Boss Gua

Pages

Hot Drama

Showing posts with label cerita. Show all posts
Showing posts with label cerita. Show all posts

07 February 2012

Nama Saya Kim #10

*Jika anda terlepas Episode yang lalu :-


********************


Di sebuah rumah yang sunyi dan sepi.Tinggal sebuah keluarga. Hanya seorang bapa dan seorang anak perempuan.Ibunya telah pon meningal dunia semasa Ana Shiha Dilahirkan.Sehingga kini Ana telah dia besarkan oleh ayahnya.Selama 18 tahun  ayahnya membesar dan mendidik Ana.


Kini Ana sudah semakin dewasa.Ayahnya beranggapan bahawa Ana mungkin sudah pandai menjaga dirinya sendiri.Muka Ana mirip dengan wajah ibunya.Ibunya seorang yang cantik,baik dan kasar macam Awan Dania.Kini Ayahnya melepaskan rindu terhadap arwah dengan melihat wajah Ana dan tingkah lakunya  yang sama macam ibunya.


Knock! Knock! Knock!..Ana mengetuk pintu rumahnya.


"Saya sudah pulang". Kata Ana.


"Lambat kamu pulang Ana". Kata ayahnya.


"Jumpa kawan tadi. hehe". Jawab Ana.


"okay.Pergi mandi yerk.Dah nak malam ini". Kata ayahnya.


"Baik dad v(^.^)". jawab Ana sambil senyum membuat PEACE.


Beberapa jam selepas itu.


" Ana Oh Ana..turun makan.Ayah dah siap memasak ini ".Ayahnya memanggil Ana.


Ana Masih tidak turun.Lalu ayahnya pergi naik ke atas untuk menjenguk apa yang Ana sedang buat.


Knock! Knock! Knock!. Ayahnya mengetuk pintu bilik Ana.


Tiada suara yang menjawab.


"Ayah masuk yerk". Kata Ayahnya.


Kelihatan Ana sedang mengulakaji sambil memakai headphone mendengar lagu.Ayahnya mengelengkan kepala.Lalu ayahnya menanggalkan headphone dari kepala Ana sambil gelak "keh keh keh.".


"Apa ini ayah.Ayah ini jahat lorhhhh" . Ana bersuara manja.


"Dari tadi ayah panggil kamu turun makan.Tapi kamu tak jawab.Tu yang ayah naik". Kata ayahnya.


"Ooopss..! Maaf..hehe". Kata Ana sambil gelak gigle.


"Sudah. Jom kita makan dulu. Nanti lepas makan Ana sambung ulangkaji tadi okay". Kata ayahnya sambil membuat thumbs Up.


"Okay ayah". Kata Ana sambil membuat Thumbs Up juga.


Lalu mereka berdua turun ke bawah bersama.


"Dinner ayah masak apa ?". Tanya Ana.


"Malam ini ayah masam special punya untuk Ana anak ayah". Jawab ayahnya dengan penuh semangat.


Sampai saja di meja makan.Ana terkejot.Kelihatan banyak makanan/lauk yang terhidang di atas meja tersebut.


"Ada orang nak datang rumah ke ayah". Tanya Ana.


"Eh! tak ada siapa nak datang pon". Jawab ayahnya.


"Habis kenapa banyak sangat makanan ini". Tanya Ana lagi.


"Errrmmm.Ini semua ayah masakkan untuk Ana.Semua Makanan ini ialah makanan Favourite arwah ibu Ana". Jawab ayahnya.


"Oh!.Thankz ayah.Ana try habiskan v(^.^)". Kata Ana sambil membuat peace.

"Dah.Mari kita makan,nanti sudah sejuk,tak sedap pulak jadinya". Kata ayahnya.


" Mari ". Kata Ana dengan penuh semangat.


Kedua-dua kelihatan berselera sungguh menikmati hidangan tersebut.Walaupun Ana kurus.Tetapi Ana kuat makan orangnya.Tak sia-sia ayahnya menghabiskan masa untuk memasak hidangan tersebut untuk Ana.


"Sedap tak ayah masak?". Tanya Ayah.


"You Are The Best Dad v(^.^)". Jawab Ana sambil membuat peace.


"Sayang Anak Ayah ini.Lepas makan,pinggan biar dekat meja.Pergi basuh tangan then sambung ulang kaji tadi ye". Kata ayahnya.


Selesai sudah makan.Sebelum Ana naik ke atas,dia berjumpa ayahnya sebentar untuk memberitahu sesuatu.


"Ayah,Ana nak bagitahu something ini. Tapi ayah janji takkan marah yerk". Kata Ana.


"Ayah janji tak marah. cakap la". Ayahnya berjanji.


"Errrrmmm.Ana ada kawan baru". Kata Ana.


"Oh! bagus la tu. baik lelaki atau perempuan?" .Tanya ayahnya.


"Errrmm.. Dia Lelaki.". Jawab Ana dengan emosi ketakutan.


"Oh lelaki. Siapa nama dia?". Tanya Ayahnya lagi.


"Nama Dia KIM HEERUUL.Kawan yang Ana jumpa petang tadi". Jawab Ana.


"Owh.Ayah tak kisah kalau Ana nak berkawan dengan siapa.Asalkan anak ayah ini pandai jaga diri". Pesan Ayahnya.


"Thankz Dad. I love u ". Jawab Ana sambil memeluk ayahnya dengan penuh gembira..


Ayahnya hanya mampu tersenyum melihat Ana gembira.


"Ana nak naik atas.Nak sambung Study". Kata Ana.


"Okay. Jangan tidur lambat sangat ye". Pesan ayahnya.


"Baik dad =) ". Jawab Ana.


Lalu Ana bergegas menuju ke biliknya untuk menyambung ulangkaji.Macam biasa,apabila Ana study dia memakai headphone supaya tiada orang mengganggu'nya study.Sedang Ana tekun mengulangkaji,tiba-tiba meja'nya bergegar.


Ana terkejut.Ana ingatkan gempa bumi.Lalu dia melihat di sekeliling dinding biliknya tiada kesan gempa bumi.Frame gambar yang tergantung di dinding biliknya masih center.Ana berasa lega kerana yang tadi itu bukan gempa bumi.


Ana ternampak Fon miliknya mengeluarkan cahaya.Lalu Ana mengambil fon tersebut."hmmmm.Tadi ada orang call rupanya.Ingatkan gempa bumi la tadi.".Kata Ana sendirian.Ana pelik siapa pula malam-malam ini buat misscall.Lalu ana abaikan misscall tersebut.Ana terus menyambung ulangkaji.


Lima minit kemudian, Fon Ana bergetar lagi.Number tidak dikenali membuat panggilan.Ana pelik siapa pula yang rajin beno call dia malam-malam buta begini.Ana takut- takut nak answer panggilan tersebut.



To be continued ........



Nak tahu siapa yang call Ana ? Tunggu next episode.

13 December 2011

Nama Saya Kim #5

*Jika anda terlepas Episode yang lalu :-


********************



Krinngg Kringg Kringgg.

Loceng sekolah telah berbunyi.Itu menanda waktu persekolahan telah pun tamat pada hari tersebut."Apa la bunyi loceng sekolah aku ini,dah macam bunyi loceng basikal aku dengar.Haishh". Kim berbicara sendirian. Seperti biasa,selepas habis sekolah Kim biasanya menuju ke perpustaakan di sekolahnya.


"Hai kim,awak nak ke mana tu?" Sapa seorang gadis terhadap Kim.

Kim menoleh ke belakang. " Oh Adila,saya nak ke perpustakaan. Kenapa?".


"Awak pergi sorang saja kim? nak ikot buleh? ". Dila memujuk sambil membuat muka cute.


"Saya tak kisah kalau awak nak ikot.Boleh study sama - sama". Kim mengaru kepala.


"Terima Kasih kim". Adila gembira kerana Kim tidak menolak permintaannya.


Di perpustakaan Kim teramat khusyuk menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh gurunya.Adila pula,apabila membuat kerja mulut'nya pasti mengeluarkan suara.Katanya sambil menulis sambil menghafal.Setelah Adila selesai study subjek sejarah,dia ingin menyiapkan exercise math.


"Kim,mathematic awak pro kan?". Tanya Adila.


"Eh! mana ada pro. keh keh keh". Kim menjawab sambil tergelak gigle.


"Awak tipu. Awak kan best student of mathematic".


"keh keh keh.Okay okay.Soalan mana yang awak tak paham?". Kim membantu Adila .


Pelajar yang berada di perpustakaan  memandang ke'arah mereka.Beberapa pelajar yang berada di perpustakaan menyangka kan bahawa Kim & Adila ialah kekasih.Tapi hakikatnya mereka hanya kawan biasa.Kim terlalu khusyuk study sehingga terlupa suatu perkara yang sedang menantinya.


Lalu Adila bertanya kan "awak selalu balik pukul berapa kim?".


"Saya selalu balik pukul 4 petang.kenapa?" jawab kim sambil memandang ke arah buku yang sedang dia study.

"Tapi sekarang dah 4.30 petang la kim.Terlupa nak balik ke?". Kata Adila sambil menunjukkan jamnya.


"Haaaaaaa?? Dah pukul 4.30.??? Biar betul Adila.? ". Kim terkejut apabila mendengarnya.


"Ye lah dah pukul 4.30.Tak caya tengok jam saya ini". Adila berkata sambil menunjukkan jam nya betul - betul di depan muka kim.


"Errgghhhhhh.!! Dah lambat ini.Mesti dia tengah tunggu aku sekarang ini". Kim berbicara sendirian.


"Eh! Kim.Kenapa mengelabah ini.Siapa 'dia' yang awak cakap kan itu?". Tanya Adila.


"G0t to go now.Bubye". Kim berlari meninggalkan perpustakan .


"Ke mana la agaknya Kim nak pergi itu.Siapa la 'dia' yang Kim sebut kan tadi itu yerk.hmmmm". Adila berasa hampa. Lalu Adila kemas table dan terus pulang ke rumah.


To be continued ........


Sempat ke Kim sampai ke tempat yang ditujui ? adakah gadis misteri itu menunggunya?

Tunggu Next Episode. peace v(^.^)

09 December 2011

Nama Saya Kim #4

*Jika anda terlepas Episode yang lalu :-



********************



Apabila kim buka buku itu,tiba - tiba ada sehelai kertas kelihatan masih baru di dalam buku komik tersebut.Kim mula hairan.Mengapa terdapat kertas di dalam buku.Lalu Kim membuka kertas tersebut.Dalam kertas itu telah tertulis 


If awak nak jumpa dan kenal siapa saya.
Esok datang di kedai buku yang awak beli buku ini
pada pukul 5 petang.

~Mystery girl~


Kim mula menjadi bingung memikirkan siapakah gadis yang menyelitkan surat di dalam buku komik itu.Kim memikirkan adakah surat itu ditujukan untuk dirinya.Kim terus membaca buku komik tersebut sambil memikirkan  isi surat tersebut.


Kring Kring Kring Kring Kring + I hate this love song ,  I hate this love song ,  I hate this love song........

Itu menandakan jam loceng nya dan alarm fon kim berbunyi.Kebetulan omma Kim lalu di hadapan biliknya.Lalu omma kim kejutkannya bangun dari tidur.

"kim bangun,girlfriend kamu datang ini". Helah omma kim.


"aahhhhhhh.apa ma?". Kim mamai.


"BANGUN.! girlfriend kamu datang tu."


"omma,kim mana ada girlfriend la". Jawab kim dalam keadaan mamai.


"Oops. kantoi sudah.Anak omma ini dah lupa ke yang hari ini kamu sekolah?"


"HAAAA!!! ye la, sekarang dah pukol berapa omma?". Tanya kim.


"Ha,tengok tu.Anak omma ini cepat sangat mengelabah.Baru pukul 7 pagi la kim". Jawab omma.


"Oh! ye ke. huu. Nasib baik baru pukul 7 pagi.Tapi Kim rasa macam Kim tidur terlalu lama". Kata Kim


"Semalam omma nampak kamu tidur sambil pegang buku komik tu.Mungkin kamu tertidur.Omma tak nak la ganggu kim masa tu.Sudah pergi la mandi".


"Baik Omma". Jawab kim sambil mencari - cari surat itu.


Kim mengambil surat itu dan terus simpan di dalam dompetnya.Kim terus menuju ke bilik mandi untuk menyegarkan dirinya sebelum ke sekolah.Sampai saja di sekolah,Kim masuk ke kelasnya.Di sekolah,Kim merupakan Ketua Tingkatan.Kim juga merupakan pelajar yang terbaik.Tidak pernah datang lewat ke sekolah.Malah dia juga menjadi perhatian para guru.


Tapi pada hari ini,Kim tidak fokus dalam sesi pembelajarannya.Kerana Kim masih memikirkan pasal isi kandungan surat tersebut.Pada waktu rehat,Kim menanyakan sesuatu pada sahabat baiknya iaitu Sukri James.


"Sukri,cuba lu baca surat yang gua dapat ini". Tanya Kim.


"Lu pergi je la kedai itu,mana tahu dia betul - betul nak jumpa lu ke". Kata Sukri


"Tapi gua tak kenal itu orang la.Mana tahu surat itu dah lama terselit dekat buku komik yang gua beli tu ke?". Kata Kim.


"Hmmm.Betul gak kata lu.Tapi better lu pergi la.Kalau lu tunggu sejam,orang tu tak tegur lu.Lu balik la". Sukri memberikan idea


"Hmmm...Tengok la dulu". Kim memikirkan idea yang Sukri bagi.




To be continued ........

*Nak tahu samada Kim pergi or tak  ke kedai buku tersebut. Tunggu Episode yang akan datang. peace v(^.^)

22 November 2011

Nama Saya Kim #3

*Jika anda terlepas Episode yang lepas :-
**************


"Kenapa awak nak tutup muka pulak" Kata kim heeruul.

"Errrr"
perempuan itu speechless.

"Apa awak buat kat sini". Kim heeruul bertanya dengan penuh kesabaran.

"Eh! Suka hati saya la nak buat apa kat sini.Yang awak sibuk kenapa?". Perempuan itu jawab dengan penuh emosi.

"Errmmm.Kalau macam itu tak apa lah.Btw,Saya teringin nak tahu nama awak & Umur awak" .Kim telah mulakan rentaknya.

"Ahhh! yang awak sibuk nak tahu pasal saya ini kenapa ha,Awak pergi jauh - jauh sana.Buat semak je kat sini". Kata - kata perempuan tersebut se'akan tidak mahu di ganggu.

"hmmm.Kalau macam itu tak apalah.Saya mahu pergi rak belakang,nak cari buku.Hope can see u again". Kim berundur diri dengan hati yang tabah.


"Okay.Bagus la tu.Pergi main jauh - jauh.Kacau orang membaca saja". Perempuan itu cuba menyindir kim.



Tanpa membuang masa kim bangun dan terus menuju ke rak belakang untuk mencari buku komik yang dia nak beli itu.Sampai saja di tempat yang ditujui,Kim terus mencari buku komik itu.Cari punya cari,Kim tidak jumpa buku komik tersebut.Lalu dia menanyakan sesuatu kepada seorang pekerja yang berada di sekitar kawasan itu.


Pekerja tersebut juga tidak tahu sama ada buku itu ada atau tidak.Kim berasa hampa.Kim merasakan macam sia - sia saja dia redah hujan semata - mata nak beli buku komik itu.Tapi dalam masa yang sama,dia gembira sebab dapat jumpa gadis tersebut.



"Weyh!! Tepi sikit boleh tak !!"
perempuan tersebut lalu sambil melanggar bahu kim.

"Eh ! awak lagi".
  Kim terkejut

"awak susah ke kalau saya ada kat sini ?.Yang awak pulak,buat apa dari tadi dekat sini je?". Kata perempuan itu

"Saya cari buku komik.Buku itu tinggal satu je kat sini.Tapi dah ada orang amek.hmm". Kim jawab dengan penuh rasa hampa.

"Maksud awak buku komik yang saya pegang ini". P
erempuan tersebut kata sambil menunjukkan buku komik itu.

"A'ah buku komik itu la.Macam mana boleh ada dekat awak pulak?". Kim mula rasa gembira.

"Saya dah agak dah awak mesti nak beli buku yang saya pegang ini punya.Tapi memang awak takkan dapat la". Perempuan tersebut tak nak berikan buku komik itu.

"Tapi saya yang tempah dulu.Jadi saya la pemilik buku tersebut". Kim tidak mahu mengalah.

"WAh! banyak cantik.!! awak tempah,tapi awak belum bayar lagi.So ia bukan milik awak.Tapi kalau awak nak sangat buku ini,awak ambil lah!!!!". Perempuan itu membaling buku komik tersebut ke arah kim.




Perempuan itu terus berlari keluar dari kedai tersebut.Kim rasa bersalah.Semasa perempuan itu berlari keluar,Kim ternampak air mata perempuan itu mengalir.Kim serba salah kerana mengambil buku komik  daripada perempuan itu.


Kim terus menuju ke kaunter cashier untuk membayar buku tersebut.Cashier itu memerli kim "lu berebut buku ini dengan perempuan ke.hihi".Kim hanya mampu tersenyum saja dengan usikkan itu.Kim abaikan kata- kata cashier tersebut kerana di kepala kim hanya fikirkan kesalahannya terhadap perempuan itu.Lepas je selesai membayar,Kim menuju pulang ke rumah.


Sampai saja di rumah,kim cepat - cepat mandi .Kim takut di jangkiti demam sebab tadi kim redah hujan.Selesai saja mandi,Kim lihat buku yang dibelinya sebentar tadi.Lalu dia ambil buku tersebut dan terus baring ke atas katil.


Apabila kim buka buku itu,tiba - tiba ................


To be continued.


**************



kenapa perempuan tu ego gila..eee..gua geram gila.even gua yang cipta cerita ini..

18 November 2011

Nama Saya kim.

*more feel.play lagu ini




Kring Kring Kring. Loceng sudah berbunyi,menandakan waktu pulang dari sekolah telah tiba.




Seorang perempuan yang tidak pasti identiti sebenarnya telah keluar dari kawasan sekolah sambil menaiki basikal.Tiba - tiba rantai basikalnya longgar lalu tersangkut di celah - celah "perewel - gerigi tayar belakang".

"Ouchh..Time - time ini la ko nak rosak yerk basikal..errrrghhh.." Perempuan itu mengeluh.

Cuaca pada waktu itu agak panas.Perempuan itu  memikirkan cara penyelesaian untuk membaiki basikalnya.Namun tidak berjaya.Perempuan itu takut tangan nye kene minyak hitam itu.Dia nak tolak pon sudah tak boleh sebab  rantai tu dah tersangkut.



"hmmm..panasnya".Perempuan itu mengeluh.


Tetiba datang seorang lelaki mengelap peluh yang terdapat di dahi perempuan itu dengan kain.


"Eh,apa awak buat ini".tanya perempuan itu

"Ermmm.Maaf la.Dari tadi saya usha awak." lelaki itu jawab dengan muka yang agak blushing.


"apa ini usha - usha.kenapa usha - usha saya ha ?. nak makan kaki ke ?" perempuan tersebut bernada marah.


"Relax ar.Saya usha sebab saya tengok dari tadi awak macam ada masalah je.tak pa biar saya tolong" jawab laki tersebut.


"ohh.kamsahanida" perempuan itu jawab bersama perasaan yang malu.





lalu lelaki itu menolong perempuan itu membaiki basikalnya.Tak sampai 10 min lelaki itu dapat membaiki basikal perempuan tersebut.Kelihatan perempuan tersebut agak gembira selepas basikalnya telah pulih.


"Kamsanida" kata perempuan tersebut.

"cheomanayo" jawab lelaki tersebut.

"Btw,nama awak apa" perempuan tu menanyakan lelaki itu.

"ermmm..nama sa sa ya kim. Kim HeeRuuL..Nama awak pula?" jawab lelaki itu.


"nama saya?, rasanya awak tak perlu la tahu nama saya.okay la saya dah lambat ini.nak balik ke rumah..thankz ya.nice to meet you si comel".Kata perempuan itu.

"Ehh.nanti nanti" kata lelaki itu.


Kim heeruul mula tertanya - tanya siapakah nama perempuan tersebut.Lalu ia berdoa supaya dapat bertemu perempuan itu lagi..