Boss Gua

Pages

Hot Drama

Showing posts with label kim heeruul. Show all posts
Showing posts with label kim heeruul. Show all posts

28 February 2012

Nama Saya Kim #11 (part 1)

*Jika anda terlepas Episode yang lalu :-


********************


"Aduhh.!!! Siapa pulak yang rajin call aku malam-malam ini.Kacau betul la!". Kata Ana sendirian.


Ana abai kan panggilan tersebut lalu terus sambung mengulakaji. 5 minit kemudian,number yang sama membuat panggilan lagi.Ana mula rasa gelisah kerana di ganggu.Ana terpaksa jawab panggilan itu dengan perasaan yang geram.


"Hello !!!! Kau ini Sapa ha?". Tanya Ana.

~Senyap~

"Eh,diam pulak kau.Kau yang call lepas tu kau plak yang jadi bisu". Ana marah pemanggil itu.


~Senyap~


Tut Tut Tut Tut....... End call.


"Eh,pehal dia end call. Tadi ber'ria-ria call.Lepas tu jadi bisu lak. Tak paham aku di buatnya. Lantak kau la". Ana cakap sendirian.



************


"Mak aihhh. Garang nya perempuan ini. Datang bulan ke apa,Mungkin aku salah time kot call dia,Esok je la aku call dia". Kata Kim sendirian.


Kim terus masuk tidur dan berharap supaya Ana muncul dalam mainan mimpinya.

ZzZzzZ

************

Kelihatan Ana rasa bersalah kerana memaki hamun pemanggil sebentar tadi.Jam telah menunjukkan 11.30 malam.Esok pagi Ana sekolah pada sebelah pagi. Waktu untuk Ana tidur. Ana juga berharap Kim mucul dalam mimpinya.


ZzZzZz..


************
Ke esokkannya.

Kringgg Kringgg Krinnggggg.. Loceng sekolah berbunyi.


"Kim !!!".Adila memanggil kim.


"Eh, adila. kenapa ?". Tanya Kim.


" Errr . Tak ada apa-apa. Jom gerak masuk ke kelas sekali". Kata Adila.


"owh.. okay no hal". Jawab Kim se'akan-akan malas nak layan.



Kelas Adila dan Kim bersebelahan.Mereka menuju ke kelas bersama - sama.



"Weyh kim. kau nak tahu something tak?" Kata Adila.


" Kalau perkara tu baik aku nak la dengar pagi - pagi ini". Jawab kim.


"of course la perkara yang baik aku nak bagi tahu kau Kim." Kata Adila sambil menepuk bahu kim.


"Auchhh..Perlu ke nak tepuk bahu aku dila?" Kata Kim sambil mengusap bahunya.


"Ooops.. sorry kim. hik hik hik". Adila meminta maaf.


"Tadi kata nak bagitahu something dekat aku. Cakap la. Dah nak sampai kelas ini". Kata Kim.

"errrmrmm.. Nanti time rehat aku bagitahu kau. Okay la aku masuk kelas dulu.Ingat rehat nanti tunggu aku kalau kau keluar awal. Kalau aku keluar dulu,aku tunggu kau dekat depan kelas kau ye.bubye". Kata Adila sambil melambai-lambai.


"Time rehat ? .. ermm.. boleh.. okay nanti aku tunggu kau. Bubye". Balas Kim.



To be continued ........

Nak tahu adila nak bagitahu perkara apa ? Tunggu kisah selanjutnya pada (Part 2)..


*Extra : Kepada yang 1st time baca or yang dah terlupa macam mana adila boleh muncul.Adila pernah muncul pada  episode ini "Nama Saya Kim #5". so jangan rasa pelik pula. =)

07 February 2012

Nama Saya Kim #10

*Jika anda terlepas Episode yang lalu :-


********************


Di sebuah rumah yang sunyi dan sepi.Tinggal sebuah keluarga. Hanya seorang bapa dan seorang anak perempuan.Ibunya telah pon meningal dunia semasa Ana Shiha Dilahirkan.Sehingga kini Ana telah dia besarkan oleh ayahnya.Selama 18 tahun  ayahnya membesar dan mendidik Ana.


Kini Ana sudah semakin dewasa.Ayahnya beranggapan bahawa Ana mungkin sudah pandai menjaga dirinya sendiri.Muka Ana mirip dengan wajah ibunya.Ibunya seorang yang cantik,baik dan kasar macam Awan Dania.Kini Ayahnya melepaskan rindu terhadap arwah dengan melihat wajah Ana dan tingkah lakunya  yang sama macam ibunya.


Knock! Knock! Knock!..Ana mengetuk pintu rumahnya.


"Saya sudah pulang". Kata Ana.


"Lambat kamu pulang Ana". Kata ayahnya.


"Jumpa kawan tadi. hehe". Jawab Ana.


"okay.Pergi mandi yerk.Dah nak malam ini". Kata ayahnya.


"Baik dad v(^.^)". jawab Ana sambil senyum membuat PEACE.


Beberapa jam selepas itu.


" Ana Oh Ana..turun makan.Ayah dah siap memasak ini ".Ayahnya memanggil Ana.


Ana Masih tidak turun.Lalu ayahnya pergi naik ke atas untuk menjenguk apa yang Ana sedang buat.


Knock! Knock! Knock!. Ayahnya mengetuk pintu bilik Ana.


Tiada suara yang menjawab.


"Ayah masuk yerk". Kata Ayahnya.


Kelihatan Ana sedang mengulakaji sambil memakai headphone mendengar lagu.Ayahnya mengelengkan kepala.Lalu ayahnya menanggalkan headphone dari kepala Ana sambil gelak "keh keh keh.".


"Apa ini ayah.Ayah ini jahat lorhhhh" . Ana bersuara manja.


"Dari tadi ayah panggil kamu turun makan.Tapi kamu tak jawab.Tu yang ayah naik". Kata ayahnya.


"Ooopss..! Maaf..hehe". Kata Ana sambil gelak gigle.


"Sudah. Jom kita makan dulu. Nanti lepas makan Ana sambung ulangkaji tadi okay". Kata ayahnya sambil membuat thumbs Up.


"Okay ayah". Kata Ana sambil membuat Thumbs Up juga.


Lalu mereka berdua turun ke bawah bersama.


"Dinner ayah masak apa ?". Tanya Ana.


"Malam ini ayah masam special punya untuk Ana anak ayah". Jawab ayahnya dengan penuh semangat.


Sampai saja di meja makan.Ana terkejot.Kelihatan banyak makanan/lauk yang terhidang di atas meja tersebut.


"Ada orang nak datang rumah ke ayah". Tanya Ana.


"Eh! tak ada siapa nak datang pon". Jawab ayahnya.


"Habis kenapa banyak sangat makanan ini". Tanya Ana lagi.


"Errrmmm.Ini semua ayah masakkan untuk Ana.Semua Makanan ini ialah makanan Favourite arwah ibu Ana". Jawab ayahnya.


"Oh!.Thankz ayah.Ana try habiskan v(^.^)". Kata Ana sambil membuat peace.

"Dah.Mari kita makan,nanti sudah sejuk,tak sedap pulak jadinya". Kata ayahnya.


" Mari ". Kata Ana dengan penuh semangat.


Kedua-dua kelihatan berselera sungguh menikmati hidangan tersebut.Walaupun Ana kurus.Tetapi Ana kuat makan orangnya.Tak sia-sia ayahnya menghabiskan masa untuk memasak hidangan tersebut untuk Ana.


"Sedap tak ayah masak?". Tanya Ayah.


"You Are The Best Dad v(^.^)". Jawab Ana sambil membuat peace.


"Sayang Anak Ayah ini.Lepas makan,pinggan biar dekat meja.Pergi basuh tangan then sambung ulang kaji tadi ye". Kata ayahnya.


Selesai sudah makan.Sebelum Ana naik ke atas,dia berjumpa ayahnya sebentar untuk memberitahu sesuatu.


"Ayah,Ana nak bagitahu something ini. Tapi ayah janji takkan marah yerk". Kata Ana.


"Ayah janji tak marah. cakap la". Ayahnya berjanji.


"Errrrmmm.Ana ada kawan baru". Kata Ana.


"Oh! bagus la tu. baik lelaki atau perempuan?" .Tanya ayahnya.


"Errrmm.. Dia Lelaki.". Jawab Ana dengan emosi ketakutan.


"Oh lelaki. Siapa nama dia?". Tanya Ayahnya lagi.


"Nama Dia KIM HEERUUL.Kawan yang Ana jumpa petang tadi". Jawab Ana.


"Owh.Ayah tak kisah kalau Ana nak berkawan dengan siapa.Asalkan anak ayah ini pandai jaga diri". Pesan Ayahnya.


"Thankz Dad. I love u ". Jawab Ana sambil memeluk ayahnya dengan penuh gembira..


Ayahnya hanya mampu tersenyum melihat Ana gembira.


"Ana nak naik atas.Nak sambung Study". Kata Ana.


"Okay. Jangan tidur lambat sangat ye". Pesan ayahnya.


"Baik dad =) ". Jawab Ana.


Lalu Ana bergegas menuju ke biliknya untuk menyambung ulangkaji.Macam biasa,apabila Ana study dia memakai headphone supaya tiada orang mengganggu'nya study.Sedang Ana tekun mengulangkaji,tiba-tiba meja'nya bergegar.


Ana terkejut.Ana ingatkan gempa bumi.Lalu dia melihat di sekeliling dinding biliknya tiada kesan gempa bumi.Frame gambar yang tergantung di dinding biliknya masih center.Ana berasa lega kerana yang tadi itu bukan gempa bumi.


Ana ternampak Fon miliknya mengeluarkan cahaya.Lalu Ana mengambil fon tersebut."hmmmm.Tadi ada orang call rupanya.Ingatkan gempa bumi la tadi.".Kata Ana sendirian.Ana pelik siapa pula malam-malam ini buat misscall.Lalu ana abaikan misscall tersebut.Ana terus menyambung ulangkaji.


Lima minit kemudian, Fon Ana bergetar lagi.Number tidak dikenali membuat panggilan.Ana pelik siapa pula yang rajin beno call dia malam-malam buta begini.Ana takut- takut nak answer panggilan tersebut.



To be continued ........



Nak tahu siapa yang call Ana ? Tunggu next episode.

17 January 2012

Nama Saya Kim #9

*Jika anda terlepas Episode yang lalu :-


********************


"What!!". Kim tercengang mendegar pengakuan dari girl itu.


"Eh! kan saya dah kata buruk la kalau muka awak terkejut.Jangan la buat muka macam itu ". girl itu blushing.


"Saya betul-betul tak sangka awak gadis misteri itu.Saya sedang bermimpi ke?. Tolong lempang saya". Kata Kim.



Slappppp..!!! girl itu melempang Kim.


"Auccchh!!. Sakit la" . Sambil memegang pipi.


"Awak yang suruh saya lempang awak kan. =P ". Kata girl itu sambil menjelir lidah.



"So saya tak bermimpi la ini". Kata Kim.


"Yea.Awak tak bermimpi." jawab girl itu.


Dalam hati Kim,kim gembira teramat sangat.Kim terkejut beruk apabila mengetahui girl itu adalah gadis misteri tersebut.Kim betul-betul tak sangka.


"Awak! Awak!. Kenapa termenung + senyum sorang-sorang ini.Apa yang awak fikirkan ha?". kata girl itu.


"ha? sorry sorry.Saya terlalu gembira dapat berjumpa dengan awak". jawab Kim sambil meng'usap pipi nye yang kene lempang tadi.


"Now awak dah tahu siapa gadis misteri itu.Saya nak balik.Dah pukol 6 lebih. Nanti lewat pulak sampai ke rumah". Kata girl itu.


"Betul gak itu.Dah lewat ini.jom kita balik". Kata Kim sambil mengalas begnya.


"jom". Jawab girl itu.


"Awak balik dengan apa?". Tanya Kim.


"Saya balik dengan basikal saya yang awak pernah baiki dulu tu la ^_^ ". Jawab girl tu.


"Oh.Lupa plak saya.keh keh keh". Kata Kim sambil tergelak tersipu-sipu.


"Lempang lagi tahu la.hik hik hik". Kata girl itu sambil tergelak gigle.


"Lepas ini macam mana kita nak berjumpa lagi". Tanya Kim.


"Awak ada number saya kan?". Jawab girl itu.


"Tak.Saya tak ada number awak". Kata Kim.


"Nie mesti belum baca buku komik itu sampai habiskan.Nanti awak baca la buku komik tu sampai habis.Nanti awak akan jumpa sesuatu". Kata girl itu.


"A'ah.Saya belum habis baca buku komik.Nanti saya baca itu sampai habis yerk". kata Kim.


"okay la.Saya gerak dulu yerk.Tcare si chumel.Bubye".Girl itu memuji kim.

"What? si chumel ? kah kah kah.. perli la tu.tcare to.bubye". Kata Kim sambil mukanya blushing.


Lalu girl itu pergi meninggalkan tempat tesebut.Manakala Kim pula masih duduk di situ.Tetibe Kim teringat bahawa kim lupa menanyakan nama girl itu.Lalu kim menjerit.


"TUNGGU!!!!!!" .Kim menjerit.


Orang di sekeliling memandang ke arah jeritan suara tersebut. Girl itu tiba-tiba menghentikan langkahnya.Lalu dia menoleh kebelakang memandang ke arah Kim.


"NAMA AWAK APA ?!!". Tanya Kim.


"NAMA SAYA ANA SHIHA.Dengar tak? ANA SHIHA!!!" Jawab Ana seakan-akan hendak semua orang mengetahui nama nya.


"NAMA SA.....". Kim tidak habis kata lagi Ana sudah mencelah


"NAMA AWAK KIM HEERUUL KAN !!". Ana mencelah kata kim tadi.


"TERIMA KASIH ANA!!. Bubye". Kata kim sambil melambaikan tangan.

"NO HAL LA KIM!!". Ana sambil melambai tangan juga.


Kim mula rasa tersenyum lebar.Ana ingat lagi Nama kim walaupun sudah lama tidak berjumpa.Lalu Kim bergegas pulang ke rumah.Nasib baik rumah Kim dan Midvalley tidak begitu jauh.Sampai saja di rumah.Omma nya telah menunggu Kim di depan pintu sambil mecekak pingang.


"Lewat kamu balik Kim. Ke mana kamu pergi?" Tanya Omma


"errr..Jumpa kawan dekat midvalley tadi".  Kim jawab dengan jujur.

"Owh. Patut la. Tadi Omma datang sekolah nak jemput kamu.Nasib baik Adila ada.Dia cakap kamu pergi jumpa kawan". Kata Omma.


"Maaf kan kim Omma". Kim meminta maaf sambil menunduk.


"Omma tak marah kamu la.Pergi mandi lepas itu makan". Kata Omma.


"Baiklah".Kata kim.


Kim terus mandi untuk menyegarkan dirinya.Selesai sudah menyiapkan diri dengan berpakai baju tidurnya.Kim menuju ke dapur untuk habuan perutnya yang sudah lama meragam nak makan.Lauk yang sedia terhidang di'atas meja ialah Sup ayam,Kailan ikan masin dan telur dadar.


Hidangan tersebut membuat kim tidak tahan.Lalu Kim terus menyerang meja makan tersebut.Kelihatan kim berselera sungguh dengan hidangan itu.Selesai saje makan.Kim masuk ke bilik.Hendak buat kerja sekolah,kerja sekolahnya telah disiapkan petang tadi di perpustakaan sekolah.

Lalu Kim menyambung membaca komiknya.Kim teringat kata-kata Ana petang tadi.Ada sesuatu dalam buku itu selain daripada note itu.Kim malas nak terus cari benda dalam komik itu.Kim mahu benda itu yang muncul sendiri.


Sampai saje di pertengahan page komik tersebut,terselit satu kertas kecil.Kim memetik kertas kecil yang terselit di dalam komik itu.


"Eh! Ini Number fon". Kata Kim.



To be continued ........

Nak tahu apa yang Kim akan buat dengan number itu? Tunggu next episode.


Extra :*Nak tahu siapa Ana Shiha itu sebenarnya.Click pada Nama dia di atas.
               *Omma - ibu , emak

03 January 2012

Nama Saya Kim #8

*Jika anda terlepas Episode yang lalu :-


********************


"Eh!! Kenapa awak buat muka macam tu ha ?". Kata Gadis itu.


"Saya terkejut la.Macam mana awak tahu saya tengah gadis misteri yang awak sebut sebentar tadi tu ha ?". jawab Kim.


"Kalau ye pon terkejot perlu ke buat muka macam tu? So disgusting tahu tak. Awak minum air tu dulu.Nanti saya ceritakan". Gadis itu memerli Kim tahap gaban.


"Perlu ke saya minum air yang awak bagi ini? Entah - entah awak letak racun ke apa ke kat dalam air tu". Kim tak berani nak minum air yang gadis itu bagi.


"Awak ingat saya ini orang jahat ke nak bagi awak racun.Saya pon budak sekolah macam awak tahu tak.Takkan la saya nak buat perkara terkutuk macam itu dekat awak.Please la". Gadis itu jawab dengan penuh semangat bahawa dia tidak berniat jahat.


Kim mula merasai sesuatu yang pelik terhadap gadis tersebut.Mengapa gadis tersebut tetiba baik terhadap dirinya.Mungkin ada sesuatu yang tidak kena dengan gadis itu.Wayar kepala Short agaknya.Tetiba je baik dengan kim.

Dulu masa mula - mula kim jumpa dia,dia tak ada la pulak macam ini.Tapi nada suara dia bercakap still sama.Macam nak makan orang pon ada.Kim tergelak sendirian "keh keh keh".Kim Melihat Jam tangannya,jarum menunjukkan telah pukol 6pm.

Kim merasakan bahawa,mungkin Gadis misteri tu dah balik.Mungkin pada hari ini bukan jodoh kim untuk bertemu gadis misteri tersebut.


"Kenapa awak tiba-tiba gelak sorang ini? Gila yerk?". Sergah gadis tersebut.


"Saya teringat kan masa mula - mula kita jumpa dulu". Jawab kim sambil tersenyum.


"Owh.Masa basikal saya rosak itu.Ingat kan awak dah lupa.Ingat lagi ghupenya". Pipi gadis itu kemerah merahan.


"Kejap yerk,saya nak minum air yang awak bagi ini.Saya sebenarnya haus.keh keh keh". Akhirnya Kim minum air yang gadis itu bagi.


"Awak minum la dulu.Saya nak bersihkan Spec saya ini kejap". Jawab gadis itu.


Beberapa Orang yang berada di kedai buku MPH itu memandang ke arah mereka.Ada yang pura-pura batuk  di hadapan mereka.Ada yang cuba menganggu kawasan yang mereka duduk itu.Ada yang menghalau mereka kerana mengganggu laluan orang nak lalu.


korang bayangkan la Kim & Gadis tu duduk di tengah - tengah tu.


"Sedapnya air yang awak bagi ini. Lega anak tekak saya.Thankz yerk". Kim gembira.


"Sedap kejadahnya awak.?? Air kosong je kan.Awak ini memey gila agaknya". Gadis itu perli Kim lagi.


"keh keh keh". Kim blushing.


"Awak jom la kita pergi tempat lain.Ramai orang dah pandang pelik dekat kita.Saya rasa tak selesa la". Gadis itu mengajak kim.


"Tapi macam mana dengan gadis misteri yang saya cari tu.Saya belum jumpa dia lagi". Kata kim.



"Jom je la". Gadis itu memaksa.


"yela - yela". Kim ikot gadis itu.



Gadis itu berjalan laju sangat.Sehingga Kim berlari mengekori gadis itu.Jalan yang gadis itu lalu,macam kim biasa lalu.Kim yakin gadis itu mahu membawa Kim ke Taman air pancut di hadapan THE GARDEN MALL.Tempat Itu berhampiran dengan Midvalley.


The Garden

"Eh! mana Kim ini? Bukan tadi dia dekat belakang aku ke". Gadis itu mencari kim


"Kenapa awak jalan laju sangat ha?". Tanya Kim.


"Saya nak cepat la.Kejap lagi saya nak balik dah". Kata gadis itu.


"Kalau awak nak balik,kenapa awak tak balik je sekarang?". Tanya Kim lagi


"Sebab sebab sebab". Gadis itu gagap.


"Sebab apa ?" Tanya Kim lagi.


"Sebab saya lah yang letak Note dekat dalam buku komik itu & saya la gadis misteri tu". Gadis itu membuat pengakuan.


"WHAT ???" Kim Tercengang.


To be continued ........

Akhirnya muncul juga Gadis misteri itu. Nak tahu siapa nama gadis misteri itu.? tunggu episode akan datang yerk peace v(^.^)

27 December 2011

Nama Saya Kim #7

*Jika anda terlepas Episode yang lalu :-


********************


Kim terkejut.Hatinya berdegup dup dap dup dap.Mulutnya hanya mampu mengeluarkan "Eh!" sahaja.Renungan pandangan mata Kim tepat pada wajah gadis tersebut "Wah cantiknya dia".


Hilang rasa emo Kim terhadap gadis itu.Kim mula hairan.Mengapakah gadis ini boleh berada di'sini.Tak mungkin hanya kebetulan semata - mata.



"Kenapa awak pandang saya macam tu ha !" Gadis itu bersuara.


"Oops.Maaf2x.Saya pelik,macam mana awak boleh ada dekat sini?". Kim meminta maaf sambil memakai begnya.


"Suka hati saya la nak ada dekat sini or tak.Tempat ini rumah awak ke! ?". Jawab gadis sambil membaca buku.



"Kalau macam itu tak apa lah,ada orang tengah tunggu saya ini.Saya terpaksa pergi dulu,Btw kalau nak duduk tu sila lah bersila yerk.Nanti tak pasal-pasal orang lain pulak yang terlanggar". Kim memberi pesanan kepada gadis itu sambil mengenyit mata.


"So what?,suka hati saya la nak duduk macam mana pon?". gadis itu membuat muka annoyying



Kim berkata dalam hati sambil memandang wajah gadis itu "Ego gila perempuan ini.Nasib baik la kau cantik tahu tak".


"Saya dah lambat ini.Gtg, ada jodoh kita bertemu lagi yerk.Bubye". Kata kim sambil melambai tangan.


Lalu kim meninggalkan kawasan itu.Kim terus mencari gadis misteri yang sedang menunggu kehadirannya itu.Dalam masa yang sama,kim telah di'ekori oleh gadis yang baru kim bertemu sebentar tadi.Kim tidak sedar yang dia telah di'ekori.


Satu MPH Kim pusing mencari gadis misteri itu.Tapi Tidak jumpa.Kim melihat seorang gadis kelihatan sedang menunggu seseorang.Lalu Kim beranikan dirinya untuk menanyakan soalan


"hmmm.Hai.Awak tunggu saya ?". kim bertanya kepada gadis itu.


"eh! hai. Siapa awak .? kenal pon tidak." jawab gadis tersebut sambil membuat muka pelik.


"Oh! saya salah orang.Maafkan saya". Muka kim merah merah malu.


Gadis yang mengekori Kim itu tergelak - gelak melihat Kim.Gadis itu melihat Kim duduk berehat di satu sudut bahagian Dictionary Laguage.Kelihatan Kim sudah berputus asa mencari gadis misteri tersebut.


Kim berfikir mungkin gadis misteri itu telah pulang ke rumah.Mungkin gadis itu seorang yang menepati masa.Sehingga 1 min itu tidak mahu disia - sia kan.Kim menyalahkan dirinya kerana telah terlewat.Kim berkata dalam hati "Dimanakah kau! Tolonglah muncul".


Tiba - Tiba muncul 1 suara seorang gadis dari belakang berkata sesuatu kepada Kim.


"Hai. Awak nak air?" kata gadis itu sambil menghulurkan air.

"Eh! Awak lagi?". Kim terkejut.

"Kenapa muka awak macam tu.? Buruk tahu tak. keh keh keh. Ambil air ini cepat". Gadis itu memerli kim.

"Thankz". Kim mengambil air tersebut.

"Jumpa tak gadis misteri itu?" Tanya gadis itu sambil membersih kan kaca matanya.

"What ? How u know?".Kim terkejut macam mana gadis dia langgar tadi tu boleh tahu about " Gadis misteri" itu.


To be continued ........

Adakah gadis yang mengekori kim itu ialah gadis misteri yang menunggu kehadiran kim.?

20 December 2011

Nama Saya Kim #6

*Jika anda terlepas Episode yang lalu :-


********************


Keadaan Kim sedang kelam kabut.Kerana terlupa,bahawa Kim ada temu janji bersama gadis misteri yang kim tidak kenali.Kim berlari langkah seribu.Kim dapat merasakan yang dia tidak sempat menuju ke MPH Bookstore di Midvalley.Jarak antara sekolah Kim dan Midvalley agak jauh.

Lalu kim mengambil keputusan untuk menaikki teksi.Kim menahan sebuah teksi.Teksi itu berhenti.

"Bang,Midvalley boleh.?".


"Boleh boleh. jemput naik". Pelawa driver teksi tersebut.


"Adik ini berpeluh - peluh kenapa?" .Driver teksi mulakan bicaranya.


"saya dah lambat ini bang.Ada orang tengah tunggu saya". Kim jawab sambil termengah-mengah.

"Untungla dik ada orang tunggu.Abang ini tak ada siapa nak tunggu.Maklumlah hidup sebatang kara". Driver Teksi tu perli tahap gaban.

"(-.-')" Kim buat muka annoying,tanpa sebarang kata.

Tempat yang di tujui telah pon tiba.Memandangkan Kim berpakaian sekolah,driver tu kasi diskaun sikit.Jumlah bayaran tambang ialah Rm5.Kim melihat jam tangannya waktu menunjukkan telah pukul 5 petang.Tanpa membuang masa Kim terus berlari menuju ke MPH.Tanpa menghirau keadaan sekelilingnya.


Sampai di depan pintu masuk MPH,kim termengah - mengah.Kim berhenti seketika untuk mengambil angin untuk memulihkan kepenatannya.Kim memandang Security yang menjaga pintu masuk tersebut,lalu kim tergelak sendirian "keh keh keh".Kim ketawa sendirian kerana personaliti security tu agak lucu.Security tersebut bermisai kotot & berbadan gebu.


Kim dengan penuh segak dan bergaya masuk ke dalam kedai buku sambil mencari gadis tersebut.Kim mula terfikir bagaimana dia hendak mencari gadis misteri tersebut.Sedangkan Kim tidak mengenali wajah gadis misteri itu.


Kim mendapat idea untuk mencari perempuan tersebut di bahagian komik.Kim dapat merasakan mungkin gadis tersebut berada di situ.Sedang Kim mencari tiba - tiba kim terjatuh.Kim mula emosi.


"Kaki Siapa pulak ini!!!!!" .  Kim emo.


Tetiba ada 1 suara gadis menjawab. 

"kaki orang la.Takkan kaki haiwan kot.Kan dekat pintu masuk dah bagitahu haiwan tidak dibenarkan masuk"


"Eh!" kim terkejut.



To be continued ........

Adakah suara perempuan itu adalah gadis misteri tersebut ?
Tunggu Next Episode. peace v(^.^)

13 December 2011

Nama Saya Kim #5

*Jika anda terlepas Episode yang lalu :-


********************



Krinngg Kringg Kringgg.

Loceng sekolah telah berbunyi.Itu menanda waktu persekolahan telah pun tamat pada hari tersebut."Apa la bunyi loceng sekolah aku ini,dah macam bunyi loceng basikal aku dengar.Haishh". Kim berbicara sendirian. Seperti biasa,selepas habis sekolah Kim biasanya menuju ke perpustaakan di sekolahnya.


"Hai kim,awak nak ke mana tu?" Sapa seorang gadis terhadap Kim.

Kim menoleh ke belakang. " Oh Adila,saya nak ke perpustakaan. Kenapa?".


"Awak pergi sorang saja kim? nak ikot buleh? ". Dila memujuk sambil membuat muka cute.


"Saya tak kisah kalau awak nak ikot.Boleh study sama - sama". Kim mengaru kepala.


"Terima Kasih kim". Adila gembira kerana Kim tidak menolak permintaannya.


Di perpustakaan Kim teramat khusyuk menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh gurunya.Adila pula,apabila membuat kerja mulut'nya pasti mengeluarkan suara.Katanya sambil menulis sambil menghafal.Setelah Adila selesai study subjek sejarah,dia ingin menyiapkan exercise math.


"Kim,mathematic awak pro kan?". Tanya Adila.


"Eh! mana ada pro. keh keh keh". Kim menjawab sambil tergelak gigle.


"Awak tipu. Awak kan best student of mathematic".


"keh keh keh.Okay okay.Soalan mana yang awak tak paham?". Kim membantu Adila .


Pelajar yang berada di perpustakaan  memandang ke'arah mereka.Beberapa pelajar yang berada di perpustakaan menyangka kan bahawa Kim & Adila ialah kekasih.Tapi hakikatnya mereka hanya kawan biasa.Kim terlalu khusyuk study sehingga terlupa suatu perkara yang sedang menantinya.


Lalu Adila bertanya kan "awak selalu balik pukul berapa kim?".


"Saya selalu balik pukul 4 petang.kenapa?" jawab kim sambil memandang ke arah buku yang sedang dia study.

"Tapi sekarang dah 4.30 petang la kim.Terlupa nak balik ke?". Kata Adila sambil menunjukkan jamnya.


"Haaaaaaa?? Dah pukul 4.30.??? Biar betul Adila.? ". Kim terkejut apabila mendengarnya.


"Ye lah dah pukul 4.30.Tak caya tengok jam saya ini". Adila berkata sambil menunjukkan jam nya betul - betul di depan muka kim.


"Errgghhhhhh.!! Dah lambat ini.Mesti dia tengah tunggu aku sekarang ini". Kim berbicara sendirian.


"Eh! Kim.Kenapa mengelabah ini.Siapa 'dia' yang awak cakap kan itu?". Tanya Adila.


"G0t to go now.Bubye". Kim berlari meninggalkan perpustakan .


"Ke mana la agaknya Kim nak pergi itu.Siapa la 'dia' yang Kim sebut kan tadi itu yerk.hmmmm". Adila berasa hampa. Lalu Adila kemas table dan terus pulang ke rumah.


To be continued ........


Sempat ke Kim sampai ke tempat yang ditujui ? adakah gadis misteri itu menunggunya?

Tunggu Next Episode. peace v(^.^)

09 December 2011

Nama Saya Kim #4

*Jika anda terlepas Episode yang lalu :-



********************



Apabila kim buka buku itu,tiba - tiba ada sehelai kertas kelihatan masih baru di dalam buku komik tersebut.Kim mula hairan.Mengapa terdapat kertas di dalam buku.Lalu Kim membuka kertas tersebut.Dalam kertas itu telah tertulis 


If awak nak jumpa dan kenal siapa saya.
Esok datang di kedai buku yang awak beli buku ini
pada pukul 5 petang.

~Mystery girl~


Kim mula menjadi bingung memikirkan siapakah gadis yang menyelitkan surat di dalam buku komik itu.Kim memikirkan adakah surat itu ditujukan untuk dirinya.Kim terus membaca buku komik tersebut sambil memikirkan  isi surat tersebut.


Kring Kring Kring Kring Kring + I hate this love song ,  I hate this love song ,  I hate this love song........

Itu menandakan jam loceng nya dan alarm fon kim berbunyi.Kebetulan omma Kim lalu di hadapan biliknya.Lalu omma kim kejutkannya bangun dari tidur.

"kim bangun,girlfriend kamu datang ini". Helah omma kim.


"aahhhhhhh.apa ma?". Kim mamai.


"BANGUN.! girlfriend kamu datang tu."


"omma,kim mana ada girlfriend la". Jawab kim dalam keadaan mamai.


"Oops. kantoi sudah.Anak omma ini dah lupa ke yang hari ini kamu sekolah?"


"HAAAA!!! ye la, sekarang dah pukol berapa omma?". Tanya kim.


"Ha,tengok tu.Anak omma ini cepat sangat mengelabah.Baru pukul 7 pagi la kim". Jawab omma.


"Oh! ye ke. huu. Nasib baik baru pukul 7 pagi.Tapi Kim rasa macam Kim tidur terlalu lama". Kata Kim


"Semalam omma nampak kamu tidur sambil pegang buku komik tu.Mungkin kamu tertidur.Omma tak nak la ganggu kim masa tu.Sudah pergi la mandi".


"Baik Omma". Jawab kim sambil mencari - cari surat itu.


Kim mengambil surat itu dan terus simpan di dalam dompetnya.Kim terus menuju ke bilik mandi untuk menyegarkan dirinya sebelum ke sekolah.Sampai saja di sekolah,Kim masuk ke kelasnya.Di sekolah,Kim merupakan Ketua Tingkatan.Kim juga merupakan pelajar yang terbaik.Tidak pernah datang lewat ke sekolah.Malah dia juga menjadi perhatian para guru.


Tapi pada hari ini,Kim tidak fokus dalam sesi pembelajarannya.Kerana Kim masih memikirkan pasal isi kandungan surat tersebut.Pada waktu rehat,Kim menanyakan sesuatu pada sahabat baiknya iaitu Sukri James.


"Sukri,cuba lu baca surat yang gua dapat ini". Tanya Kim.


"Lu pergi je la kedai itu,mana tahu dia betul - betul nak jumpa lu ke". Kata Sukri


"Tapi gua tak kenal itu orang la.Mana tahu surat itu dah lama terselit dekat buku komik yang gua beli tu ke?". Kata Kim.


"Hmmm.Betul gak kata lu.Tapi better lu pergi la.Kalau lu tunggu sejam,orang tu tak tegur lu.Lu balik la". Sukri memberikan idea


"Hmmm...Tengok la dulu". Kim memikirkan idea yang Sukri bagi.




To be continued ........

*Nak tahu samada Kim pergi or tak  ke kedai buku tersebut. Tunggu Episode yang akan datang. peace v(^.^)