Boss Gua

Pages

Hot Drama

28 January 2012

Music On Saturday #26

Assalamualaikum.

Anneyong Haseyo.


Semalam terlalu syok sangat main PSP, sehingga gua terlupa untuk meng'update Music On Saturday. keh keh keh..maaf maaf.


Gua nak tanya lu orang semua, siapa readers yang baca entry ini ialah "KAKI ANIME"  macam gua.Bagi yang ta tahu anime itu apa,meh sini gua terangkan.ANIME ialah Animasi jepun seperti NARUTO, DRAGON BALL , SAILORMOON & other.


So,lu orang dah tahu kan anime itu apa. keh keh keh.Jangan ingat budak-budak je layang anime.Orang yang dah mendirikan rumah tangga pon ada yang layan Anime tahu tak.Confirm kepala ayah & anak sama.


Banyak plak gua membebel.Hari ini gua nak play lagu daripada salah satu favourite anime gua. Kepada yang layan Anime lu orang mesti pernah dengar lagu ini.Ini bukan lagu kpop. Ini lagu jepun. hihihi




Lagu ini dari Anime GUNDAM SEED DESTINY. Kalau tengok citer tu,kita dapat dengar masa Ending cerita tersebut.Banyak lagi lagu-lagu yang best dari cerita itu. Esok lusa gua post lagu yang lain pula. keh keh keh


Gundam Seed Destiny

Aku & PSP

Assalamualaikum.

Anneyong Haseyo


Lenguh oh lenguh beno leher ini. Ini akibat terlalu rajin bekerja.Gua tak tahu nak intro macam mana.Tapi setiap first paragraph di kira intro jugak kan.? Apa-apa je la. Asal kan gua update. keh keh keh.



Gua dapat rasakan yang lu orang mesti terkejutkan baca titile entry ini.Kalau tak terkejut,nampak sangat lu orang  tak pernah stalker entry-entry gua.keh keh keh.


Title entry ini bukan nak up kan traffic murahan.Tapi title tu sememangnya benda yang gua nak cerita.Panjang plak gua membebel.


Sekian lama gua menunggu akhirnya,gua berjaya mendapatkan si dia.Gua betul-betul sayang kan dia.Lu orang mesti nak tahu siapakan..hik hik hik..










PlayStation Portable (PSP)


Keh keh keh.. Lu orang terkena.PSP tu gua baru je beli pada 27 January 2012. Harganya Rm550. Memory 8GB. Kira okay la tu. Kalau kedai lain gua survey semua Rm550 memory 4GB. Better Ambil yang 8GB.


Benda ini adalah sebahagian dari hidup gua.Gua beli dengan hasil usaha gua sendiri selama kerja di' JUSCO. =). Sayang sama kau jusco sebab kasi gaji banyak. keh keh keh.Bulan lepas gua jugak baru beli fon baru. FOn Sony Ericsson XPERIA x8. Fon tu berharga Rm470 memory 2GB.


Motif  gua beli Fon XPeria tu sebab fon sony k800i pemberian m0m gua masa gua form 5 tu dah rosak.Gua dah guna fon tu selama 3 tahun. keypad "c" rosak. Susah nak delete kalau typo. Tu yang gua beli pon baru. Tetiba Fon lama itu dah okay. Ternyata sony k800i gua ada perasaan.Sekarang Xperia x8 gua tu,gua jadi kan Walkman. .keh keh keh keh..


Gadget-gadget ini semua termasuk lah laptop Acer,gua beli daripada hasil kerja Overtime gua di jusco.Jika kita nak kan sesuatu kena la usaha lebih sikit.Ia takkan datang bergolek.Ada usaha dapat la hasil.



lepas ini gua nak buat Overtime banyak - banyak. Nak simpan duit untuk kahwin plak.Semua yang gua nak semuanya dah dapat.Alhamdulillah. Now gua tengah kumpul duit untuk kahwin & masa depan pula. =)

27 January 2012

"Nelly The Strange sudah buka bloglist baru untuk saya !"

Assalamualaikum..

Anneyong Haseyo.


Gua nak join bloglist member gua.Gua rasa gua dah layak kot .. keh keh keh.. jom ramai2 join.


more info click this picture.. =)



Gua Tag 3 Orang Yang Feymes :-

26 January 2012

SPONTANEOUS THURSDAY #29

Assalamualaikum.

Anneyong Haseyo.



Jangan la kita bermain dengan API
Sebaiknya bermain lah dengan ANGIN
kerana ia'nya Natural

25 January 2012

Wordless Wednesday #29

Assalamualaikum

Anneyong Haseyo





Jangan Scroll Bawah











































































Dah Cakap Jangan Scroll kan.

22 January 2012

Speechless

Assalamualaikum.

Anneyong Haseyo.


Sorry for long time not update blog. Line Broadband gua agak jimbet sikit. Hope lu orang paham situasi yang gua hadapi. Tujuan gua update blog sebab gua nak kosing kesedihan yang gua hadapi.


Actually gua baru je break dengan gf gua minggu lepas.Kami couple pon tak lama. Maybe tak ada jodoh. Keputusan minta break tu gua yang mintak. Jangan di'tanya sebabnya kenapa. Yang pasti bukan sebab gua nak curang.


Btw,nanti mesti ada readers yang maki hamun gua. Sebab pasal break pon nak publish kat blog.


Dulu masa form 5 gua suka dengar lagu ini.

19 January 2012

SPONTANEOUS THURSDAY #27

Assalamualaikum.

Anneyong Haseyo.


Jika di beri pilihan
Yang manakah
Lu orang akan pilih
kebaikan atau kejahatan ?

Sudah semestinya kebaikan kan.

Jika diberi pilihan
Yang manakah akan
Lu orang pilih Dunia atau Akhirat ?

Sudah Semestinya Akhirat kan.

Jika diberi pilihan
Yang manakah
Lu orang akan pilih
Duit atau Nyawa ??????

18 January 2012

Wordless Wednesday #28

Assalamualaikum.

Anneyong Haseyo.


FERERRO ROCHER

Gua just nak kasi tahu yang gua dah MUAK dengan benda tu. kah kah kah. Ada yang mengidam la tu =P

17 January 2012

Nama Saya Kim #9

*Jika anda terlepas Episode yang lalu :-


********************


"What!!". Kim tercengang mendegar pengakuan dari girl itu.


"Eh! kan saya dah kata buruk la kalau muka awak terkejut.Jangan la buat muka macam itu ". girl itu blushing.


"Saya betul-betul tak sangka awak gadis misteri itu.Saya sedang bermimpi ke?. Tolong lempang saya". Kata Kim.



Slappppp..!!! girl itu melempang Kim.


"Auccchh!!. Sakit la" . Sambil memegang pipi.


"Awak yang suruh saya lempang awak kan. =P ". Kata girl itu sambil menjelir lidah.



"So saya tak bermimpi la ini". Kata Kim.


"Yea.Awak tak bermimpi." jawab girl itu.


Dalam hati Kim,kim gembira teramat sangat.Kim terkejut beruk apabila mengetahui girl itu adalah gadis misteri tersebut.Kim betul-betul tak sangka.


"Awak! Awak!. Kenapa termenung + senyum sorang-sorang ini.Apa yang awak fikirkan ha?". kata girl itu.


"ha? sorry sorry.Saya terlalu gembira dapat berjumpa dengan awak". jawab Kim sambil meng'usap pipi nye yang kene lempang tadi.


"Now awak dah tahu siapa gadis misteri itu.Saya nak balik.Dah pukol 6 lebih. Nanti lewat pulak sampai ke rumah". Kata girl itu.


"Betul gak itu.Dah lewat ini.jom kita balik". Kata Kim sambil mengalas begnya.


"jom". Jawab girl itu.


"Awak balik dengan apa?". Tanya Kim.


"Saya balik dengan basikal saya yang awak pernah baiki dulu tu la ^_^ ". Jawab girl tu.


"Oh.Lupa plak saya.keh keh keh". Kata Kim sambil tergelak tersipu-sipu.


"Lempang lagi tahu la.hik hik hik". Kata girl itu sambil tergelak gigle.


"Lepas ini macam mana kita nak berjumpa lagi". Tanya Kim.


"Awak ada number saya kan?". Jawab girl itu.


"Tak.Saya tak ada number awak". Kata Kim.


"Nie mesti belum baca buku komik itu sampai habiskan.Nanti awak baca la buku komik tu sampai habis.Nanti awak akan jumpa sesuatu". Kata girl itu.


"A'ah.Saya belum habis baca buku komik.Nanti saya baca itu sampai habis yerk". kata Kim.


"okay la.Saya gerak dulu yerk.Tcare si chumel.Bubye".Girl itu memuji kim.

"What? si chumel ? kah kah kah.. perli la tu.tcare to.bubye". Kata Kim sambil mukanya blushing.


Lalu girl itu pergi meninggalkan tempat tesebut.Manakala Kim pula masih duduk di situ.Tetibe Kim teringat bahawa kim lupa menanyakan nama girl itu.Lalu kim menjerit.


"TUNGGU!!!!!!" .Kim menjerit.


Orang di sekeliling memandang ke arah jeritan suara tersebut. Girl itu tiba-tiba menghentikan langkahnya.Lalu dia menoleh kebelakang memandang ke arah Kim.


"NAMA AWAK APA ?!!". Tanya Kim.


"NAMA SAYA ANA SHIHA.Dengar tak? ANA SHIHA!!!" Jawab Ana seakan-akan hendak semua orang mengetahui nama nya.


"NAMA SA.....". Kim tidak habis kata lagi Ana sudah mencelah


"NAMA AWAK KIM HEERUUL KAN !!". Ana mencelah kata kim tadi.


"TERIMA KASIH ANA!!. Bubye". Kata kim sambil melambaikan tangan.

"NO HAL LA KIM!!". Ana sambil melambai tangan juga.


Kim mula rasa tersenyum lebar.Ana ingat lagi Nama kim walaupun sudah lama tidak berjumpa.Lalu Kim bergegas pulang ke rumah.Nasib baik rumah Kim dan Midvalley tidak begitu jauh.Sampai saja di rumah.Omma nya telah menunggu Kim di depan pintu sambil mecekak pingang.


"Lewat kamu balik Kim. Ke mana kamu pergi?" Tanya Omma


"errr..Jumpa kawan dekat midvalley tadi".  Kim jawab dengan jujur.

"Owh. Patut la. Tadi Omma datang sekolah nak jemput kamu.Nasib baik Adila ada.Dia cakap kamu pergi jumpa kawan". Kata Omma.


"Maaf kan kim Omma". Kim meminta maaf sambil menunduk.


"Omma tak marah kamu la.Pergi mandi lepas itu makan". Kata Omma.


"Baiklah".Kata kim.


Kim terus mandi untuk menyegarkan dirinya.Selesai sudah menyiapkan diri dengan berpakai baju tidurnya.Kim menuju ke dapur untuk habuan perutnya yang sudah lama meragam nak makan.Lauk yang sedia terhidang di'atas meja ialah Sup ayam,Kailan ikan masin dan telur dadar.


Hidangan tersebut membuat kim tidak tahan.Lalu Kim terus menyerang meja makan tersebut.Kelihatan kim berselera sungguh dengan hidangan itu.Selesai saje makan.Kim masuk ke bilik.Hendak buat kerja sekolah,kerja sekolahnya telah disiapkan petang tadi di perpustakaan sekolah.

Lalu Kim menyambung membaca komiknya.Kim teringat kata-kata Ana petang tadi.Ada sesuatu dalam buku itu selain daripada note itu.Kim malas nak terus cari benda dalam komik itu.Kim mahu benda itu yang muncul sendiri.


Sampai saje di pertengahan page komik tersebut,terselit satu kertas kecil.Kim memetik kertas kecil yang terselit di dalam komik itu.


"Eh! Ini Number fon". Kata Kim.



To be continued ........

Nak tahu apa yang Kim akan buat dengan number itu? Tunggu next episode.


Extra :*Nak tahu siapa Ana Shiha itu sebenarnya.Click pada Nama dia di atas.
               *Omma - ibu , emak

16 January 2012

Pulih.

Assalamualaikum.

Anneyong Haseyo.


Ehem! Ehem! .. Ada siapa-siapa rindukan gua tak ? keh keh keh. Lama gak gua tak update blog.Jari gua pon macam dah tak serasi dengan keyboard. Maklumlah, lama tak type entry panjang-panjang macam entry yang sebelum-sebelum ini.Kene isi minyak hitam balik ini. keh keh keh.


Ke mana lu menghilang Kim ?


Actually,gua bukan menghilang lari rumah or merajuk ke apa.Gua tak update blog sebab gua demam.Bukan demam bola bukan demam cinta & bukan demam rindu.Tapi gua betul-betul sakit demam kepala pening-pening.


Gua start demam 7 january 2012. Masa mula-mula demam tu kepala gua pening + pitam.Dah la time tu time kerja.Memang gua tak larat siot.Muntah-muntah gua.Gua malas nak pi klinik sebab ubat-ubat yang lepas masih ada lagi.Gua makan ubat yang masih ada.Tak ada la membazir. ye dak.


Walaupun gua demam,gua tidak lupa pada entry baru kawan-kawan blogger gua.Gua tetap mengunjungi blog mereka even blog gua tak update.Thankz juga sebab sudi singgah blog gua even gua tak update blog. =)


Semakin hari gua semakin pulih.Alhamdulillah 14 january 2012 gua betul - betul telah sembuh.Thankz allah. =). Now, gua boleh berfikir dan Type entry dengan aman.

Lepas ini boleh la jadi super saiya balik. keh keh keh.


Goku + Vegeta = Gogeta.

14 January 2012

Music On Saturday #25

Assalamualaikum.

Anneyong Haseyo.


Lagu Baru Nie Best + Stylo + Cun. Kalau tak caya.Try la PLAY.. keh keh keh. Btw,Ini lagu Kpop.Kalau tak minat JANGAN la play yerk. keh keh keh..





Eh! Lupa plak nak kasi tahu kat lu orang.Dekat Group APINK ini gua cop Park Cho Rong yerk. hihihi


Park Cho Rong


Nama Dia bunyi macam kelakar. Ada gua kesah. keh keh keh.

11 January 2012

Wordless Wednesday #27

Assalamualaikum.

Anneyong Haseyo..

Sorry for long time not update blog. Actually











05 January 2012

SPONTANEOUS THURSDAY #26

Assalamualaikum.

Anneyong Haseyo.


Love Is Cinta.
Ya memang betul Love itu maksudnya CINTA.
Tapi...

Cinta Itu Buta.
Kenapa Pula Cinta Itu buta?
Cinta Bukan ada mata pon.

Entah,
Gua dengar kata orang dulu dulu.

Abaikan quote "Cinta itu buta"
Kerana ia tidak membawa sebarang maksud pon
Tapi...


Ada apa dengan Cinta.?
...................
..............................
......................................
...............................................


Pandai - pandai lu orang sambung. keh keh keh. Tetiba idea tak masuk. Gua nak Tidur.Selamat ketiduran.zZzZz

04 January 2012

Wordless Wednesday #26

Assalamualaikum.

Anneyong Haseyo.



Apa yang lu orang paham tentang gambar tersebut.

03 January 2012

Nama Saya Kim #8

*Jika anda terlepas Episode yang lalu :-


********************


"Eh!! Kenapa awak buat muka macam tu ha ?". Kata Gadis itu.


"Saya terkejut la.Macam mana awak tahu saya tengah gadis misteri yang awak sebut sebentar tadi tu ha ?". jawab Kim.


"Kalau ye pon terkejot perlu ke buat muka macam tu? So disgusting tahu tak. Awak minum air tu dulu.Nanti saya ceritakan". Gadis itu memerli Kim tahap gaban.


"Perlu ke saya minum air yang awak bagi ini? Entah - entah awak letak racun ke apa ke kat dalam air tu". Kim tak berani nak minum air yang gadis itu bagi.


"Awak ingat saya ini orang jahat ke nak bagi awak racun.Saya pon budak sekolah macam awak tahu tak.Takkan la saya nak buat perkara terkutuk macam itu dekat awak.Please la". Gadis itu jawab dengan penuh semangat bahawa dia tidak berniat jahat.


Kim mula merasai sesuatu yang pelik terhadap gadis tersebut.Mengapa gadis tersebut tetiba baik terhadap dirinya.Mungkin ada sesuatu yang tidak kena dengan gadis itu.Wayar kepala Short agaknya.Tetiba je baik dengan kim.

Dulu masa mula - mula kim jumpa dia,dia tak ada la pulak macam ini.Tapi nada suara dia bercakap still sama.Macam nak makan orang pon ada.Kim tergelak sendirian "keh keh keh".Kim Melihat Jam tangannya,jarum menunjukkan telah pukol 6pm.

Kim merasakan bahawa,mungkin Gadis misteri tu dah balik.Mungkin pada hari ini bukan jodoh kim untuk bertemu gadis misteri tersebut.


"Kenapa awak tiba-tiba gelak sorang ini? Gila yerk?". Sergah gadis tersebut.


"Saya teringat kan masa mula - mula kita jumpa dulu". Jawab kim sambil tersenyum.


"Owh.Masa basikal saya rosak itu.Ingat kan awak dah lupa.Ingat lagi ghupenya". Pipi gadis itu kemerah merahan.


"Kejap yerk,saya nak minum air yang awak bagi ini.Saya sebenarnya haus.keh keh keh". Akhirnya Kim minum air yang gadis itu bagi.


"Awak minum la dulu.Saya nak bersihkan Spec saya ini kejap". Jawab gadis itu.


Beberapa Orang yang berada di kedai buku MPH itu memandang ke arah mereka.Ada yang pura-pura batuk  di hadapan mereka.Ada yang cuba menganggu kawasan yang mereka duduk itu.Ada yang menghalau mereka kerana mengganggu laluan orang nak lalu.


korang bayangkan la Kim & Gadis tu duduk di tengah - tengah tu.


"Sedapnya air yang awak bagi ini. Lega anak tekak saya.Thankz yerk". Kim gembira.


"Sedap kejadahnya awak.?? Air kosong je kan.Awak ini memey gila agaknya". Gadis itu perli Kim lagi.


"keh keh keh". Kim blushing.


"Awak jom la kita pergi tempat lain.Ramai orang dah pandang pelik dekat kita.Saya rasa tak selesa la". Gadis itu mengajak kim.


"Tapi macam mana dengan gadis misteri yang saya cari tu.Saya belum jumpa dia lagi". Kata kim.



"Jom je la". Gadis itu memaksa.


"yela - yela". Kim ikot gadis itu.



Gadis itu berjalan laju sangat.Sehingga Kim berlari mengekori gadis itu.Jalan yang gadis itu lalu,macam kim biasa lalu.Kim yakin gadis itu mahu membawa Kim ke Taman air pancut di hadapan THE GARDEN MALL.Tempat Itu berhampiran dengan Midvalley.


The Garden

"Eh! mana Kim ini? Bukan tadi dia dekat belakang aku ke". Gadis itu mencari kim


"Kenapa awak jalan laju sangat ha?". Tanya Kim.


"Saya nak cepat la.Kejap lagi saya nak balik dah". Kata gadis itu.


"Kalau awak nak balik,kenapa awak tak balik je sekarang?". Tanya Kim lagi


"Sebab sebab sebab". Gadis itu gagap.


"Sebab apa ?" Tanya Kim lagi.


"Sebab saya lah yang letak Note dekat dalam buku komik itu & saya la gadis misteri tu". Gadis itu membuat pengakuan.


"WHAT ???" Kim Tercengang.


To be continued ........

Akhirnya muncul juga Gadis misteri itu. Nak tahu siapa nama gadis misteri itu.? tunggu episode akan datang yerk peace v(^.^)

01 January 2012

Selamat Tinggal "Belas"

Assalamualaikum.

Anneyong Haseyo.


Sorry sebab lambat update blog untuk beberapa jam.Maklumlah,gua batak tengok bunga api meletup-letup dekat kawasan rumah gua ini.Gempak la jugak macam dekat Dataran & KLCC tu.Untungkan stay bandar.


Hari ini Dah 1 JANUARY 2012. Nampak tak tu? Ke buat-buat tak nampak ? keh keh keh.Pejam celik pejam celik sekejap je dah tahun 2012 kan.Rasa sedih pon ada bila meninggalkan tahun 2011 yang penuh dengan kenangan pahit & manis.


Tahun ini umur gua berapa ? haha..Dah tak ada belas - belas dah. Lu orang teka la sendiri. :(


Masuk je tahun baru mesti lu orang pasang azam baru,WALAUPUN azam yang lama belom tercapai lagi kan.Tak apa mungkin yang tak tercapai lagi tu ada hikmahnya.Apa yang penting Usaha.Cakap pasal azam,gua ingat lagi azam gua masa sekolah rendah dulu.

Masa itu umur gua dalam lingkungan 7 8 or 9 tahun la.Lu orang nak tahu azam gua masa tu apa? Gua nak jadi Super Saiya macam goku. keh keh keh.Normal kanak - kanak ribena lagi time tu.

Gohan Super Saiya.

Bila di'ingatkan balik kenangan-kenangan yang lepas,boleh membuatkan kita ketawa sesorang kan.Even pekara tu dah lama berlaku.


Tahun 2011 banyak kenangan pahit berbanding kenangan manis.Malas nak cerita kenangan pahit.Tak seronok langsung.Tahu tak gua start berblogging bila ? Gua start berblogging pada bulan November tahun 2010.

Masuk ini sudah setahun sebulan umur Blog Budak Bermata Sepet .Banyak gak kenangan menjadi seorang blogger.Paling best bila kena sound dengan haters.Time tu gua newbie lagi dalam blog ini.Memang gua panas la time tu bila kene sound dekat shoutbox.Lepas itu ada yang curi gambar gua buat DP fb la.

Lu orang boleh baca entry yang ini kalau nak tahu lebih lanjut.


Untung tahu tak jadi seorang blogger. Boleh dapat kawan ramai.Malah boleh dipercayai pulak tu.Ada blogger yang sanggup datang dari jauh semata-semata nak berjumpa.


Seronok dapat kenal dengan lu orang semua yang pernah jumpa & yang tak pernah jumpa.Hope Di tahun 2012 ini kita dapat bertemu lagi.Dan yang tak pernah jumpa tu,gua harap kita akan bertemu.keh keh keh.


Gua agak tertarik dengan TOP Keyword gua pada tahun 2011.Tengok nie,



Ternyata blog gua adalah blog korea. keh keh keh.Thankz kepada semua readers sebab memeriahkan blog gua pada tahun 2011.Thankz sangat-sangat sebab sudi membaca hasil bebelan gua yang merepek.thankz sangat-sangat gua ucapkan.=)

Lu orang mesti tertunggu - tunggu nak tahukan apa Azam baru gua pada tahun 2012 ini. keh keh keh.

Azam Baru Gua :-
Azam baru gua ialah Gua nak tahun ini lebih baik daripada tahun lepas.Tak kira la dari segi apa pon.Asalkan ia kearah kebaikkan.Dan gua harap Relationship gua with family & Gf  kekal sampai ke akhir hayat gua. =).



SELAMAT TINGGAL BELAS
SELAMAT DATANG TAHUN BARU