Boss Gua

Pages

Hot Drama

31 December 2011

Music On Saturday #24

Assalamualaikum.

Anneyong Haseyo.

Sejak kebelakangan ini & Sejak dah ada pasangan hidup ini kan, Entah kenapa gua punya mulut mengeluarkan nada part chorus lagu ini. keh keh keh..





Gua suka some word from this lyric


Telah ku percayakan
Hati ini padamu
Maka kita tak saling risau
Risau risau risau


Ini untuk awak . <3

29 December 2011

SPONTANEOUS THURSDAY #25

Assalamualaikum.

Anneyong Haseyo.


My Quote :-

Sekarang ini bukan nak cari kerja sahaja memerlukan DIPLOMA , IJAZAH , MASTER & PHd
Malah, nak cari pasangan hidup pon memerlu kan DIPLOMA , IJAZAH , MASTER & PHd.

bagi yang lelaki :-

Kalau tak percaya cuba lu orang cakap lu orang just ada SPM je.
Confirm girl tu rasa macam nak tak nak je layan.


*P/s : tak semua girl macam tu. Tapi memang ada segelintir yang macam tu.So yang lelaki kena la berusaha. 

*Pengalaman gua.

28 December 2011

Wordless Wednesday #25

Assalamualaikum.

Anneyong Haseyo.

Pensel O'bon

Itulah pensel 2B kegemaran gua masa sekolah rendah.Sebab pensel tu daripada kertas + design pesel tu unik.Dulu gua ada kumpul pensel ini.Tapi semua adik - adik gua balun bawak pi sekolah.

27 December 2011

Nama Saya Kim #7

*Jika anda terlepas Episode yang lalu :-


********************


Kim terkejut.Hatinya berdegup dup dap dup dap.Mulutnya hanya mampu mengeluarkan "Eh!" sahaja.Renungan pandangan mata Kim tepat pada wajah gadis tersebut "Wah cantiknya dia".


Hilang rasa emo Kim terhadap gadis itu.Kim mula hairan.Mengapakah gadis ini boleh berada di'sini.Tak mungkin hanya kebetulan semata - mata.



"Kenapa awak pandang saya macam tu ha !" Gadis itu bersuara.


"Oops.Maaf2x.Saya pelik,macam mana awak boleh ada dekat sini?". Kim meminta maaf sambil memakai begnya.


"Suka hati saya la nak ada dekat sini or tak.Tempat ini rumah awak ke! ?". Jawab gadis sambil membaca buku.



"Kalau macam itu tak apa lah,ada orang tengah tunggu saya ini.Saya terpaksa pergi dulu,Btw kalau nak duduk tu sila lah bersila yerk.Nanti tak pasal-pasal orang lain pulak yang terlanggar". Kim memberi pesanan kepada gadis itu sambil mengenyit mata.


"So what?,suka hati saya la nak duduk macam mana pon?". gadis itu membuat muka annoyying



Kim berkata dalam hati sambil memandang wajah gadis itu "Ego gila perempuan ini.Nasib baik la kau cantik tahu tak".


"Saya dah lambat ini.Gtg, ada jodoh kita bertemu lagi yerk.Bubye". Kata kim sambil melambai tangan.


Lalu kim meninggalkan kawasan itu.Kim terus mencari gadis misteri yang sedang menunggu kehadirannya itu.Dalam masa yang sama,kim telah di'ekori oleh gadis yang baru kim bertemu sebentar tadi.Kim tidak sedar yang dia telah di'ekori.


Satu MPH Kim pusing mencari gadis misteri itu.Tapi Tidak jumpa.Kim melihat seorang gadis kelihatan sedang menunggu seseorang.Lalu Kim beranikan dirinya untuk menanyakan soalan


"hmmm.Hai.Awak tunggu saya ?". kim bertanya kepada gadis itu.


"eh! hai. Siapa awak .? kenal pon tidak." jawab gadis tersebut sambil membuat muka pelik.


"Oh! saya salah orang.Maafkan saya". Muka kim merah merah malu.


Gadis yang mengekori Kim itu tergelak - gelak melihat Kim.Gadis itu melihat Kim duduk berehat di satu sudut bahagian Dictionary Laguage.Kelihatan Kim sudah berputus asa mencari gadis misteri tersebut.


Kim berfikir mungkin gadis misteri itu telah pulang ke rumah.Mungkin gadis itu seorang yang menepati masa.Sehingga 1 min itu tidak mahu disia - sia kan.Kim menyalahkan dirinya kerana telah terlewat.Kim berkata dalam hati "Dimanakah kau! Tolonglah muncul".


Tiba - Tiba muncul 1 suara seorang gadis dari belakang berkata sesuatu kepada Kim.


"Hai. Awak nak air?" kata gadis itu sambil menghulurkan air.

"Eh! Awak lagi?". Kim terkejut.

"Kenapa muka awak macam tu.? Buruk tahu tak. keh keh keh. Ambil air ini cepat". Gadis itu memerli kim.

"Thankz". Kim mengambil air tersebut.

"Jumpa tak gadis misteri itu?" Tanya gadis itu sambil membersih kan kaca matanya.

"What ? How u know?".Kim terkejut macam mana gadis dia langgar tadi tu boleh tahu about " Gadis misteri" itu.


To be continued ........

Adakah gadis yang mengekori kim itu ialah gadis misteri yang menunggu kehadiran kim.?

26 December 2011

Kesian Sama Lu Tikus.

Assalamualaikum.

Anneyong Haseyo.

Gua update entry ini sebab gua rasa gua perlu taip.Apabila Akal telah Berfikir, Saat Itu Jari Gua Mula Menaip.So biarlah gua nak taip pon.keh keh keh.Ye lah dah dua hari gua tak update.Risau gak nanti tetiba readers gua tacink.Hope tak ada yang tacink la ye.


Entry hari ini gua tak nak lu orang semua salah faham pula.Gua bukan nak buat wishes christmas pon.Nanti tak pasal - pasal gua kene kondem dengan blogger - blogger lain.Tapi ada la kene mengena sikit dengan Chrismas.


Pekara paling mengarut penah gua dengar ialah Santa Claus yang tua + Berjanggut putih dan menaiki Rusa terbang menghantar hadiah - hadiah untuk kanak - kanak yang under 12 year old.Mengarutkan.Sanggup plak tu hantar kesetiap umah.Gila Punya Santa.


Tapi bukan itu yang gua cuba nak Isu kan sekarang ini.Sebab pekara itu semua orang dah tahu mengarut.Sebenarnya perkara yang cuba gua nak kupas ialah about Tikus.Sehari sebelum Christmas mesti dorang siap sedia kan hadiah untuk dia juga.

Siapa dia tu ? keh keh keh. Tikus lah. Tikus kat tempat omputih pon sambut christmas juga tahu tak.Time Christmas Tikus memey paling senang kena pancing.Kesian kau tikus.Dorang memey pandai.Siap ikat cheese tu dengan reben. keh keh keh.

Rasanya Mr.Bean ada gak buat perangkap tikus time Christmas.Cilaka punya Mr.Bean.


24 December 2011

Music On Saturday #23

Assalamualaikum.

Anneyong Haseyo.


Yahooo dah hari sabtu. Esok plak X'mas.Tapi gua tak sambut.Gaji pulak lagi beberapa hari je lagi nak kuar. keh keh keh.So,hari sabtu ini macam biasa la gua akan update Music.Dah lama gua tak play lagu korea.Tapi sekali lagi gua tak play lagu korea untuk Music hari ini.

Lu orang pernah tengok citer CINTA KIRANA? alah sinetron yang hot tu. Gua tak tengok. Tapi Ibu & Adik perempuan gua tengok.Lagu ost citer ini feeling kot. Layan gila. keh keh keh.. So,hari ini gua nak play lagu tu. jom la dengar.




Siapa suka lagu ini,sila sepet kan mata macam gua. keh keh keh

22 December 2011

SPONTANEOUS THURSDAY #24

Assalamualaikum.

Anneyong Haseyo.

Fakta mengatakan 
Apabila perempuan berpeluh
Peluhnya tidak berbau masyum
Malah berbau wangi.

Kalau tak percaya pi la hidu.


Ini fakta okay. baca tu "fakta"

Please take note. keh keh keh

21 December 2011

Wordless Wednesday #24

Assalamualaikum.

Anneyong Haseyo.


Sudah confirm confirm goku menang. kah kah kah kah..

20 December 2011

Nama Saya Kim #6

*Jika anda terlepas Episode yang lalu :-


********************


Keadaan Kim sedang kelam kabut.Kerana terlupa,bahawa Kim ada temu janji bersama gadis misteri yang kim tidak kenali.Kim berlari langkah seribu.Kim dapat merasakan yang dia tidak sempat menuju ke MPH Bookstore di Midvalley.Jarak antara sekolah Kim dan Midvalley agak jauh.

Lalu kim mengambil keputusan untuk menaikki teksi.Kim menahan sebuah teksi.Teksi itu berhenti.

"Bang,Midvalley boleh.?".


"Boleh boleh. jemput naik". Pelawa driver teksi tersebut.


"Adik ini berpeluh - peluh kenapa?" .Driver teksi mulakan bicaranya.


"saya dah lambat ini bang.Ada orang tengah tunggu saya". Kim jawab sambil termengah-mengah.

"Untungla dik ada orang tunggu.Abang ini tak ada siapa nak tunggu.Maklumlah hidup sebatang kara". Driver Teksi tu perli tahap gaban.

"(-.-')" Kim buat muka annoying,tanpa sebarang kata.

Tempat yang di tujui telah pon tiba.Memandangkan Kim berpakaian sekolah,driver tu kasi diskaun sikit.Jumlah bayaran tambang ialah Rm5.Kim melihat jam tangannya waktu menunjukkan telah pukul 5 petang.Tanpa membuang masa Kim terus berlari menuju ke MPH.Tanpa menghirau keadaan sekelilingnya.


Sampai di depan pintu masuk MPH,kim termengah - mengah.Kim berhenti seketika untuk mengambil angin untuk memulihkan kepenatannya.Kim memandang Security yang menjaga pintu masuk tersebut,lalu kim tergelak sendirian "keh keh keh".Kim ketawa sendirian kerana personaliti security tu agak lucu.Security tersebut bermisai kotot & berbadan gebu.


Kim dengan penuh segak dan bergaya masuk ke dalam kedai buku sambil mencari gadis tersebut.Kim mula terfikir bagaimana dia hendak mencari gadis misteri tersebut.Sedangkan Kim tidak mengenali wajah gadis misteri itu.


Kim mendapat idea untuk mencari perempuan tersebut di bahagian komik.Kim dapat merasakan mungkin gadis tersebut berada di situ.Sedang Kim mencari tiba - tiba kim terjatuh.Kim mula emosi.


"Kaki Siapa pulak ini!!!!!" .  Kim emo.


Tetiba ada 1 suara gadis menjawab. 

"kaki orang la.Takkan kaki haiwan kot.Kan dekat pintu masuk dah bagitahu haiwan tidak dibenarkan masuk"


"Eh!" kim terkejut.



To be continued ........

Adakah suara perempuan itu adalah gadis misteri tersebut ?
Tunggu Next Episode. peace v(^.^)

17 December 2011

Music On Saturday #22 (Special For Her)

Assalamualaikum.

Anneyong Haseyo.


Gua nak tanya lu orang something buleh.? Antara banyak - banyak filem melayu yang genre romantik or cinta dekat Malaysia ini kan, filem yang mana bagi lu orang paling sweet .? Gua dah mesti lu orang kata "0ng bak" kan? Eh silap type.Bukan Ong bak Tapi mesti 0mbak Rindu kan.

Tapi bagi gua , Filem cinta Ombak Ridnu  tu tak ada la sweet mana.Kenapa gua kata tak sweet? Sebab gua belom tengok lagi. keh keh keh keh.Kalau gua rasa nak tengok baru la gua tengok. Kalau rasa 'tak',jangan harap la gua nak tengok.

Bagi gua filem cinta paling sweet dekat Malaysia ini ialah "Im Not Single".Tipu la kalau lu orang kata lu orang tak suka cerita ini.Gua pon layan gak cite ini.Feeling kot. keh keh keh.Jalan cerita best.Sambungan cerita ini telah beralih ke drama.Iaitu drama AdaMaya.Siapa tak tengok rugi.

Onemore thing,Lagu OST Filem tu best.Walaupon gua single tapi gua dapat feeling lagu tu.So,hari sabtu ini gua nak play lagu ini.Lagu ini Khas untuk orang yang gua Suka , Sayang & Cinta. Gua harap dia dengar.Special For Her .  =)




Kalau la gua pandai main guitar acoustic.Mesti gua dah main cover lagu ini untuk dia.Tapi sayangnya gua tak pandai main guitar ='(. TApi gua ikhlas terhadap dia.

*jangan tanya siapa girl yang gua cintakan tu. =P

16 December 2011

Exam Blogger "Soalan Subjektif " #3

Assalamualaikum.

Anneyong Haseyo.


ingat lagi tak segmen ini. ? segmen yang tag pastu kene jawab tu. kalau tak ingat meyh tengok entry yang dh berhabuk ini. "Exam 1" & "Exam 2"

Kali ini Cikgu Nana pulak yang bagi exam.Kacang je soalan - soalan. Gua jawab tutup mata je. keh keh keh.


Jom tengok soalan yang Cikgu Nana bagi. =)


Cerita sikit sejarah kita ke or kita kenal cmne? ehem2
-Gua kenal Cikgu Nana ini dekat Najwa Malik punya wall fb.Kebetulan Nicknama fb dorang sama dengan Najwa Malik.Gua ingat dorang ini adik beradik.Dekat setahun kami kenal. =)

Korang prefer kfc ke mcd ? reason nya ?
-Mcd.Sebab banyak pilihan & Wifi Laju. keh keh keh.

Perkara paling sweet korang taknak lupa kan and takkan lupa kan ?
-Tak ada.

Orang yang paling penting dan kamu saya buad masa sekarang ?
-Family. Kenapa tak gf? Sebab gua single.

Blog apa yang best nak bagi nana baca ? hee
-Baca je blog gua ini.keh keh keh.

Apa yang unik tentang diri korng ?
-Unik ? hmm..gua diantara lelaki yang minat kpop.unik tak.? keh keh keh.

Apa yang korang rasa pelik pasal nana ?
-Suara Nana. hihihi.

15 December 2011

SPONTANEOUS THURSDAY #23

Assalamualaikum.

Anneyong Haseyo.


PELUANG KERJA.

Gaji :100 ringgit / Makan Sendiri
Kelulusan : Darjah 1 / Sekolah Melayu
Tinggi : 5kaki 2inci 3suku
Berat Badan : 56 kati
Kebolehan : Tahan Maki


Kah kah kah kah..Gua tengok banyak kali scene Do Re Mi yang ini paling kelakar. Tak rase jemu. keh keh keh keh..

13 December 2011

Nama Saya Kim #5

*Jika anda terlepas Episode yang lalu :-


********************



Krinngg Kringg Kringgg.

Loceng sekolah telah berbunyi.Itu menanda waktu persekolahan telah pun tamat pada hari tersebut."Apa la bunyi loceng sekolah aku ini,dah macam bunyi loceng basikal aku dengar.Haishh". Kim berbicara sendirian. Seperti biasa,selepas habis sekolah Kim biasanya menuju ke perpustaakan di sekolahnya.


"Hai kim,awak nak ke mana tu?" Sapa seorang gadis terhadap Kim.

Kim menoleh ke belakang. " Oh Adila,saya nak ke perpustakaan. Kenapa?".


"Awak pergi sorang saja kim? nak ikot buleh? ". Dila memujuk sambil membuat muka cute.


"Saya tak kisah kalau awak nak ikot.Boleh study sama - sama". Kim mengaru kepala.


"Terima Kasih kim". Adila gembira kerana Kim tidak menolak permintaannya.


Di perpustakaan Kim teramat khusyuk menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh gurunya.Adila pula,apabila membuat kerja mulut'nya pasti mengeluarkan suara.Katanya sambil menulis sambil menghafal.Setelah Adila selesai study subjek sejarah,dia ingin menyiapkan exercise math.


"Kim,mathematic awak pro kan?". Tanya Adila.


"Eh! mana ada pro. keh keh keh". Kim menjawab sambil tergelak gigle.


"Awak tipu. Awak kan best student of mathematic".


"keh keh keh.Okay okay.Soalan mana yang awak tak paham?". Kim membantu Adila .


Pelajar yang berada di perpustakaan  memandang ke'arah mereka.Beberapa pelajar yang berada di perpustakaan menyangka kan bahawa Kim & Adila ialah kekasih.Tapi hakikatnya mereka hanya kawan biasa.Kim terlalu khusyuk study sehingga terlupa suatu perkara yang sedang menantinya.


Lalu Adila bertanya kan "awak selalu balik pukul berapa kim?".


"Saya selalu balik pukul 4 petang.kenapa?" jawab kim sambil memandang ke arah buku yang sedang dia study.

"Tapi sekarang dah 4.30 petang la kim.Terlupa nak balik ke?". Kata Adila sambil menunjukkan jamnya.


"Haaaaaaa?? Dah pukul 4.30.??? Biar betul Adila.? ". Kim terkejut apabila mendengarnya.


"Ye lah dah pukul 4.30.Tak caya tengok jam saya ini". Adila berkata sambil menunjukkan jam nya betul - betul di depan muka kim.


"Errgghhhhhh.!! Dah lambat ini.Mesti dia tengah tunggu aku sekarang ini". Kim berbicara sendirian.


"Eh! Kim.Kenapa mengelabah ini.Siapa 'dia' yang awak cakap kan itu?". Tanya Adila.


"G0t to go now.Bubye". Kim berlari meninggalkan perpustakan .


"Ke mana la agaknya Kim nak pergi itu.Siapa la 'dia' yang Kim sebut kan tadi itu yerk.hmmmm". Adila berasa hampa. Lalu Adila kemas table dan terus pulang ke rumah.


To be continued ........


Sempat ke Kim sampai ke tempat yang ditujui ? adakah gadis misteri itu menunggunya?

Tunggu Next Episode. peace v(^.^)

12 December 2011

Telur

Krooocccchhhh !!! Bunyi itu menanda kan perut gua lapaq.Macam itu yerk bunyi bila lapaq ? keh keh keh.Kalau kita lapaq mesti kita nak makan or minum kan.Sedar tak sedar,secara automatik kita akan cari makanan untuk dimakan di mana- mana saja.

Kalau dekat rumah,tempat yang lu orang akan attack dulu mesti meja makan. kan kan kan..keh keh keh. Lepas tu lu orang mesti akan angkat tudung salji nak tengok apa yang ada di sebalik tudung salji tersebut.Sama lah macam gua. keh keh keh.

Perasaan gua mula hampa apabila tiada satu hidangan yang terdapat di sebalik tudung salji tersebut.Jadi Bermula misi gua untuk mengisi perut yang kosong ini dengan mengunakan kebolehan yang telah diturun kan dalam diri gua sejak azali lagi.keh keh keh.

Iaitu memasak.Jangan pandang gua sebelah mata okey.Lu orang ingat gua tak pandai masak ka ha ? Cakap je apa yang gua tak boleh masak semua gua boleh la.For Example Tom yam Seafood,Ayam Paprick,Goreng ayam,Ikan masak asam pedas & so on.Tapi itu semuanya dalam mimpi.keh keh keh.

Dan Sebenarnya, gua cuma pandai masak goreng - goreng & segera je.keh keh keh.Setakat buat nasi goreng , goreng ayam , nugget & ikan itu gua dah PERFECT. Tapi cuma 1 je yang gua tak lepas - lepas lagi nak goreng.Iaitu Telur mata kerbau.


Telur mata kerbau

See,lu orang nampak tak tu.Itulah telur mata kerbau yang PERFECT. Tapi gua buat selalu tak menjadi. Bila gua goreng je mesti isi kuning tu pecah.Errgghh!!!... Tension. Mom gua cakap teknik memecah kan telur yang gua gunakan itu salah.Sebab tu isi kuning itu pecah.Gua dah ambil ilmu yang m0m gua cakap kan itu.Tapi ia tetap tidak berhasil.Nampak sangat gua tak ada bakat dalam memecahkan telur.


Nak elakkan pembaziran yang berlaku,gua makan je lah hasil air tangan gua yang tak seberapa tu.keh keh keh.


Ada sesiapa boleh ajarkan gua nak buat Telur Mata Kerbau yang PERFECT ??
Please PM me At komen box.. keh keh keh.

11 December 2011

Banner Baru.

Assalamualaikum.

Anneyong Haseyo.


Ini hari gua selesema.Banyak kali gak gua bersin.Gua harap lu orang semua sihat - sihat belaka ye.Memandang kan minggu ini gua kerja pagi dari 9am until 6pm (opis hour) keh keh keh.Balik kerja awal,sampai saje rumah macam biasa gua online.Tapi Facebook gua tak online dulu.Lepas gua blogwalking & balas kunjungan para commentor.After that baru gua online Fb.

Apabila dah bosan online Fb,gua buntu tak tahu nak buat apa.Pandang kiri kanan depan belakang dinding yang bertampalkan poster Girl's Generation.keh keh keh.Sebab gua online dalam bilik.Tetiba gua tergerak hati untuk melihat Banner yang terdapat di blog gua yang ini.





Itulah banner gua.Tak smart kan.Biasa - biasa je.Maklum lah tak kreatif.Hati gua berkata "mesti readers annoying bila tengok banner gua ini lama - lama". Nak tahu kenapa gua kata cegitu?. Sebab gua pon rasa annoying gak bila tengok banner tu lama - lama. keh keh keh.So dengan kelebihan yang ada, gua telah mencipta banner yang baru untuk blog gua. Nak tengok ?




Gua ambil masa 3 hari untuk siapkan banner ini.Tak smart & entah pape je kan banner gua ini.Kenapa gua pilih Lucas from Gundam seed tu ? Sebab dia girl anime yang paling cun di antara anime -anime yang lain.keh keh keh..

Kalau lu orang nak kutuk boleh,tapi ayat jangan kasar sangat ye. keh keh keh.Overall gua memey puas hati sebab ia hasil daripada gua sendiri.


*Jangan tempah suruh gua buat banner ye.Gua belom Mahir lagi. hihihi..

10 December 2011

Music On Saturday #21

Assalamualaikum.

Anneyong Haseyo.


10 December 2011,Hari ini hari sabtu.Macam biasa setiap hari sabtu gua akan update "Music On Saturday".Lu orang kenal tak Retis gadis berambut merah ? eh,merah ke maroon yerk rambut dia? ah! mana-mana je la.keh keh keh. lu orang kenal tak .?


Lu orang tak dapat teka, maka lu orang tak cinta.keh keh keh.HAYLEY WILLIAM from band PARAMORE la.Kenal tak ? Siapa tak kenal dia tu. gua suggest kan pi terjun bangunan sambil melambai tangan.Gurau gurau.


Gua kenal dia masa gua form 5 tahun 2009.Time tu lagu dia yang hot Misery Business.Lagu yang dia bawa itu berjaya memikat hati gua untuk meminat band paramore sehingga sekarang.Antara lagu - lagu daripada band paramore itu, gua paling suka lagu di bawah ini. jom dengar. =)


Kenapa gua paling suka lagu ini ? Sebab lagu ini sangat sempoi + spontan.And dekat mv ini Hayley William sangat cool + cun. keh keh keh..

09 December 2011

Nama Saya Kim #4

*Jika anda terlepas Episode yang lalu :-



********************



Apabila kim buka buku itu,tiba - tiba ada sehelai kertas kelihatan masih baru di dalam buku komik tersebut.Kim mula hairan.Mengapa terdapat kertas di dalam buku.Lalu Kim membuka kertas tersebut.Dalam kertas itu telah tertulis 


If awak nak jumpa dan kenal siapa saya.
Esok datang di kedai buku yang awak beli buku ini
pada pukul 5 petang.

~Mystery girl~


Kim mula menjadi bingung memikirkan siapakah gadis yang menyelitkan surat di dalam buku komik itu.Kim memikirkan adakah surat itu ditujukan untuk dirinya.Kim terus membaca buku komik tersebut sambil memikirkan  isi surat tersebut.


Kring Kring Kring Kring Kring + I hate this love song ,  I hate this love song ,  I hate this love song........

Itu menandakan jam loceng nya dan alarm fon kim berbunyi.Kebetulan omma Kim lalu di hadapan biliknya.Lalu omma kim kejutkannya bangun dari tidur.

"kim bangun,girlfriend kamu datang ini". Helah omma kim.


"aahhhhhhh.apa ma?". Kim mamai.


"BANGUN.! girlfriend kamu datang tu."


"omma,kim mana ada girlfriend la". Jawab kim dalam keadaan mamai.


"Oops. kantoi sudah.Anak omma ini dah lupa ke yang hari ini kamu sekolah?"


"HAAAA!!! ye la, sekarang dah pukol berapa omma?". Tanya kim.


"Ha,tengok tu.Anak omma ini cepat sangat mengelabah.Baru pukul 7 pagi la kim". Jawab omma.


"Oh! ye ke. huu. Nasib baik baru pukul 7 pagi.Tapi Kim rasa macam Kim tidur terlalu lama". Kata Kim


"Semalam omma nampak kamu tidur sambil pegang buku komik tu.Mungkin kamu tertidur.Omma tak nak la ganggu kim masa tu.Sudah pergi la mandi".


"Baik Omma". Jawab kim sambil mencari - cari surat itu.


Kim mengambil surat itu dan terus simpan di dalam dompetnya.Kim terus menuju ke bilik mandi untuk menyegarkan dirinya sebelum ke sekolah.Sampai saja di sekolah,Kim masuk ke kelasnya.Di sekolah,Kim merupakan Ketua Tingkatan.Kim juga merupakan pelajar yang terbaik.Tidak pernah datang lewat ke sekolah.Malah dia juga menjadi perhatian para guru.


Tapi pada hari ini,Kim tidak fokus dalam sesi pembelajarannya.Kerana Kim masih memikirkan pasal isi kandungan surat tersebut.Pada waktu rehat,Kim menanyakan sesuatu pada sahabat baiknya iaitu Sukri James.


"Sukri,cuba lu baca surat yang gua dapat ini". Tanya Kim.


"Lu pergi je la kedai itu,mana tahu dia betul - betul nak jumpa lu ke". Kata Sukri


"Tapi gua tak kenal itu orang la.Mana tahu surat itu dah lama terselit dekat buku komik yang gua beli tu ke?". Kata Kim.


"Hmmm.Betul gak kata lu.Tapi better lu pergi la.Kalau lu tunggu sejam,orang tu tak tegur lu.Lu balik la". Sukri memberikan idea


"Hmmm...Tengok la dulu". Kim memikirkan idea yang Sukri bagi.




To be continued ........

*Nak tahu samada Kim pergi or tak  ke kedai buku tersebut. Tunggu Episode yang akan datang. peace v(^.^)

08 December 2011

Wordless Wednesday & SPONTANEOUS THURSDAY #22 : (2 in 1)

Wordless Wednesday #22

Assalamualaikum.

Anneyong Haseyo.


tak paham bahasa agaknye kot. Lolz


**************************



SPONTANEOUS THURSDAY #22

Perlu ke nak kutuk - kutuk minat orang lain .?
Perlu ke nak kutuk - kutuk kpop?
Perlu ke nak kutuk - kutuk orang yang minat kpop ini bodoh ?

Gua amek dekat entry Cik muna

meyh sini gua nak cakap kat haters kpop "SUKA HATI GUA LA NAK MINAT KE TAK.GUA ADA SUSAH KAN HIDUP LU KA ?" tak ada kan ? so ?



Gua layan kpop since 2007/08.Time tu aman je. Now ? errgghHHH..!! malas la gua nak mencarut.Lepas ini budak gigi rabbit ini pemes la.Lain kali hormat la minat orang lain.

06 December 2011

3rd contest by Muna : CANDID TIME

Assalamualaikum.

Anneyong Haseyo.

Gua ter'gerak hati nak join contest lagi.Mana la tahu ada luck nak menangkan lagi kan.Insyaallah =). Kali ini gua nak join contest from MUNA RAHIMAH.Siapa tak kenal beliau.Beliau ini boleh dikategori'kan Feymes or Retiss la jugak. keh keh keh..Minta maaf ye cik.Muna.Gua bergurau je.


Tanpa melengahkan masa lagi.Gua nak hantar resume kat Cik.Muna ini.

untuk pengetahuan Cik.Muna,gua dah lama follow cik.Harap maklum .= )


More Info open tab this banner.


Gambar yang gua pertaruhkan ialah :-

Sesi orientasi time ini memey penat gila.Terus terang gua tak cukup tdo time ini.
dah la time nie dekan tengah bagi ucapan.

Location : - MAINHALL UNISEL
Activity : - Orientasi
Photographer : - Tidak ingat.

TEKA MANA 1 GUA.?  keh keh keh.


2 orang Super Saiyan yang gua tag :-


That's all. Harap gua menang la yerk. Kalau gua menang,gua nak Lomo tu boleh ? keh keh keh. Kalau tak dapat Lomo tu,dapat Perfume URberMen pon jadi la. keh keh keh.Kepada yang join Gud luck & Wish me luck. peace v(^.^)

05 December 2011

Terasa Nikmatnya

Assalamualaikum.

Anneyong Haseyo.


Agak lama gak gua tak update blog.Lama ke ? keh keh keh.Entry kali ini gua nak sembang pasal makanan.Tapi macam tak kena je.Sebab hari ini kan ada orang yang berpuasa.Hmm.Tapi ni je idea yang gua ada.Sorry kalau entry gua ini menganggu konsentrasi lu orang yang berpuasa.


Actually,gua dah lama mengidam ? mengidam??? asal mengidam je mesti lu orang ingat orang mengandung kan.Mana mungkin gua mengandung.Gila apa. Gua lelaki meyh. keh keh keh.Gua dah lama teringin nak makan benda ini.Benda ini dekat kedai boleh dapat 3 ketul 1.20.


Tapi benda tu dekat tempat yang gua makan ini agak mahal la jugak .(-.-').Mengidam punya pasal kan,balun je la.lu orang nak tahu benda itu apa .? jom kita terjah gambar di bawah.


Big Apple Mid Valley

Lu orang nampak tu? nampak tak? blogger pemes mesti pernah makan dekat situ kan.Maklumlah gua tak la pemes.Nie baru first time gua jejak kaki membeli donut yang terdapat disitu..Jom tengok apa yang gua order pulak.Gua harap lu orang menahan la nafsu lu orang tu yerk.





Perrrhhhh....lu orang nampak tak donut yang ada kaler pink tu ? perrrhhh yang tu la paling terasa nikmatnya weyh..!! tak rugi beli.




If lu orang ada duit lebih jemput la datang ke BIG APPLE yang berhampiran . Kalau tak cukup kongsi - kongsi la dengan member member =) .Gua nak mencekik lu ..=)

04 December 2011

Lu Ingat Gua Nak Percaya.

Assalamualaikum.

Anneyong Haseyo.


Berdasarkan tajuk entry gua, gua bukan dalam mood kemarahan okay.Actually gua bukan nak cite panjang.Lu orang pernah tak dapat benda benda macam ini sama ada dekat shoutbox or comment box lu orang.?



open tab untuk kelihatan jelas.


tengok tu,siap ada link gua lagi tu.Macam - macam dia suggest kan dekat gua supaya visitor & traffic gua up.Tak payah la.Gua tak kesah pon benda benda tu semua. Gua ada cara gua sendiri.Lagi 1, sikit pon gua tak percaya.Gua bukannya obses sangat terhadap Traffic tu.


kalau lu orang mesti rasa nak cuba kan ? keh keh keh.. Kalau lu orang berani lu orang cuba la.Terjadi apa dekat blog lu orang gua tak tanggung. keh keh keh.

03 December 2011

Music On Saturday #20

Assalamualaikum.

Anneyong Haseyo.


Gu nak tanya, 29 november hari tu siapa tengok Mnet Asian Music Award 2011 (M.A.M.A) dekat 8TV.Siapa yang minat kpop tapi tak tengok memey rugi.Perfomance gempak gempak.Percalonan pon semua yang terbaik.Memey susah la nak agak siapa yang menang.

Awek gua girl's generation  mesti la menang. Dorang menang 2 award di percalonan Artist of the year & Best female group.

Siapa kenal Big Bang ? yeah,mereka juga memenangi award Best Music Video lagu Love s0ng.Gua memang dah agak Mv dia akan menang. Sebab Mv dia simple & menarik. Lagu pon sedap di dengar.kalau lu orang nak tengok. jom kita play.


kata kau ?

01 December 2011

SPONTANEOUS THURSDAY #21

Assalamualaikum

Anneyong haseyo.


1 & 2 DECEMBER 2011
Have J CARD DAY for J-CARD MEMBER
AT JUSCO MID VALLEY


Opening Store at 9am until 11pm

Jom la mai ramai - ramai .=)


Gua tak di bayar oleh jusco untuk promote iklan ini.

29 November 2011

Super Heroes

Superman!! Superman!! Superman!!

Habaq mai kat gua apa yang special sangat dengan superman ini.Muka hensem bila bukak spec? Dia nampak segak bila berpakaian biru dan berseluar di'luar ?  ouchh.Please la. The Flash lagi cool.




Gua tak kan sebar gambar tak senonoh dalam blog gua. keh keh keh. Cerita pasal Superman. Semalam Isnin,gua cuti kerja.Cuti kerja ini kalau duduk rumah bosan la.Gua plan nak pergi jalan - jalan. Itu pon gua lambat plan. Sorry la if gua tak ajak lu orang.Maklum lah,plan last minute.


Gua jalan - jalan pergi Sunway Pyramid.Gua bukan pergi sorang.Tapi di'temani oleh member gua.. Actually,gua dah lama cari kasut.MAklum lah dah bosan ber'isteri kan Cik Supra.

kepada Cik supra , gua minta maaf kerana gua berlaku curang terhadap lu. keh keh keh.Gua nak kasi lu kawan baru la cik supra.Gua harap lu terpikat la dengan kawan baru lu tu. hihi.

Pelbagai butik terdapat di Sunway Pyramid. Tetapi hanya beberapa butik saja yang memikat hati gua. Yang lain hampeh. Harga 200 above. Lagi - lagi TOPMAN.Memang tak la gua nak shopping situ.Pusing punya pusing sebab nak cari harga yang terbaik,lalu kami singgah ke butik pilihan gua.


Gua rasa butik tengah buat sale Y.E.S kot. Sebab ramai gila kot. More item LESS 70%.Rugi la kalau tak beli.Dapat cekau 1 pon jadi la.Butik yang gua singgah tu ialah Nichii.Most item have less 70% .Mula ingat nak tengok - tengok je. Gua dah nampak skinny yang gua idam kan tu.Beli la 1. Murah la jugak Rm33 after less.



After that,Butik pilihan gua yang seterusnya ialah SUPER HEROES.Yeah,yang butik dia ada patung BATMAN , SUPERMAN , JOKER & GREEN LANTERN. Tapi kenapa patung THE FLASH tak ada? hina sangat ke the flash tu ? Btw, kasut yang gua aim tu dekat kedai lain harga agak mahal la jugak.



Mujur la dekat butik Super heroes ini harga sale dia boleh tahan.Kasut yang gua nak tu normal price dia Rm179.Tapi gua beli dengan harga Rm79. See,betapa beruntungnya gua.keh keh keh.Mungkin time tu memey rezeki gua.


Bukan nak menunujuk. Tapi kita kena bijak memilih sesuatu yang berbaloi. ye dak.

28 November 2011

Gua Dapat Bergambar Dengan Model

Assalamualaikum.

Anneyong Haseyo.


Entry kali ini gua bukan nak berlagak apa.Suka hati gua nak taip entry yang bagaimana.Inikan blog gua. keh keh keh.RElax ar. Gua gurau je.

Semalam ahad,customer dekat jusco mid memey ramai.Biasa la,hujung bulan la katakan.Orang ramai pulak dah gaji.Time tu dorang Shopping la apa lagi.

Customer ramai or tak.Apa gua kesah.Gua tetap nak balik pukul 6 petang jugak.Sebab ada orang tu dah calling - calling nak jumpa gua dekat depan cinema. bweeek.

Nak tahu siapa dia ? dia pon blogger juga.Bukat setaka blogger.Malah dia juga seorang model.Gua bukan penipu okay.Kalau Lu orang tak percaya,lu orang boleh stalker blog dia.



j0m teka

Jom teka


Saja nak kasi surprise kat lu orang. Kalau lu orang teringin nak tengok muka dia.Lu orang boleh open tab gambar tu terus ke entry dia. =)


Nice to meet u model . thankz yup. = )
Btw gua takut dengan ayah dia tadi. Maklum la 1st time jumpa. keh keh keh.

26 November 2011

Music On Saturday #19

Assalamualaikum.

Anneyong Haseyo.


Sabtu oh sabtu.Apabila hari sabtu telah tiba.Saat itu jari gua click folder by folder untuk mencari lagu.Cewah dah macam description blog gua pulak.Gua ada PC.Gua godek - godek la folder lagu.Gua  teringin nak comeback dengar lagu malay.Gua click la folder lagu m0m gua.


Dekat folder lagu mom gua tu pelbagai genre music.Lagu Korea (gua yang masuk kan) , english , sinetron & malay.Jari gua pi gatal - gatal click folder malay.Dah lama gua tak dengar lagu malay.Tetiba hari ini mood dapat feeling lagu malay.Layan je la.Actually lagu yang gua feeling tu suatu ketika dahulu gua pernah feeling gak.Sebab ex gua minat group ini.




Apa pasal la malam ini gua feeling lagu ini balik.Yang pasti bukan sebab ex gua yerk. Tak nak ingat tak nak ingat.

25 November 2011

Dulu Dan Sekarang.

Gua harap sambil lu orang baca entry ini lu orang play lagu ini.Jom play lagu ini.More feeling.




Dunia Dunia.

Perubahaan demi perubahan yang telah berlaku.Dari segi kehidupan,ada yang berubah jadi baik ke jahat.Sesekali jangan.Ada yang berubah dari jahat ke baik Alhamdulillah.Ada yang kehidupannya suatu ketika dahulu miskin dan sekarang kehidupannya telah  berubah menjadi mewah serba kekayaan.Itu semua lumrah kehidupan.




Dari segi suasana pon banyak yang berubah.Dulu dekat dunia ini penuh dengan hutan - hutan & haiwan - haiwan.Pelbagai jenis hidupan dapat di'lihat.Udara segar pulak tu.Sekarang ? Semua nya telah berkurangan.






Gua dapat idea nak update entry ini masa gua tengah tunggu bus dekat bustop.Depan bustop,dahulu terdapat rumah - rumah setinggan.Tapi sekarang telah dirobohkan.Gua tak tahu dorang nak bina apa pula kali ini.Mungkin dorang nak upgrade jadi condominiun 15 tingkat agak nya.Jangan dorang bina kilang sudahlah.Mampus gua hidu asap je nanti.


Dekat situ kita sudah kehilangan pokok - pokok yang dahulunya memproses karbon dioksida menjadi oxygen .Sekarang kita bernafas dengan oxygen yang telah dibergabung bersama asap - asap saja la.Pada masa yang sama otak gua kuat imagine pekara - pekara yang berlaku di persekitaran kita. Nak tahu tak apa yang gua imagine.? Jom baca dekat bawah ini.



Pokok pokok dan tumbuh - tumbuhan sekarang telah di gantikan dengan bangunan , rumah-rumah & kilang.

Gajah yang suatu ketika dahulu hidup aman sekarang semakin pupus telah di gantikan dengan Lori , lori Kontena

Dahulunya kuda merupakan transpot utama.Tapi sekarang telah digantikan dengan motosikal.

Harimau yang pantas itu telah di gantikan dengan kereta.


Burung - burung menjadi kapal terbang


Sebenarnya banyak lagi yang gua imagine.Malas nak kasi tahu semua.keh keh keh.See banyakkan yang telah berubah.Mungkin sebab dah tak balanced.Gua juga merupakan pencinta alam.Jaga La bumi kita . peace v(^.^)