Boss Gua

Pages

Hot Drama

29 November 2011

Super Heroes

Superman!! Superman!! Superman!!

Habaq mai kat gua apa yang special sangat dengan superman ini.Muka hensem bila bukak spec? Dia nampak segak bila berpakaian biru dan berseluar di'luar ?  ouchh.Please la. The Flash lagi cool.




Gua tak kan sebar gambar tak senonoh dalam blog gua. keh keh keh. Cerita pasal Superman. Semalam Isnin,gua cuti kerja.Cuti kerja ini kalau duduk rumah bosan la.Gua plan nak pergi jalan - jalan. Itu pon gua lambat plan. Sorry la if gua tak ajak lu orang.Maklum lah,plan last minute.


Gua jalan - jalan pergi Sunway Pyramid.Gua bukan pergi sorang.Tapi di'temani oleh member gua.. Actually,gua dah lama cari kasut.MAklum lah dah bosan ber'isteri kan Cik Supra.

kepada Cik supra , gua minta maaf kerana gua berlaku curang terhadap lu. keh keh keh.Gua nak kasi lu kawan baru la cik supra.Gua harap lu terpikat la dengan kawan baru lu tu. hihi.

Pelbagai butik terdapat di Sunway Pyramid. Tetapi hanya beberapa butik saja yang memikat hati gua. Yang lain hampeh. Harga 200 above. Lagi - lagi TOPMAN.Memang tak la gua nak shopping situ.Pusing punya pusing sebab nak cari harga yang terbaik,lalu kami singgah ke butik pilihan gua.


Gua rasa butik tengah buat sale Y.E.S kot. Sebab ramai gila kot. More item LESS 70%.Rugi la kalau tak beli.Dapat cekau 1 pon jadi la.Butik yang gua singgah tu ialah Nichii.Most item have less 70% .Mula ingat nak tengok - tengok je. Gua dah nampak skinny yang gua idam kan tu.Beli la 1. Murah la jugak Rm33 after less.



After that,Butik pilihan gua yang seterusnya ialah SUPER HEROES.Yeah,yang butik dia ada patung BATMAN , SUPERMAN , JOKER & GREEN LANTERN. Tapi kenapa patung THE FLASH tak ada? hina sangat ke the flash tu ? Btw, kasut yang gua aim tu dekat kedai lain harga agak mahal la jugak.



Mujur la dekat butik Super heroes ini harga sale dia boleh tahan.Kasut yang gua nak tu normal price dia Rm179.Tapi gua beli dengan harga Rm79. See,betapa beruntungnya gua.keh keh keh.Mungkin time tu memey rezeki gua.


Bukan nak menunujuk. Tapi kita kena bijak memilih sesuatu yang berbaloi. ye dak.

28 November 2011

Gua Dapat Bergambar Dengan Model

Assalamualaikum.

Anneyong Haseyo.


Entry kali ini gua bukan nak berlagak apa.Suka hati gua nak taip entry yang bagaimana.Inikan blog gua. keh keh keh.RElax ar. Gua gurau je.

Semalam ahad,customer dekat jusco mid memey ramai.Biasa la,hujung bulan la katakan.Orang ramai pulak dah gaji.Time tu dorang Shopping la apa lagi.

Customer ramai or tak.Apa gua kesah.Gua tetap nak balik pukul 6 petang jugak.Sebab ada orang tu dah calling - calling nak jumpa gua dekat depan cinema. bweeek.

Nak tahu siapa dia ? dia pon blogger juga.Bukat setaka blogger.Malah dia juga seorang model.Gua bukan penipu okay.Kalau Lu orang tak percaya,lu orang boleh stalker blog dia.



j0m teka

Jom teka


Saja nak kasi surprise kat lu orang. Kalau lu orang teringin nak tengok muka dia.Lu orang boleh open tab gambar tu terus ke entry dia. =)


Nice to meet u model . thankz yup. = )
Btw gua takut dengan ayah dia tadi. Maklum la 1st time jumpa. keh keh keh.

26 November 2011

Music On Saturday #19

Assalamualaikum.

Anneyong Haseyo.


Sabtu oh sabtu.Apabila hari sabtu telah tiba.Saat itu jari gua click folder by folder untuk mencari lagu.Cewah dah macam description blog gua pulak.Gua ada PC.Gua godek - godek la folder lagu.Gua  teringin nak comeback dengar lagu malay.Gua click la folder lagu m0m gua.


Dekat folder lagu mom gua tu pelbagai genre music.Lagu Korea (gua yang masuk kan) , english , sinetron & malay.Jari gua pi gatal - gatal click folder malay.Dah lama gua tak dengar lagu malay.Tetiba hari ini mood dapat feeling lagu malay.Layan je la.Actually lagu yang gua feeling tu suatu ketika dahulu gua pernah feeling gak.Sebab ex gua minat group ini.




Apa pasal la malam ini gua feeling lagu ini balik.Yang pasti bukan sebab ex gua yerk. Tak nak ingat tak nak ingat.

25 November 2011

Dulu Dan Sekarang.

Gua harap sambil lu orang baca entry ini lu orang play lagu ini.Jom play lagu ini.More feeling.




Dunia Dunia.

Perubahaan demi perubahan yang telah berlaku.Dari segi kehidupan,ada yang berubah jadi baik ke jahat.Sesekali jangan.Ada yang berubah dari jahat ke baik Alhamdulillah.Ada yang kehidupannya suatu ketika dahulu miskin dan sekarang kehidupannya telah  berubah menjadi mewah serba kekayaan.Itu semua lumrah kehidupan.




Dari segi suasana pon banyak yang berubah.Dulu dekat dunia ini penuh dengan hutan - hutan & haiwan - haiwan.Pelbagai jenis hidupan dapat di'lihat.Udara segar pulak tu.Sekarang ? Semua nya telah berkurangan.






Gua dapat idea nak update entry ini masa gua tengah tunggu bus dekat bustop.Depan bustop,dahulu terdapat rumah - rumah setinggan.Tapi sekarang telah dirobohkan.Gua tak tahu dorang nak bina apa pula kali ini.Mungkin dorang nak upgrade jadi condominiun 15 tingkat agak nya.Jangan dorang bina kilang sudahlah.Mampus gua hidu asap je nanti.


Dekat situ kita sudah kehilangan pokok - pokok yang dahulunya memproses karbon dioksida menjadi oxygen .Sekarang kita bernafas dengan oxygen yang telah dibergabung bersama asap - asap saja la.Pada masa yang sama otak gua kuat imagine pekara - pekara yang berlaku di persekitaran kita. Nak tahu tak apa yang gua imagine.? Jom baca dekat bawah ini.



Pokok pokok dan tumbuh - tumbuhan sekarang telah di gantikan dengan bangunan , rumah-rumah & kilang.

Gajah yang suatu ketika dahulu hidup aman sekarang semakin pupus telah di gantikan dengan Lori , lori Kontena

Dahulunya kuda merupakan transpot utama.Tapi sekarang telah digantikan dengan motosikal.

Harimau yang pantas itu telah di gantikan dengan kereta.


Burung - burung menjadi kapal terbang


Sebenarnya banyak lagi yang gua imagine.Malas nak kasi tahu semua.keh keh keh.See banyakkan yang telah berubah.Mungkin sebab dah tak balanced.Gua juga merupakan pencinta alam.Jaga La bumi kita . peace v(^.^)

24 November 2011

SPONTANEOUS THURSDAY #20

Assalamualaikum.

Anneyong Haseyo


Siapa kata ada couple tu best ?
Siapa kata ada bf/gf kaya tu best?
Siapa kata ada gadget mahal tu best?

Yeah,memang gua akui
Sangat la best bila ada bende - benda yang dapat mengembirakan kita.
Tapi bila benda itu hilang sekelip mata.
Apa lu orang akan rasa ?

Pedih kan.
So,jangan terlalu Over gembira sangat.
Kita cuma hanya perlu bersyukur.

That's all
Poem dari gua.

23 November 2011

Wordless Wednesday #20

Assalamualaikum.

Anneyong haseyo.


Perhatikan gambar di bawah ini betul - betul
Ada something yang akan membuat lu orang akan ketawa besar.


Kah kah kah kah kah...

22 November 2011

Nama Saya Kim #3

*Jika anda terlepas Episode yang lepas :-
**************


"Kenapa awak nak tutup muka pulak" Kata kim heeruul.

"Errrr"
perempuan itu speechless.

"Apa awak buat kat sini". Kim heeruul bertanya dengan penuh kesabaran.

"Eh! Suka hati saya la nak buat apa kat sini.Yang awak sibuk kenapa?". Perempuan itu jawab dengan penuh emosi.

"Errmmm.Kalau macam itu tak apa lah.Btw,Saya teringin nak tahu nama awak & Umur awak" .Kim telah mulakan rentaknya.

"Ahhh! yang awak sibuk nak tahu pasal saya ini kenapa ha,Awak pergi jauh - jauh sana.Buat semak je kat sini". Kata - kata perempuan tersebut se'akan tidak mahu di ganggu.

"hmmm.Kalau macam itu tak apalah.Saya mahu pergi rak belakang,nak cari buku.Hope can see u again". Kim berundur diri dengan hati yang tabah.


"Okay.Bagus la tu.Pergi main jauh - jauh.Kacau orang membaca saja". Perempuan itu cuba menyindir kim.



Tanpa membuang masa kim bangun dan terus menuju ke rak belakang untuk mencari buku komik yang dia nak beli itu.Sampai saja di tempat yang ditujui,Kim terus mencari buku komik itu.Cari punya cari,Kim tidak jumpa buku komik tersebut.Lalu dia menanyakan sesuatu kepada seorang pekerja yang berada di sekitar kawasan itu.


Pekerja tersebut juga tidak tahu sama ada buku itu ada atau tidak.Kim berasa hampa.Kim merasakan macam sia - sia saja dia redah hujan semata - mata nak beli buku komik itu.Tapi dalam masa yang sama,dia gembira sebab dapat jumpa gadis tersebut.



"Weyh!! Tepi sikit boleh tak !!"
perempuan tersebut lalu sambil melanggar bahu kim.

"Eh ! awak lagi".
  Kim terkejut

"awak susah ke kalau saya ada kat sini ?.Yang awak pulak,buat apa dari tadi dekat sini je?". Kata perempuan itu

"Saya cari buku komik.Buku itu tinggal satu je kat sini.Tapi dah ada orang amek.hmm". Kim jawab dengan penuh rasa hampa.

"Maksud awak buku komik yang saya pegang ini". P
erempuan tersebut kata sambil menunjukkan buku komik itu.

"A'ah buku komik itu la.Macam mana boleh ada dekat awak pulak?". Kim mula rasa gembira.

"Saya dah agak dah awak mesti nak beli buku yang saya pegang ini punya.Tapi memang awak takkan dapat la". Perempuan tersebut tak nak berikan buku komik itu.

"Tapi saya yang tempah dulu.Jadi saya la pemilik buku tersebut". Kim tidak mahu mengalah.

"WAh! banyak cantik.!! awak tempah,tapi awak belum bayar lagi.So ia bukan milik awak.Tapi kalau awak nak sangat buku ini,awak ambil lah!!!!". Perempuan itu membaling buku komik tersebut ke arah kim.




Perempuan itu terus berlari keluar dari kedai tersebut.Kim rasa bersalah.Semasa perempuan itu berlari keluar,Kim ternampak air mata perempuan itu mengalir.Kim serba salah kerana mengambil buku komik  daripada perempuan itu.


Kim terus menuju ke kaunter cashier untuk membayar buku tersebut.Cashier itu memerli kim "lu berebut buku ini dengan perempuan ke.hihi".Kim hanya mampu tersenyum saja dengan usikkan itu.Kim abaikan kata- kata cashier tersebut kerana di kepala kim hanya fikirkan kesalahannya terhadap perempuan itu.Lepas je selesai membayar,Kim menuju pulang ke rumah.


Sampai saja di rumah,kim cepat - cepat mandi .Kim takut di jangkiti demam sebab tadi kim redah hujan.Selesai saja mandi,Kim lihat buku yang dibelinya sebentar tadi.Lalu dia ambil buku tersebut dan terus baring ke atas katil.


Apabila kim buka buku itu,tiba - tiba ................


To be continued.


**************



kenapa perempuan tu ego gila..eee..gua geram gila.even gua yang cipta cerita ini..

20 November 2011

Nama Saya kim #2

*Kepada yang belum baca yang sebelum punya.Anda kena baca " Nama Saya Kim #1 "



Hujan sedang renyai -renyai.Kelihatan pelangi 7 warna telah muncul.Sebelum hujan itu kim bertekad untuk membeli buku komik.kim berkata dalam hati "hujan dah tak lebat ini,redah je la.Dah renyai ini".Kim berlari menuju ke kedai buku MPH yang berhampiran rumahnya.


"Nasib baik hujan dah tak lebat".Lalu kim terus menuju ke kaunter bayaran dan menanyakan sesuatu kepada cashier itu "bro,buku komik yang gua tempah tu ada lagi tak?" .Bro itu jawab dengan muka baru lepas bangun tidur "Tadi masa gua kemas - kemas gua tengok tinggal 1 je.Tak pasti la dah ada orang beli ke blom,cuba lu pi tengok kat rak belakang itu".


Tanpa membuang masa kim terus menuju ke belakang untuk memastikan komik itu masih ada.Semasa menuju  ke belakang,tiba - tiba kim terjatuh "errrgghhh" .Kim bersama emosi kemarahan mengatakan sesuatu


"Weyh! kalau nak baca buku free pon duduk la bersila.Yang ko tak reti nak bersila ini pehal?.Nie nasib baik aku yang jadi mangsa ko.kalau orang lain,mungkin ko dah kena" .


Perempuan itu menjawab sambil membaca komik tersebut tanpa menghirau kan kata - kata kim


"ko yang jalan pandang ke mana.Ko nak salah kan aku duduk salah pulak?"



Kim bertambah emosi lalu dia merampas buku tersebut.Tiba - tiba sesuatu yang mengejutkan telah berlaku.



"eh! aw aw awak rupanya.Awak la gadis basikal itu hari kan" kim gagap.


"Oops." Perempuan itu blushing.pipi dah pink.




Lalu perempuan itu terus merampas buku komik yang dia baca sebentar tadi untuk menuntup mukanya.



To be Continued......

19 November 2011

Music On Saturday #18

Assalamualakum.

Anneyong Haseyo.


Gua rasa dah lama gua tak play lagu korea dekat Music on saturday.keh keh keh.Bila difikir- fikir kan balik,gua pon tak tahu nak play lagu korea yang mana.keh keh keh.



So,hari ini gua nak play lagu yang agak gempak la jugak.Video dia api - api gitu.Kumpulan ini juga turut tersenarai dalam list favourite group kpop gua jugak.Tanpa membuang masa lagi.Jom la kita play sama - sama.




This Song is Not OVer. Get SHOCK


Kepada Umie Artoqiemie , gua nak lu buat vlog dance lagu nie or Miming lagu ini boleh. ? keh keh keh..

18 November 2011

Nama Saya kim.

*more feel.play lagu ini




Kring Kring Kring. Loceng sudah berbunyi,menandakan waktu pulang dari sekolah telah tiba.




Seorang perempuan yang tidak pasti identiti sebenarnya telah keluar dari kawasan sekolah sambil menaiki basikal.Tiba - tiba rantai basikalnya longgar lalu tersangkut di celah - celah "perewel - gerigi tayar belakang".

"Ouchh..Time - time ini la ko nak rosak yerk basikal..errrrghhh.." Perempuan itu mengeluh.

Cuaca pada waktu itu agak panas.Perempuan itu  memikirkan cara penyelesaian untuk membaiki basikalnya.Namun tidak berjaya.Perempuan itu takut tangan nye kene minyak hitam itu.Dia nak tolak pon sudah tak boleh sebab  rantai tu dah tersangkut.



"hmmm..panasnya".Perempuan itu mengeluh.


Tetiba datang seorang lelaki mengelap peluh yang terdapat di dahi perempuan itu dengan kain.


"Eh,apa awak buat ini".tanya perempuan itu

"Ermmm.Maaf la.Dari tadi saya usha awak." lelaki itu jawab dengan muka yang agak blushing.


"apa ini usha - usha.kenapa usha - usha saya ha ?. nak makan kaki ke ?" perempuan tersebut bernada marah.


"Relax ar.Saya usha sebab saya tengok dari tadi awak macam ada masalah je.tak pa biar saya tolong" jawab laki tersebut.


"ohh.kamsahanida" perempuan itu jawab bersama perasaan yang malu.





lalu lelaki itu menolong perempuan itu membaiki basikalnya.Tak sampai 10 min lelaki itu dapat membaiki basikal perempuan tersebut.Kelihatan perempuan tersebut agak gembira selepas basikalnya telah pulih.


"Kamsanida" kata perempuan tersebut.

"cheomanayo" jawab lelaki tersebut.

"Btw,nama awak apa" perempuan tu menanyakan lelaki itu.

"ermmm..nama sa sa ya kim. Kim HeeRuuL..Nama awak pula?" jawab lelaki itu.


"nama saya?, rasanya awak tak perlu la tahu nama saya.okay la saya dah lambat ini.nak balik ke rumah..thankz ya.nice to meet you si comel".Kata perempuan itu.

"Ehh.nanti nanti" kata lelaki itu.


Kim heeruul mula tertanya - tanya siapakah nama perempuan tersebut.Lalu ia berdoa supaya dapat bertemu perempuan itu lagi..

17 November 2011

SPONTANEOUS THURSDAY #19

Assalamualaikum.

Anneyong Haseyo.


Jugeodo mot bonae naega eotteohke neol bonae
Garyeo geodeun tteonaryeo geodeun nae gaseum gochyeo nae
Apeuji anhke na saragal surado itge
Andwindamyeon eochapi ussal geo
Jugeodo mot bonae

Translation

Can't let you go, even if I die
How am I suppose to let you go?
Whether you go or leave, fix my heart
If you can't fix it so that I won't be in pain
So that I can at least live
I wouldn't be able to live anyway
I can't let you go, even if I die


Lyric from 2AM - Even if I die, I can't let you go


Ingat Lagu korea tak ada yang jiwang - jiwang ke ha.keh keh keh

16 November 2011

Segmen 4 : NT | Gua Minat Korea

Assalamualaikum.

Anneyong Haseyo.


Firstly,gua nak minta maaf sebab dah tukar tajuk segmen lu "Aku gila korea" kepada "Gua minat korea".Keh keh keh.Gua tukar sebab gua tak gila okay.keh keh keh.Hope lu tak reject la penyertaan gua.Btw,entry ini gua update 15min sebelum nak pi kerja.Dengan sepantas kilat &  Seringkas boleh gua akan menaip segmen ini.Kita kan kawan.Sebagai kawan gua nak support segmen lu even masa jeles dengan gua.


Kalau nak join kena tempek header dia yang cun + hot gitu.keh keh keh.





Gua minat korea sebab gugirl dia comey -comey belaka.AWww sweet ghitu.keh keh keh.Tapi gua kureng layang drama & movie.Tak ada masa yang berkesempatan la.Dulu sekolah.Now pulak kerja.See,memey tak ada masa nak tengok drama & movie.

Yang gua sempat layang hanya lagu.Yeah banyak lagu - lagu korea yang gua dapat feeling.Gua tahu ramai dok kutuk-kutuk sebab "ape kehai pi dengar lagu korea yang bahasa nya macam la si pendengar tu paham" .Beb,dunia sekarang dah maju,Lyric translation berlambak la dekat internet.Just type nak search.Mudahkan.Now dekat Music video pon terdapat lyric translation.So,tak mustahil la kita boleh paham.peace v(^.^)

Macam video awek gua ini ada translation English

Banyak  pulak gua membebel.Okay la gua nak habaq kat lu orang semua,yang gua adalah SONE .Apa tu sone ? Sone tu nama fan club Girls generation.Yeah,gua memey peminat setia girls generation.Gua start minat girls generation masa zaman Gee Gee Gee tu.Tahu tak apa tu gee gee gee tu ? tu ha video lagu yang kat atas tu.keh keh keh.Dan itu antara lagu yang gua minat sebab dance dorang sangat mencair kan gua.


Girls Generation mempunyai 9 members.Antaranya Tae Yeon , Sunny , Soo young , Yoona , Seo hyun , Heo Yeon , Tiffany , Jessica & Yuri .


Girls Generation.

Dekat group Girls Generation ini ,gua minat 2 orang je.Iaitu Tae yeon & sunny.Gua minat Tae yeon sebab dia leader,suara dia yang lantang apabila tarik & cantik .Gua minat sunny pulak sebab suara/perangai dia yang manja bukan gedik okay & sunny ini juga mempunya pipi yang tersangat la chumel.geramm..


Tae Yeon


Sunny


okay la gua nak pi kerja ini..lebih - lebih lak cite pasal awek sendiri.nanti kena rampas padan la muka gua.keh keh keh.

Wordless Wednesday #19

Assalamualaikum

Anneyong Haseyo.


kah kah kah..Muka Sedih dia tak buleh blah!

15 November 2011

Every One Connects

Dunia sekarang semakin lama semakin maju.Budak budak sekarang pon dah pandai format Laptop.Nampak tak.Ini mesti parent gila IT.Sampai anak - anak pon terjerumus.Tak semestinya.

Laman laman sosial kian menjadi tempat mengadu.Yang penting bukan laman - laman lucah.Jauhi daripada laman - laman sebegitu.Kalau tak ada line macam mana pergi ke laman laman cegitu.Lagi - lagi nak pergi ke laman Facebook.


Pastikan lu orang Connect dulu sebelum nak main tenet.Cakap pasal connect,lu orang connect pakai line apa yerk ? Laju tak ? murah tak ?


Sekarang macam - macam connection boleh dapat.P1 Max ada.Maxis Home Wifi ada.TM Streamix Unifi ada.Macam - macam la.Siapa yang kaki game tu mesti guna Unifi kan.Tak lupa juga pada Broadband2 yang selalu kene maki oleh tuannya.


Orang macam gua ini tak ada kaya macam nak guna wifi.Paling murah pon gua guna Celcom Broadband.Gua punya Celcom broadband 4GB yang berbayar Rm70 sebulan.Laju pon laju.murah pon murah.Kadang - kadang gua marah gak broadband gua ini.Ada time dia laju.Ada time macam haram.


Lu orang guna apa ?

Peminat Bunkface mesti guna TM Streamyx kan




Internet sekarang memang sangat penting

14 November 2011

Antara Lu dengan Dia.

Fenomena dunia muzik semakin berkembang.Ramai di'antara artis - artis legend dah turun ke bawah.Mereka turun ke bawah bukan kerana mereka tak popular.Mereka sudah puas dengan apa yang mereka lalui.Kini tiba masa nya kanak - kanak menguasai industri dunia muzik.


Impian gua masa kecik - kecik teringin juga nak jadi retis.


Dunia ini kadang - kadang tak adil.Kenapa dulu tak ada Idola kecil ? Bintang Kecil ? Tom tom bak? 
alau ada memey gua dah masuk.Puas sudah gua berangan.Gua harap lu orang tak tertawakan gua.Normal la tu impian kanak - kanak.




Sekarang ini,nak jadi artis senang je.Upload Video cover dekat Youtube.Tunggu la beberapa hari confirm company minta biodata.Macam Najwa Latif.Untung untung.


Najwa Latif - Si Gadis YouTube
open this tab untuk ke blog dia.


*Gua bukan peminat tegar Najwa Latif


Beberapa hari yang lepas kita di'kejutkan Greyson Chance yang membuat persembahan di pentas  AIM 18.Gua tak tengok pon.Malas sebab hari tu gua baru balik dari hang out At Sunway pyramid.Actually,Gua baru je kenal Greyson chance.Memey tak di sangka Greyson Chance dengan Justin bieber sama-sama power.


Greyson Chance



*mesti ada yang akan cakap Greyson chance lagi power daripada Justin Bieber la.Gua rasakan Perempuan diluar sana cair dengan muka baby face Greyson chance ini.Memey tak di'sangka di comel dari gua.keh keh keh.



Kesian Justin Bieber.Peminat berlari ke Greyson Chance.


Relax ar bro.

*tapi gua tetap peminat tegar Justin Bieber.keh keh keh.


Tak lupa juga kepada yang tersayang Tae Yeon & Sunny

Sunny & Tae Yeon.

So,Antara Justin Bieber & Greyson chance.Termasuk juga Najwa latif ? Mana 1 pilihan lu orang ?Tae Yeon & Sunny Tidak Tersenarai okay..keh keh keh..

Kurang Asam.

Hidup ini penuh dengan pelbagai kenangan.Dari kita pandai membaca,bercakap,berjalan & Berfikir sehingga la hari ini pasti ada kenangan yang pasti melekat di'ingatan kita.Masa kecik kenangan yang gua tak boleh nak lupa'kan ialah gua main lari - lari dekat taman.Lepas tu gua terjatuh.Aduhh.! Tipu la kalau time tu gua tak menangis.Maklum la,time tu umur gua baru 5 tahun.


Time gua kecik - kecik.
Rasa nya time tu kat tasik shah alam.
Kat taman area area tasik tu la gua Jatuh.

Tetiba ada seorang budak perempuan cina pandang gua.Gua rasa umur dia time tu 5 tahun gak kot.Lepas dia pandang gua yang sedang menangis,budak tu pulak yang menangis.Tak pasal - pasal parent dia marah - marah gua kate gua yang buat anak dia menangis.


Gua tak berapa nak cam la muka budak tu.Sebab time tu gua budak lagi.Mana la nak amek port pasal perempuan.keh keh keh.Itu la kenangan gua yang paling menghantui hidup gua.


1 lagi kenangan,Time gua Form 5.Yeah,time tu gua agak chumel lagi.bweek.keh keh keh.Penantian yang paling ditakuti oleh candidate SPM.Gua pon takut gak nak jawab SPM.Exam yang menentukan masa depan kita tu.Siapa tak buat betul betul memey rugi la.Semasa menjawab exam tu,1 je yang gua paling - paling benci.


Nak tahu apa ? Bila sorang demi sorang angkat tangan.Lalu pengawas yang jaga peperiksaan itu pergi kat dorang yang angkat tangan tu sambil membawa kertas jawapan.Yeah,gua paling tak suka bila dalam dewan tu setiap saat orang mintak kertas jawapan banyak - banyak.


Lagi-lagi orang yang minta kertas jawapan tu orang yang sama je.Dekat dewan gua duduk belakang.tu yang boleh nampak.Time tu gua memang tension gila.Lepas exam tu habis,gua tanya la member gua yang minta kertas jawapan banyak - banyak tu.



Gua : "Weyh,tadi aku nampak ko mintak kertas jawapan banyak.Mesti sebelum exam ko study kaw-kaw kan."

member : "Tak ada la.Actually ,aku saja je minta kertas banyak-banyak.Nak action sikit."

Gua : Errrr..(-.-').Kurang asam ko.



Agak cilaka kan cara dia psyco orang..Nasib baik result SPM gua boleh tahan.So,itu la kenangan gua time SPM dulu.Gua tahu bukan gua sorang je pernah alami situasi macam ini.Lu orang pon mesti pernah kan.


To all Candidate SPM,Gud Luck 4 ur SPM .=)




12 November 2011

Music On Saturday #17

Assalamualaikum.

Anneyong Haseyo.


Ce tengok dekat blog gua,ada apa-apa yang berubah tak ? keh keh keh.Tak kan tak nampak kot.Ce tengok dengan teliti.Sesiapa yang selalu masuk tu dia tahu la apa perubaham yang berlaku di blog gua ini.keh keh keh.

Okay la gua terus terang.


Actually,Gua dah tukar header lagi.bukan setakat header je yang gua tuka.Malah,Description blog pon turut bertukar. Nak tengok yang sebelum & Selepas.? jom.


Before


After

Tak ada la smart mana.Tapi gua suka.keh keh keh.Hari ini gua nak play lagu yang gua suka dengar.Boleh dikatakan Setiap Hari gua play lagu ini dekat fon.Lagu ini memang sedap di'dengar.Jom play lagu tu.







Hey Sunny & Tae Yeon.
I Think I wanna Marry You.


11 November 2011

Ke 4

Mata kuyu macam gua memey chumel/hensem boy.Persoalannya mata gua ini kuyu ke?  Just sepet je kan.Bukan sepet & kuyu tu lebih kurang je ke? Oh! Tak sama ye ? Nevermind.Gua pon bukan nak sangat gelaran Chumel/hensem boy tu.Tapi kalau para gadis sudah  memuji gua,sumpah mata gua semakin sepet sampai nak tertutup.keh keh keh

Selesai merepek.


Back to the title.*sila baca setiap paragraph.Dont selang-selang.Takut nanti ada yang salah faham dengan entry yang telah Ter'type ini.


Kenapa dengan ke 4.? Orang lain dok sibuk heboh - heboh pasal 11.11.11.Hak elleh.Cecita kat gua apa yang best dengan 11.11.11 tu ha ? Setakat num je baik tak payah.Tak ada makna pon dengan tarikh tu.Tarikh tu CANTIK + MELETOP + HOT sebab senang nak ingat je kan.Apa pon tak boleh.


Bukan itu yang gua nak sembang.Tapi gua nak sembang pasal Number 4.Number 4 pon number boik gak.Number 4 ini macam bentuk huruf "A".Cuma Number empat kaki dia belah kiri dah patah.Macam - macam gua merepek.Okay la gua ceghita hal yang sebenarnya.


Actually,gua telah join 1 contest.Dan gua berjaya mendapat tempat ke 4.Alhamdulillah.Contest apa yang gua menang tu ? Ingat tak Contest Amal Espraza : SuperHero.Contest tu la yang gua dah menang.Tak percaya ? tengok bawah ini



Nampak tu gua tempat ke 4.
Open tab gambar untuk ketahui pemenang2 contest tersebut.


Tempat ke 4 pon jadi la.Thankz bro Amal.Gua tak main sihir pon.So,sekarang ini gua la harry potter.layak ke gua  jadi harry potter ? keh keh keh.

10 November 2011

SPONTANEOUS THURSDAY #18

Assalamualaikum.

Anneyong Haseyo.


Bila cuaca Kemarau/Panas,pasti ada yang  merungut mahukan cuaca yang sejuk.
"Haishh..Panas la sial,dah la kedai tu jauh lagi"

Bila cuaca Hujan Ribut/Sejuk,ada yang mahukan cuaca yang panas pula.
"Aduh hujan la pulak,Sial betul la.Nak jemur kain pon tak boleh"



Weyh!!
Jangan Nak Merungut BOLEH TAK *tercapslock


Cuba relax & cool.Tak perlu kata apa - apa.Even dalam hati pon.

09 November 2011

Wordless Wednesday #18

Assalamualaikum.

Anneyong Haseyo.


Sila Fahami Gambar tersebut



Kah Kah Kah Kah Kah.Macam Cilaka!

07 November 2011

Angry Kim.

Assalamualaikum.

Anneyong Haseyo.


Ini Hari ke 3 gua cuti.Maklum la cuti raya kan.keh keh keh.Cuti lama-lama ini pun bosan gak.Bila on fb just upadate status.IM orang gua admired pon dia bkn nya layan.Yeah,gua tahu gua tak perfect.Awak kan cantik Budak U,mana la nak layan gua yang tidak berpelajaran DIPLOMA/DEGREE dan cuma  hanya bekerja dia sebuah Syarikat membeli - beli belah Jusco sahaja.It's Okay.Gua paham.*pehal ayat nak tacink ini.


Back to the Title
 *sila baca setiap paragraph.Supaya tidak ada salah faham.


Zaman sekarang memey moden.Lahir - lahir dah dapat tengok handfon.Dah besar sikit dah pandai main Twitter & buat Facebook fan page.Lu ingat lu retis.keh keh keh.Budak - budak sekarang celik -celik je tengok adik beradik lain pakai fon,main facebook and other,dia pon sibok nak guna juga.Tak caya sila baca entry ini "Blog Bulat Mata"


Budak - budak sekarang juga celik celik je dah dapat tengok Angry Bird.Bukan saja dapat tengok.Malah dapat peluk bebola Angry Bird.Bukan setakat tu je,Siap boleh main tembak-tembak babi kaler hijau kat komputer.Konon cool la tu lastik guna peluru burung kaler merah.Malas Nak letak gambar angry bird.Bukannya comel mana pon.bweeek..=p


Dulu zaman gua,celik - celik je nampak basikal.Tapi gua bukan nak cerita about basikal.Dulu gua memey seorang yang agak nakal.Dulu kat dunia ini macam - macam burung kita boleh lihat.Antaranya ialah Burung merpati,burung layang-layang,burung gagak & others.Gua paling anti dengan burung gagak.Sebab...


Satu hari tu gua otw nak pi sekolah agama,tetiba macam ada something yang terjatuh dekat atas songkok gua.Gua try la pegang,dem..Cecair bercampur serpihan2 undang yang telah dijatuhkan dari bontot burung gagak iaitu Taik Burung.#bullshit punya gagak.


Gua bertekad untuk membalas dendam.Gua sembang-sembang dengan member-member gua,ternyata bukan gua sahaja yang terkena dengan helah si gagak.Malah member-member gua pon terkena juga penangan taik gagak.Gua dan rakan-rakan plan untuk mencipta 1 alat yang boleh menembak burung gagak tersebut.Time tu budak - budak di'larang memegang senjata api.

So dengan kepakaran kami,kami telah mencipta LASTIK.


inilah lastik..ada sapa2 tak kenal ?

Misi menembak burung gagak pon bermula.ala ala cegini


Ambil ini.Mampos ko. 

Nakal kan gua time kecik - kecik.keh keh keh.Lu orang jangan nak follow pulak.Elok la game angry bird tu ada.Boleh la lu orang lastik babi - babi tu.Tapi Budak budak zaman sekarang rugi la tak dapat pegang lastik.

06 November 2011

Lepak'ing At Sunway Pyramid

Assalamualaikum.

Anneyong Haseyo.

Semalam 5 November 2011 hari sabtu gua telah melepak di suatu tempat yang agak menarik.Yeah,tengok title entry gua .Lu orang dah tahu gua pi mana kan.Itu hari gua dah invited blogger - blogger.Keh keh keh..Jangan cakap gua tak ajak.=p




See 3 orang je yang attend.Dekat event tu memey la 3 orang yang attend.Tapi yang join ada la dalam 7 orang.keh keh keh..Lagi pon Tarikh tu memey tak kena nak hang out.Sebab ramai yang dah balik kampung for raya AidilAdha.It's okay.Walaupon tak ramai yang join,gua tetap pergi lepak'ing tersebut.


Antara yang join lepaking tersebut : -  Click Pada nama Untuk ke blog mereka




Taufiq aka Myung Dae


Putera Remaja 
(tak ada gambar dia)
Nana & Wan (lupa nak mintak link) Dah enjoy sangat.


Actually plan pergi sana nak main Ice-Skate.Taufiq aja main bowling lu.Gua pon okay la.Bab bowling memey gua tak pandai main la..Tapi nasib menyebelahi gua.keh keh keh.


Barisan pemain
putera remaja & nana dah pi jalan2.




game Cross line.Nie Result game ke 2.Game 1st gua hancur.keh keh keh.


Hakikatnya gua memang tak pandai main.bwweeekk.1st tu main 2 game je.Taufiq & Mas ajak main lagi 1 game.Gua tengok jam & gua pandang cik akin.Sebab kitorang plan nak main ice skate lepas main bowling tu.Gua terlalu sanggap main bowling.Gua postpone ice-skate tu pada tarikh yang akan datang.


Memey best la main bowling dengan dorang.Semua hebat-hebat.Lepas dah habis main bowling.Kitorang teman Mas Cari Hadiah.Hadiah for what ? nak tahu rajin-rajin la pi baca blog dia nanti..=)




Balik kira-kira pukul 7.Tapi ada kejadian yang tidak di'ingini berlaku.Gua malas nak cerita .Sebab ? adalah rahsia..hahaha..Nak tau sebab apa .? Nanti kalau dorang dah update,lu orang try baca kat blog diorang.Kot kot diorang cite ke kejadian apa yang berlaku time balik tu..keh keh keh.


Thankz kepada yang sudi join lepak'ing at Sunway Pyramid semalam.Korang memang spoting habis..Next tima kita keluar ramai-ramai lagi.Thankz Again.Peace v(^.^)

Ayam Je Nampak C0oL..

Assalamualaikum.

Anneyong Haseyo.


Agak - agak lembu,kambing & Unta yang kena ikat tu lena tak tidur ? Mungkin mereka sedang memikirkan bagaimana cara hendak melarikan diri daripada ikatan tersebut.keh keh keh.Just Kidding.

Time sekolah dulu,bila raya je mesti dapat sms pantun yang berkenaan dengan raya sebagai tanda ucapan.Macam-macam sms la.hihihi.

Bila Unta dah tak selera makan.


Kambing mula resah.

Lembu pura2 buat GILA.

Ayam je nampa COOL.

tu tandanya Raya Korban dah dekat.

sebut Raya kata HOORAYYY!!

Lembu say NO WAY!!!

Ayam Itik RUN AWAY!!

Adil Adha now ON THE WAY
!

Selamat Hari Raya Aidil Adha!!!


05 November 2011

Music On Saturday #16

Assalamualaikum.

Anneyong Haseyo.


Itu hari gua dah play lagu cina.Ha.Sesiapa yang belum dengar tu,boleh la singgah sahur dengar kat sini ."Lagu Cina"


Kali ini gua nak remind balik lagu - lagu pada tahun 2008.Time tu gua form 3.Zaman tu memey zaman stok semua layan lagu Omputih.Memey ramai la yang hot - hot comeback zaman tu.


Antaranya Jonas Brothers,Linkin park , My Chemical Romance,Green Day,Avril lavigne,Rihanna,Click Five,Simple Plan,Maroon 5 & tak lupa juga pada Sean Kingston dengan lagu nya "Beatiful Girl" . Gua rasa time tu Justin Bieber Baby lagi kot.kah kah kah.


Salah sorang ex couple gua pernah comeback time tu.Ex couple gua tu popular dengan lagu Girlfried.Still ingat lagi tak lagu tu macam mana ? Tak ingat ? macam ini ha "Hey! hey! you! you! I dont like ur Girlfriend".Ingat kan ?


Time tu gua memey betul-betul cintakan dia.Tapi setelah gua tahu dia curang dengan gua.Gua terus minta break.Gua Memey Rindu kan lu Avril Lavigne.Lagu - lagu lu yang terbaru "what the hell , Smile & Wish you were Here" gua dah download.


Dalam banyak - banyak lagu lu,lagu ini yang gua paling suka.Sebab senang nak hafal & penuh dengan maksud yang mendalam.





Yeah

I miss You



04 November 2011

Malam Jumaat #1

Pada suatu malam yang teramat la sunyi.Kira pukul 11.45pm.Tiada bunyi sebarang jejak kedengaran.Seorang wanita sedang berjalan kaki di sebuah lorong.Wanita tersebut bernama Sunny.Pada malam itu Sunny ingin menyiapkan kerja yang tertangguh di office nya.Itu yang membuatkan dia pulang lewat dari tempat kerja.


Angin malam teramat la sejuk.Bertambah dengan suasana yang sunyi sepi.Sunny memeluk dirinya kerana mengigil kesejukkan.Tiba - tiba ada 1 bunyi something yang membuat sunny terperanjat.Bunyi itu berbunyi "Meow meow meow".Sunny berkata dalam hati "Oh,kucing rupanya"


Sunny tercari-cari dari mana datangnya bunyi kucing tersebut.Kedengaran bunyi kucing itu muncul lagi.Semakin lama bunyi itu semakin dekat.Sunny semakin ketakutan.Kerana kucing itu tak muncul-muncul tetapi suaranya kedengaran.





Tiba - tiba bulu roma sunny naik.Itu menandakan sesuatu sedang mendekatinya.Sunny Menjerit "Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa". Kerana sunny melihat roh seekor kucing tidak mempunyai 2 kaki di bahagian depan yang sedang kelaparan.


Sunny Terus berlari langkah 1000 menuju ke rumah dia.Ke'esokkan harinya Sunny tidak hadir ke tempat kerja kerana demam panas.Kim heeruul dengan baik hati membawa sunny pergi ke hospital untuk di'rawat secepat mungkin supaya sunny tidak mengalami sebarang penyakit.


*Persoalannya : kenapa kim heeruul tak pi jemput dia dekat tempat kerja .? & Perlu ke nama watak perempuan tu "Sunny".

03 November 2011

SPONTANEOUS THURSDAY #17

Assalamualaikum.

Anneyong Haseyo.



Insan yang cemerlang datangnya daripada akal

Hatinya yang tenang
Jiwanya yang kuat


Macam mana nak kasi rumah tangga bahagia ?


for example : kadang - kadang di dalam rumah bahagia & di luar rumah tak bahagia.


kenapa ?

Pasal rumah dia ada tangga dalam rumah je
Dekat luar rumah tak ada tangga


Jadi,macam mana nak buat kebahagian rumah tangga di dalam rumah dan di luar rumah?


Solution : buat tangga di dalam rumah & di luar rumah .Insyallah akan berjaya.

Renung-renungkan & selamat beramal.



Keh keh keh..kelakar la sial..cilaka punya johan..
*skrip di atas adalah daripada video johan dengan zizan.


01 November 2011

Exam Blogger (Soalan Subjektif Paper 2)

Assalamualaikum.

Anneyong Haseyo.


Ingat tak itu hari gua ada exam blogger.Soalan yang Paper one pon dah macam gampang.Susah nak mampos.Nak tengok soalan nya ? meyh click sebelah nie.exam blogger (soalan subjektif)

Susahkan soalan yang 2 orang cikgu tu bagi.Maklum la Cik kasih  tu cikgu sejarah & Cik Fatin tu cikgu geografi.memang dedua sub tu gua tak minat.keh keh keh.

Kali ini gua kene berhadapan dengan 1 lagi exam..errgghHHH..!! Gua terpaksa jawab.Sebab cikgu disiplin yang suruh.(-.-').Cikgu displin tu bernama Cikgu Eyda Butterfly bighu.Cikgu ni garang gegila.Sekali dia bawak pembaris panjangnya 2 depa.Dari jauh je dia tibai.Dan Sorang lagi cikgu bernama Lynda.Gua panggil dia cikgu lyn.Sweet siket.hik hik hik.Cikgu lyn ini guru kaunseling.Ada masalah je gua jumpa dia.*konon cikgu la tu.=p


Gua nak start jawab paper.



********************

Question From Cikgu Eyda Butterfly Bighu (Guru disiplin)




- Apa jenis lagu yang anda suka? Sertakan tajuk.
  • Gua suka lagu yang video clip ada menari yg gempak2.for example Beast - Shock
- Adakah anda percaya cinta pandang pertama?
  • percaya.Tapi bila didustai oleh 1st love.Hati memang perit,pedih & sakit
- Celcom or Maxis or Digi? Kenapa?
  • Maxis.Sebab member2 gua guna maxis
- Apa yang anda lakukan pada waktu lapang?
  • Dengar lagu.Kalau ada mood Gua melukis.
- Siapa yang paling anda percaya dalam hidup?
  • Ibu bapa gua
- Kalau anda ada masalah, siapa orang yang mula-mula yang anda akan luahkan?
  • gua tak ceritakan dekat sapa2.Gua simpan dalam hati.Kadang2 gua coretkan di dalam blog ini
- KFC or McD or PIZZA HUT?
  • Mcd.Sebab ada package murah & Wifi laju gila babi
- Apakah jenis handphone milik anda sekarang?
  • Sony Ericsson k800i
- Dah berapa lama anda guna handphone tersebut?
  • 2 tahun
- Adakah anda sedang bercinta? Dah berapa lama?
  • Tidak.Gua still single
- Apa pesanan anda untuk orang yang mengetag anda ini? kehkeh
  • Cikgu jangan tag gua dekat exam2 yang cegini lg.hik hik hik.
Done!!! Cikgu sila bagi gua 101% markah .=p



********************

Question From Cikgu Lynda (Guru Kaunseling)

1.bilakah anda memulakan hidup sebagai seorang blogger?
  • Bulan Oct 2010.Tapi Actived Bulan Nov 2010
2.mengapakah anda ingin melibatkan diri dengan dunia blog?
  • Saja nak main conteng2.
3.siapakah yang mendorong anda untuk blogging?
4.warna apakah yang menjadi tema pada blog anda?
  • Hitam  + ikut mood (warna)
5.adakah anda memasang iklan di blog anda?
  • gua pasang Nuffnang jerp
6.blog siapakah yang anda follow disaat pertama kali anda bergelar blogger?
7.seramai manakah follower blog anda?
  • Kawan Baik Gua 1252
8.pernahkah anda mendapat komen begini "i follow u,follow me back" ?apakah tindakan anda?
  • Pernah.Tapi gua buat tak tahu je.Minta maaf ye.Gua singgah.Tapi ikot mood nak follow or tak.
9.apakah perasaan anda bila membuka blog yang mempunyai music?
  • Kadang - kadang annoying gak.Kalau yang ada button pause tu ok.Tapi kalau yang tak ada tu,gua sanggup pause lagu gua sendiri yang tengah play tu.
10.adakah disetiap entry anda mendapat sambutan?komen yang banyak?apakah perasaan anda?
  • ada yang sudi komen sudah cukup membuat gua gembira.Thankz readers.=)
11.siapakah blogger pilihan hati anda? dan mengapa?
  • Errrrmmm.Rahsia.=p

Done!!! Soalan cikgu kaunseling ini agak cepumas gak.hihihi.



********************


Lepas ini cikgu mana pulak nak bagi exam ? Nak bagi exam tu bagi tahu awal-awal lu.Senang sikit gua nak study awal-awal sebelum bermulanya exam tu..keh keh keh.