Boss Gua

Pages

Hot Drama

Showing posts with label rokok. Show all posts
Showing posts with label rokok. Show all posts

28 October 2011

Konon Cool Lettew.

Itu hari ,gua lapaq nak gegila.Time tu gua sedang bekerja pagi.Memang tak sempat la gua nak breakfast.Terkejar-kejar kan masa sebab lewat bangun.Lalu Gua menahan kelaparan yang sedang  melanda di dalam perut gua ini.Terlalu banyak bela cacing dalam perut.Ni la akibatnya.Nasib baik tak kene Gastrik.Betul ke gua eja "gastrik" tu ? hik hik hik

Daripada gua menahan perut gua daripada lapar,baik gua pi projek sat.Maklumlah tak puasa pon,So tak perlu la nak menahan daripada lapar.hik hik hik.Gua tak projek makanan,tapi gua projek NESCAFE AIS tin punya.Sedap wo.Boleh la untuk alas perut sementara 


Jam ditangan gua tepat menunjukkan tepat pukul 2.00pm.Itu waktu gua rehat.Tanpa membuang masa gua terus berlari dekat Midvalley "Makan Place foodcourt" di bahagian bawah.Tahu tak kat mana ? .Tak tahu tak apa.Gua nak sambung cite ni.Macam biasa,menu lunch gua nasi cedok je.Gua cedok nasi tu dalam 3 kali cedok la.Ayam goreng bahagian dada seketul + kuah sup itu je.Gua kuat makan sebenarnya.


Tempat duduk pilihan gua selalunya di sebelah seorang gadis melayu.Padahal tak kenal pon.Ah,duduk je la.Gadis melayu di sebelah gua tu agak comel + cun melecun la,perfect.Tengah syok - syok gua mencekik,tetiba ada bau busuk macam bangkai tikus 10 hari dah mati..PErrrhhh.Memang bau tu PEKONG gila la bau dia.


Gua pon tercari - carilah dari mana datang nya bau busuk tu.Sekali gua toleh sebelah Dia smoking lerrr..(-.-').Gua cepat-cepat mencekik & terus bla dari situ.

konon cool la tu.

Gua pantang betul la bila duduk dekat sesiapa yang smoke ni.Dah la yang sebelah gua tu GADIS MELAYU lak tu yang smoke.Kalau cina or india tu pernah la gak sering kali gua nampak depa smoke.haisshhh.Dalam entry ini gua bukan nak memburukkan nama perempuan.Entry ini public.If sesiapa yang merokok tu.better lu orang resign la.


Membazir la beli rokok.Baik duit tu lu orang sedekah dekat peminta sedekah.Kan dapat pahala.Selain tu,rokok juga boleh merosakkan fungsi organ dalaman.Nanti kalau lu orang sakit sapa susah.Orang tersayang jugak yang susah.Yang perempuan kalau smoke ingat lu orang manis ? cute ? cun ? cool ?..Please la.Gua nak kahwin dengan girl yang sihat.Nanti boleh dapat anak yang sihat yang sempurna insyallah..=)


*maaf jika jalan cerita panjang & membosankan.Itulah la realitinya.=)

16 October 2011

Lu Tak Ada Sivik ka ?

Assalamualaikum.

Anneyong Haseyo.


Hari ahad ini sepatutnya gua tak update.maklum cuti umum la katakan.Ingat kerajaan je ka ada cuti hari ahad.Blogger pon ada okay.Keh keh keh.Itu terpulang pada hak masing-masing setiap blogger la nak ada cuti or tak.Tapi gua ada..Nak tahu cuti gua at blog .? tunggu next entry.


Back to the title,

Actually,gua dah lama nak kupas isu ini.Tapi masa sangat - sangat la mencemburui gua.Kali ini gua takkan lepaskan untuk mengupas isu tersebut.Gua takut - takut la nak kupas isu ini,sebab ia melibatkan foreign.Blog gua ini,bukan warganegara je baca.Malah Foreign pon baca gak.Lagi-lagi indonesia.


Dengan hati yang tulus dan ikhlas lagi berani,gua tetap nak kupas juga.


Pernah tak lu orang terfikir,kenapa malaysia ini penuh dengan sampah sarap.Lagi-lagi dekat kawasan bandar dan perumahan.For example dekat Kuala Lumpur.Maksud gua bukan la sampah yang besar,tapi sampah yang kecil - kecil.Like puntung rokok,plastik roti/snack,bekas air Mecdey and others.






Mesti lu orang pikir dorang ini tak ada sivik kan.Yeah..gua pon fikir macam tu juga.Majoriti dekat malaysia ini penduduknya warganegara.Dan hanya segelintir sahaja foreign.So,yang segelintir ini la yang gua syak kadang-kadang turut mencemarkan keindahannya.haishhhh....


Gua bukan nak kata sebarangan,Boleh dikatakan hari-hari gua nampak dekat bustop beberapa mat indon hisap rokok hu ha asap kiri kanan.Lepas tu buang puntung rokok penuh bergaya baling kat tepi jalan.Dalam hati gua "kurang ajar betul la".


Ada 1 lagi  cite,Ada mat indon tu rokok dah habis.Dia nak buang kotak rokok tu.Niat dia memang baik la.Tapi dia baling kotak rokok tu dekat tong sampah,pastu tak masuk.Kotak tu  terjatuh dekat sebelah tong sampah tersebut.Mat indon tu bukan nya nak angkat.Gua dengan baik hati nya pi tolong dia angkat kan kotak tersebut.

Lu orang lihat la,kadang - kadang yang menumpang pun buat hal juga.Lepas tu nama Malaysia gak yang buruk.Sebagai rakyat malaysia kita perlu mempertahankan nya..ye dak..


*Opsss..Sorry entry terlalu panjang pulak.tak perasan masa menaip tadi.Maklumlah tengah syok..