Boss Gua

Pages

Hot Drama

18 June 2012

Gua Masih Hidup

Assalamualaikum.

Anneyong Haseyo.



Perrhh.. Perrhhh.. Perrrhhh.. Nervous siot bila nak menaip entry + mengahadap blog yang sudah berhabuk. Mana tak nya, gua dah 2 bulan tak update blog. WOW. Amazing. Hari ini baru berkesempatan untuk menaip entry.


Firstly, gua nak minta maaf dekat readers kerana sudah lama tak update blog.Idea tu ada , tapi gua dah tawar hati nak berblogging. Sejak kejadian yang berlaku 3 bulan lepas. Gua terus trauma nak berblogging.Gua minta maaf sangat - sangat.



Terima kasih kerana masih ada lagi yang sudi follow blog gua even gua sudah lama tak update. Dan alhamdulillah kerana tidak ada orang yang unfollow. thankz. =D


Actually , Motif gua update blog ini sebab gua nak lu orang tahu yang gua masih hidup. Alhamdulillah. Maklumlah dah 2 bulan gua tak update, mesti la lu orang tertanya - tanya kan ke mana gua menghilang.


Ke mana gua pergi ? gua tak pergi mana - mana pon. Cuma sekarang gua lebih active di TWITTER . Gua dah kureng layan facebook.Sebab facebook sekarang mengarut. Lagi - lagi bila dah upgrade jadi timeline tu. Errgghh. Facebook bikin gua panas saja.




Siapa tak suka Timeline dia facebook sila RT.. keh keh keh..Gua dah terpengaruh dengan twitter.Gua dah lama buat twitter dekat  setahun lebih la jugak. Kalau tak percaya lu orang boleh baca entry ini "burung biru" . 


If lu orang ada twitter, jangan malu jangan segan follow la gua. Just Click  " Shazwan_Sept " .Seperti yang gua katakan gua lebih Active di twitter. Okay la guys, gua nak tweet tweet. Jumpa lu orang di twitter. =)


Goku Super Saiyan

Gua Masih Hidup

10 April 2012

Love Is Friendship

Assalamualaikum.

Anneyong Haseyo.


Hey Blog. Im back. I miss u Blog. really really miss.Dah lama gua tak LOG IN blog gua ini. Kenapa? Ada sebab nya. Malas gua nak cerita. Yang penting gua dah comeback stage. keh keh keh. Ada sapa - sapa rindu gua ?. Lu orang jangan risau, gua tak lupa dengan prisip gua yang akan membalas kunjungan itu. Thankz sebab tinggal kan jejak even gua tak update dekat 3 weeks. 


Back to the title,


Actually 2 hari lepas, gua telah turun ke KLANG. Ingin berjumpa dengan seorang blogger. Motif ? Motifnya,gua nak ambil movie yang dah lama gua mengidam nak tengok. Maklumlah gua last tengok movie tu masa form 2. Oops, nak mention nama blogger yang gua jumpa tu. keh keh keh


Gua bertuah kerana dapat jumpa blogger yang feymes. Nak tahu siapa. Siapa tak kenal blogger Syazrina Kuya. Dia kan retiss.. bweeukkk . =P. Tak lupa juga pada my bestfriend gua Suhaida kerana sudi menemani gua sepanjang perjalanan pergi & pulang. Thankz dude. *wink-wink.


Banyak pula gua membebel, nanti entry panjang-panjang lu orang busan plak nak baca kan.Movie yang gua maksud kan itu dah lama dah di tayang kan pada tahun 1998. Masa tu gua umur 5 tahun.Movie yang gua maksud kan itu ialah "Kuch Kuch Hota Hai".

Kuch Kuch Hota Hai





Jangan pelik lelaki yang layan kpop macam gua ini layan hindustan. keh keh keh. First time tengok movie nie masa darjah 1.Time tu kecik lagi. Kalau tengok pon tak dapat nak rasa feel sadiss cite nie.Second time tengok cite masa form 2.Time tu pon tak boleh nak catch up dia punya feel,sebab tengok dekat tv3 paham-paham la banyak iklan.


Now baru aku dapat tengok tanpa gangguan iklan.Dan dapat merasakan feel funny & saddiss cerita ini. Lepas dapat movie ini dari kuya,malam tu dalam pukol 12a.m.yeah midnight. Orang kata elok tengok citer saddis time mood tengah sunyi sepi.Confirm Tears Flow punya even setitik.


Cerita itu berjaya membuat gua Tear Flow.Maklumlah, gua ada Gens mom gua dalam beberapa genatik dalam badan gua. Tak mustahil lelaki juga boleh keluarkan air mata.Aku rasa kalau lelaki lain tengok cite ini kalau tak mengalir air mata mesti air mata bertakung je kan.Yang perempuan jangan cakap la. Gua dah faham  perangai perempuan ini,confirm dekat 5 kali mengalir air mata itu kan.


Jalan cerita ini memang best.Tak rugi kalau tengok. Inilah satu-satunye movie hindustan yang gua layan.Movie yang lain gua tak berapa nak berkenan.Lagu - lagu dalam cerita tu pon best best belaka.Gua pasti budak-budak sekarang tak tahu cerita ini.


One more thing, quote yang gua minat dalam cerita ini " LOVE IS FRIENDSHIP " . Daripada persahabatan terlahir la perasaan cinta. =')


Untuk movie ini gua bagi 10/10 . thankz again syazrina kuya. Thums up. v(^.^)

17 March 2012

Music On Saturday #30 ( CNBlue vs Big Bang)

Assalamualaikum.

Anneyong Haseyo.

Sorry lama tak update. Dah seminggu gua tak Log in blog ini. Rasa nak peluk pon ada. keh keh keh.I have any problems. That's y gua tak log in blog.

Back to the title.

Gua dah lama tak buat entry about kpop. So, dengan kesempatan yang ada, gua nak update about kpop. Yang tak suka entry ini ,gua saran kan boleh click "x" dekat belah kanan atas sekali. Sekian.

Masa yang gua tunggu-tunggu telah tiba. Gua tunggu group kpop yang otai-otai comeback. Sekarang ini banyak group baru. Gua tak berapa nak layan group baru.Akhirnya Big bang comeback.


Big Bang


Lagu Hit dorang  "Blues" memey best..





Tak lupa juga Cnblue yang bakal mengeluarkan album baru dorang tak lama lagi. =). Lagu baru dorang baru je keluar semalam. Best jugak .. =)


CNBlue


Lagu baru Cnblue "Still I Love" .. best.. =)






Bagi gua .. dua dua best.. Thumbs Up.. 

08 March 2012

Advertisment #2

Assalamualaikum.

Anneyong Haseyo.


Now mood tak berapa nak okay. Even gua cuti 5 hari pon .  Gua ada problem sikit. Sepanjang gua cuti dari ahad lepas sampai la hari yang ke 5 ini. Gua tak tahu promotion apa yang ada dekat jusco. Yang gua tahu promotion Supermarket bahagian gua setiap hari khamis.


1 lagi, sebelum lu orang tanya gua kerja jusco mana.Better gua jawab dulu. Gua kerja Jusco Midvalley. =)


Jom kita tengok promotion minggu ini.


Dear Valued AEON Customers,

SUPER SAVERS, offer valid 8th to 11th March 2012. Don't miss out on these bargains, hurry up visit your nearest AEON Store Today! (available at all AEON Store)










Have A Nice Shopping DAy =)

02 March 2012

Advertisment #1

Assalamualaikum.

Anneyong Haseyo.


Hari ini gua nak update pasal promotion yang terdapat dekat JUSCO. =) . Ya, itu tempat gua bekerja. Bangga siot. =)

Memandang kan department gua ialah supermarket. Gua nak promot promotion minggu ini yang terdapat di supermartket.

Promotion "Advertisment" ini hanya 4 Hari. Bermula pada hari khamis sehingga hari ahad.Barang - barang promotion terdapat pada gambar tersebut.





Minute Maid & Biskut Hup Seng tu murah siot. 


Promotion start 1 MARCH 2012( Khamis)  UNTIL 4 MARCH 2012(Ahad) 

Have A Nice Shopping DAy. =)

28 February 2012

Nama Saya Kim #11 (part 1)

*Jika anda terlepas Episode yang lalu :-


********************


"Aduhh.!!! Siapa pulak yang rajin call aku malam-malam ini.Kacau betul la!". Kata Ana sendirian.


Ana abai kan panggilan tersebut lalu terus sambung mengulakaji. 5 minit kemudian,number yang sama membuat panggilan lagi.Ana mula rasa gelisah kerana di ganggu.Ana terpaksa jawab panggilan itu dengan perasaan yang geram.


"Hello !!!! Kau ini Sapa ha?". Tanya Ana.

~Senyap~

"Eh,diam pulak kau.Kau yang call lepas tu kau plak yang jadi bisu". Ana marah pemanggil itu.


~Senyap~


Tut Tut Tut Tut....... End call.


"Eh,pehal dia end call. Tadi ber'ria-ria call.Lepas tu jadi bisu lak. Tak paham aku di buatnya. Lantak kau la". Ana cakap sendirian.



************


"Mak aihhh. Garang nya perempuan ini. Datang bulan ke apa,Mungkin aku salah time kot call dia,Esok je la aku call dia". Kata Kim sendirian.


Kim terus masuk tidur dan berharap supaya Ana muncul dalam mainan mimpinya.

ZzZzzZ

************

Kelihatan Ana rasa bersalah kerana memaki hamun pemanggil sebentar tadi.Jam telah menunjukkan 11.30 malam.Esok pagi Ana sekolah pada sebelah pagi. Waktu untuk Ana tidur. Ana juga berharap Kim mucul dalam mimpinya.


ZzZzZz..


************
Ke esokkannya.

Kringgg Kringgg Krinnggggg.. Loceng sekolah berbunyi.


"Kim !!!".Adila memanggil kim.


"Eh, adila. kenapa ?". Tanya Kim.


" Errr . Tak ada apa-apa. Jom gerak masuk ke kelas sekali". Kata Adila.


"owh.. okay no hal". Jawab Kim se'akan-akan malas nak layan.



Kelas Adila dan Kim bersebelahan.Mereka menuju ke kelas bersama - sama.



"Weyh kim. kau nak tahu something tak?" Kata Adila.


" Kalau perkara tu baik aku nak la dengar pagi - pagi ini". Jawab kim.


"of course la perkara yang baik aku nak bagi tahu kau Kim." Kata Adila sambil menepuk bahu kim.


"Auchhh..Perlu ke nak tepuk bahu aku dila?" Kata Kim sambil mengusap bahunya.


"Ooops.. sorry kim. hik hik hik". Adila meminta maaf.


"Tadi kata nak bagitahu something dekat aku. Cakap la. Dah nak sampai kelas ini". Kata Kim.

"errrmrmm.. Nanti time rehat aku bagitahu kau. Okay la aku masuk kelas dulu.Ingat rehat nanti tunggu aku kalau kau keluar awal. Kalau aku keluar dulu,aku tunggu kau dekat depan kelas kau ye.bubye". Kata Adila sambil melambai-lambai.


"Time rehat ? .. ermm.. boleh.. okay nanti aku tunggu kau. Bubye". Balas Kim.



To be continued ........

Nak tahu adila nak bagitahu perkara apa ? Tunggu kisah selanjutnya pada (Part 2)..


*Extra : Kepada yang 1st time baca or yang dah terlupa macam mana adila boleh muncul.Adila pernah muncul pada  episode ini "Nama Saya Kim #5". so jangan rasa pelik pula. =)

26 February 2012

Hasil Kajian Gua #5

Assalamualaikum.

Anneyong Haseyo.

Selamat Malam gua ucapkan. Kenapa selamat malam pula ??? Sebab gua post entry ini tengah malam. keh keh keh.Okay,intro gua membosankan kan.Gua type entry ini dalam keadaan yang asyik ter'bersin.Gua harap lu orang semua simpati dengan keadaan gua.

Back to the title,


Mesti lu orang pelikkan.Sejak bila gua penah buat entry ini, Tup Tap Tup Tap dah yang ke 5.Actually gua dah lama tak update entry "hasil kajian gua" ini.Kalau lu orang teringin nak baca kajian-kajian yang gua telah buat,lu orang boleh click dekat bawah ini.






So Hari ini, gua nak kupas sikit tentang mengapa lelaki gemar main game.



Pembohong la kalau lu orang tak pernah main game even angry bird or plant vs zombie.Sedangkan budak-budak kecik sekarang pon dah pandai main game siap touch2 lagi screen Samsung Galaxy.Budak kecik tiada kaitan dalam entry ini.

Boleh dikatakan 80% remaja lelaki gemar bermain game.Kenapa mereka main game ? Ha..Itulah persoalannya.Dulu masa belajar gua pon kaki game.Para gadis mesti nak tahu kan kenapa lelaki suka main game.


Sometime main game dapat release kan tension.For example, dia gaduh dengan kawan dia,then dia rasa geram.Cara untuk dia lepaskan geram dia main game perang-perang "Counter Strike" or game lawan-lawan "DOTA". Dia akan rasa puas bila dah bunuh orang dalam game tu.


Game ini boleh buat kita rasa gembira.Lagi-lagi kalau kita menang.Secara automatik kita akan rasa nak try lagi game tu.Pengaruh kawan juga turut memberi impak yang besar juga. Contohnya "Abu main game digimon baru level 5.Ali pula sudah level 15.Dalam masa yang sama Ali ini berlagak sebab level dia dah tinggi.Masa itu la Abu akan rasa tercabar then nak pecut level Abu."


Defense Of The Ancients (DOTA)



Counter Strike

Selain itu, If lelaki tu ada couple, inilah cara dia kontrol kegatalan/kemiangan/kasanova dia.Gua mengaku dulu memey gua takkan layan sebarang Text or Calling time gua tengah main game.Ex gf gua text gua,gua reply tapi lambat sikit la.Gua tahu dia panas + geram dekat gua.Tapi sebelum couple dia cakap dia boleh paham gua.

Apa-apa hal if gua nak main game gua bagitahu dia.Nanti tak ada la dia tertunggu-tunggu gua.Lelaki ini hobby dia tak macam perempuan.So if bf lu orang tu kaki game buat la rules macam gua tu. 


One more thing, lelaki kaki game it's more better than lelaki buaya darat/Playboy . =). Lu orang lagi panas bila dia layan game or dia layan perempuan lain ?. fikir-fikirkan ye. Inilah hasil kajian gua sepanjang gua bergelar seorang pelajar dulu. Kita jumpa di lain entry. peace v(^.^).