalu bila cuti gua hang out.Tapi hari ini tak.Mood malas nak keluar.*padahal duit tak ada.keh keh keh.Actually,gua nak rest je kat umah.Hari-hari kerja,kadang tu tension gak dengan ragam customer yang macam bullshit pon ada.Sabor je la.


Bila dah rest kat umah ini.Idea nak update pulak tak masyuk.Tu la nak rest sangatkan.Amek lu kim,semua idea nak update dah hilang.Tetiba gua teringat entry yang dah lama gua tak update.dalam sebulan la jugak gua tak  continue update entry tersebut.Nak tahu entry apa ? jum...

If nak baca yang lepas.Lu orang boleh click di'bawah.

Now,apa pula hasil kajian yang gua dah dapat?


Betul ke 85% girls sekarang suka lelaki yang ada Transport.Rupa paras dah tak penting."Yang penting dia boleh Ambil dan hantar aku pi mana je."


Jawapan daripada Hasil kajian gua ialah "ye betul tu.ramai girl sekarang suka lelaki yang ada transport"


Ada yang naik motor sambil di peluk oleh pembonceng tersebut.Awww...
Situasi ini boleh di'lihat di mana-mana saja.Di depan bustop,sekolah,taman permainan,kawasan perumahan & di lebuhraya berdekatkan.


Dulu masa gua sekolah menengah,gua nampak someone yang sama sekolah dengan gua menaiki mosikal 125Z kaler meghah.Dibelakangnya di bonceng oleh seorang perempuan yang paling cun di sekolah sebelah.Rupa paras lelaki tersebut berkulit hitam manis.

Dalam hati gua time tu "macam mana la girl tu boleh minat kat lelaki tu" dengan muka yang hampa (-.-')


kalau macam ini gua tak kesah la



Hantu pon nak tumpang bonceng gak..zizan kan hensem.Sampai hantu pon nak tumpang bonceng..



Perkara tersebut turut menimpa sahabat gua di UNISEL.Sahabat gua ini ada kegheta Kancil kaler hijau.Now dah tuka kaler Putih.Rupa paras dia biasa-biasa je.Berkulit hitam juga.Memandang kan dia ini ada kegheta.Dia ini menjadi perhatian para student perempuan di unisel la.


Gua dan rakan - rakan yang lain dah pesan kat dia "weyh,awek ko tu couple dengan ko sebab ko ada kereta,better ko tak yah couple dengan dia.".Sahabat gua mengendahkan nasihat yang kami berikan.Time tu gua bukan nak tuduh yang bukan-bukan.Tapi gua kenal Gf dia dulu sebelum dorang couple.


Last - last apa pon tak ada.Gf sahabat gua tu tinggal kan dia.Ex couple sahabat gua tu bertukar arah kepada lelaki yang ada kegheta lebih mewah iaitu kegheta Myvi kaler putih kot.


See,lu orang dah bace kejadian di atas kan.Tapi gua try to think positif.Apa yang gua fikirkan,Mungkin perempuan suka lelaki yang ada transport sebab nak dating senang.Tak ada la buang masa.Selain itu,nanti dah kahwin senang nak balik kampung.Tak yah susah-susah nak beratur panjang-panjang beli tiket balik kampung.ye dak.


*Itu lah bukti yang kukuh gua boleh bagi.Setiap orang pendapat lain-lain.Tapi ini lah pendapat gua.

Sekian Terima Kasih.

23 August 2011

Hasil kajian aku #3

Assalamualaikum...

Anneyong Haseyo...


Gua baru perasan bulan ini gua tak update pasal "hasil kajian aku"..Opss..Yang baru terjah blog gua tu,mesti tak tahu kan..If nak tahu yang #3 punya,gua saran kan lu orang baca dulu entry  yang "Hasil kajian aku #1" dan "Hasil kajian aku #2" supaya lu orang tahu..hehe..


Sudah baca ? fair la kan part gugirl ada,part lelaki pon ada...=)
Kali ini apa pula..? nak tahu ? jom baca..


Ramai sekarang remaja yang couple berbanding remaja yang sudah berkahwin..Siapa kata remaja sekarang tak leh kahwin muda.cepuk kang....kepada remaja yang sudah berkahwin tu alhamdulillah la sebab hubungan yang dilakukan telah halal dan sah..=)


Isu yang gua cuba nak kupas seperti kupas buah durian ialah kenapa bila dating kena pegang tangan?



kenapa yerk? perlu ke? nampak cool ke bila pegang tangan..?


haha..whatever la..gua pon pernah couple.Dan gua pon pernah ber'pegang tangan..sejak gua hidup single ini gua jeles gak bila tengok couple sana sini dok pegang-pegang tangan..keh keh keh.....Maklum la sudah berkurun lamanya tangan gua tak di sentuh oleh seorang gadis,melainkan mama gua...=)


Menurut Daripada hasil kajian gua la kan,sebab kenapa bila dating kene pegang tangan?..Antara jawapan daripada hasil kajian gua ialah "i sayang u jom la pegang tangan" konon nak tunjuk yang mereka romantik...


Selain itu,mengikut jejak langkah persekitaran..contohnya "tengok orang len couple pegang-pegang tangan,i pon teringin nak pegang tangan u"..Ada setengah lelaki pantang di cabar dengan kata-kata..for example "kalau u gentleman/berani la kan,i nak masa 1st date kita nanti u pegang tangan i..buleh"..Kalau gua of coz la rasa tercabar...


Dari segi pandangan lain pula,mereka memengang tangan sebab yang lelaki mahu menjaga keselamatan anak dara orang....Dekat KL tu bukan selamat sangat pon macam penjenayah ada..Takut terjadi apa-apa kan susah nanti..


Itulah hasil kajian yang gua peroleh..hihi..


1 more thing,gua harap yang baca entry ini,apabila komen jangan la jadi hipokrit..maaf jika kata-kata gua agak kasar..if korang pernah pegang tangan bf/gf korang jangan la korang komen "yang korang tak pernah pegang tangan"...peace v(^.^)