Boss Gua

Pages

Hot Drama

Showing posts with label single. Show all posts
Showing posts with label single. Show all posts

22 October 2011

Music On Saturday #SPECIAL

Assalamualaikum.

Anneyong Haseyo.


Yeah..!! Hari yang gua nanti - nantikan untuk update entry ini sudah pon tiba.Tengok title entry ini.Lain macam kan.Sepatutnya entry hari ini  "music on saturday #15".Tapi memandangkan gua meminati penyanyi tersebut.Maka Gua buat #special punya..keh keh keh..


Gua lihat pada hari-hari yang lepas,ada beberapa blogger yang telah post Music yang gua nak play hari ini.Tapi ada gua kesah ..keh keh keh..sebab masa dekat entry  "Gf gua bakal mengeluarkan album terbaru" gua dah janji nak post lagu yang full version hari ini..so,gua tak copycat la..peace v(^.^)


Gua tak sabor - sabor nak play lagu ini..jom la dengar.. best wooo...

Lagu terbaru Girl's Generation - The Boys.

Korean Version

Kali ini Girl's Generation buat kelainan.Selain dari korean version.Girl's Generation juga membuat single The boys English version.


English Version

Bagi gua best sangat - sangat ..*Demi cinta gua terhadap Sunny & Tae Yeon gua sanggup buat yang Special punya.Keh keh keh.Peace v(^.^)

28 September 2011

Life is Simple

Assalamualaikum.


Anneyong Haseyo.

Semalam (selasa) 27 September 2011,memey gua penat gegila.Mana tak nya,pagi tadi gua jogging.Pastu hang out.Bab jogging gua dah cite pagi semalam.Kalau nak baca boleh click sini "badan taf" .Kali ini gua nak membebel about  gua hang out tadi.=)


Di'sebabkan semalam(selasa) gaji gua  keluar + Cuti.Gua mengambil kesempatan ini untuk hang out.keh keh keh.Bijak tak gua pilih cuti.sepatut nya gua cuti hari isnin(kelmarin).Gua buat rayuan untuk menukar cuti pada hari selasa(semalam).Bijak bijak =)..Jangan tanya gaji gua berapa.=p


Nak tahu gua hang out kat mana.? Dengan siapa? hmm..okay gua akan jawab semuanya.=)


Actually gua hang out dekat tempat biasa je.Dekat TIME SQUARE.Itu la tempat gua selalu hang out.Kalau lu orang tak nampak gua kat situ,maknanya gua dekat MID VALLEY la tu.2 tempat tu je yang gua selalu hang out.


Keluar dengan siapa. ? errrrr(-.-')..pehal lu orang tanya soalan cepumas tu.kecik hati gua.Gua tak keluar dengan sesiapa pon.I'm alone.Gua hang out sesorang je.Maklum lah,gua kan SINGLE - MINGLE.Gua bukan macam lelaki lain,petik jari 10 gugirl yang datang.Gua bila petik jari,tak ada sorang pon yang datang.tak ada yang sudi.Nevermind gua tak kesah la keluar sesorang.Gua dah biasa.


Life is simple bila hang out sesorang.Kenapa aku cakap simple.? Sebab gua kan Mr.simple.keh keh keh.Simple sebab buleh jimat duit belanja.Bila hang out bercouple,hmm maybe kene tunjuk kejantanan seorang lelaki.Malu bai kalau perempuan yang belanja lelaki time hang out.Nanti tak pasal-pasal kene cop "TAK GENTLEMAN" oleh kawan-kawan pihak wanita.ye dak.


kalau hang out sesorang ini,boleh keluar lelama sikit.ye la setakat keluar 2 t0 3 jam mana layan bai.Tak puas la.Lagi-lagi bila hang out bercouple ini,Dah tentu-tentu pihak wanita tersebut nak balik umah cepat kerana arahan daripada parents.Kalau si lelaki tersebut memahami situasi wanita tersebut alhamdulillah la.Tapi kalau dapat lelaki yang jenis kuat TOUCHING payah sikit la.ye dak.



kadang - kadang hidup as Status SINGLE ini best juga. =)


Aktiviti gua semasa hang out ?Paling wajib tengok wayang la.Movie apa.? Jonny English lambat.Fright Night juga lambat.Last- last gua pilih Movie ini



Movie ini time showing dia ngam-ngam dengan waktu gua beli tiket.Movie ini boleh tahan best gak.Banyak scene CEMOLOT(kissing).Nevermind,sebab gua tengok sesorang je tadi.So tak ada effect apa - apa pon.Aku bagi 8 bintang daripada 10.



Lepas tengok wayang,gua pi makan Mcd.Bab ini malas nak cerita.tak ada apa yang istimewa pon.Aktiviti seterusnya,gua pi shopping la.Gua ada duit lebih sikit,Apa salahnya gua shopping kan.Bukan selalu.keh keh keh.Nak tengok apa yang gua shopping? jom.


Official baju jogging gua. =)




Topi idaman.=)




gua bukan beli budak ini.budak ini adik gua.
gua belikan dia baju warna pink tu.=)
adik tersayang.

total hang out gua under RM150.=).memey itu budget gua.Nasib baik tak lebih.Overall gua enjoy/happy even gua hang out sesorang.Siapa kata hidup single tak best.best wo.Banyak Save budget.ye dak.=)


P/s : macam ada something gua terlupa nak beli.apa yerk..? 
        lupa la plak..(-.-')

24 September 2011

Music On Saturday #11

Assalamualaikum.

Anneyong Haseyo.


Minggu lepas gua dah ON lagu "I Have A Dream" by Sherina Ft Westlife.Sambutan agak memberansangkan la jugak.Thankz kepada yang Comment lagu minggu lepas.So, kali ini gua nak Play lagu lain plak.Lagu ini gua pilih sebab gua single - mingle.

Gua juga request lagu ini untuk gugirl yang lonely & single.#annoying gilak..keh keh keh.lempang gua laju-laju weyh. Jom la Play lagu kat bawah ini.=)




Ada yang cair tak.? Kalau cair pon,mesti lu orang cair dengan jejaka-jejaka korea tu en.=.='. keh keh keh keh..Enjoy.=)

28 August 2011

Berseorangan.

Assalamualaikum.

Anneyong Haseyo.

Pejam celik pejam celik,dah 2 hari gua tak update blog.Hari jumaat mmg selalu gua tak update pape.Hari sabtu gua dah missing 1 entry.Semalam Gua tak update segmen gua sendiri "Music On Saturday".ErrrghHH.sebab semalam gua hang out pepagi buta pi UPTOWN Shah Alam & Danau Kota.Nak cari baju raya & songkok.

Sorry sangat-sangat if korang menunggu , Merindui & tercari-cari entry terbaru gua 2 hari lepas..


Sampai rumah pukol 6am.Okay la tu sampai-sampai terus siap-siap pi kerja,memang terbaik kan lepas shopping terus siap pi kerja
.Tak tidur 1 malam plak tu.Elok plak shif aku time tu full 9am until 11pm.haishhhh.Akibatnya semalam gua bekerja dalam keadaan yang amat mengantuk.

Sapa suruh degil nak pi jugak.Kan dah penat.Padan muka gua.!!


Gua pasti ramai student & pekerja yang dah bercuti raya.Dan mungkin ada yang tengah On The Way balik kampung.Kepada pemandu jalan raya,Pandu la dengan berhati-hati,tidak kira la pada waktu siang atau malam.Kepada yang balik kampung tu gua nak ucap kan  

Untung la & dan tahniah dapat beraya kat kampung.


Actually raya ini gua kene kerja.Sumpah sadis.Family gua sat gi lepas sahur depa gerak la balik kampung.Tinggal gua berseorangan di'rumah raya tahun ini.Raya pon sesorang je nanti.#naknangisweyh.Siapa nak teman gua time hari raya pertama nanti?.Gua dah la single.hmmm.

muka sedih

Tahun ini juga gua tak dapat merasa Ketupat,rendang & kari ayam yang nenek gua selalu masak time raya.errrghhH!! Sabor je la.

1 more thing,start daripada 29 august 2011 until 1 sept 2011 gua tak dapat nak update blog , main game & online.Sebab hikari titi(nama lappy gua) kesayangan gua & broadband family gua bawak balik kampung.Gua mampu senyum je la.

So,sebelum gua terlupa.Gua nak ambil kesempatan ini ingin meminta ampun dan maaf jika gua ada buat lu orang terkecil hati,membuat lu orang sakit hati gua minta maaf sangat-sangat.Dengan kesempatan ini juga gua ingin mengucapkan,Selamat Hari Raya Aidilfitri.Maaf Zahir & Batin.Hope lu orang maafkan gua.Amin. hati-hati d'jalan raya.



#HariIniGuaRaseGuaCoolSebabDekatEntryIniGuaTakGelak.