Boss Gua

Pages

Hot Drama

Showing posts with label komik. Show all posts
Showing posts with label komik. Show all posts

22 November 2011

Nama Saya Kim #3

*Jika anda terlepas Episode yang lepas :-
**************


"Kenapa awak nak tutup muka pulak" Kata kim heeruul.

"Errrr"
perempuan itu speechless.

"Apa awak buat kat sini". Kim heeruul bertanya dengan penuh kesabaran.

"Eh! Suka hati saya la nak buat apa kat sini.Yang awak sibuk kenapa?". Perempuan itu jawab dengan penuh emosi.

"Errmmm.Kalau macam itu tak apa lah.Btw,Saya teringin nak tahu nama awak & Umur awak" .Kim telah mulakan rentaknya.

"Ahhh! yang awak sibuk nak tahu pasal saya ini kenapa ha,Awak pergi jauh - jauh sana.Buat semak je kat sini". Kata - kata perempuan tersebut se'akan tidak mahu di ganggu.

"hmmm.Kalau macam itu tak apalah.Saya mahu pergi rak belakang,nak cari buku.Hope can see u again". Kim berundur diri dengan hati yang tabah.


"Okay.Bagus la tu.Pergi main jauh - jauh.Kacau orang membaca saja". Perempuan itu cuba menyindir kim.



Tanpa membuang masa kim bangun dan terus menuju ke rak belakang untuk mencari buku komik yang dia nak beli itu.Sampai saja di tempat yang ditujui,Kim terus mencari buku komik itu.Cari punya cari,Kim tidak jumpa buku komik tersebut.Lalu dia menanyakan sesuatu kepada seorang pekerja yang berada di sekitar kawasan itu.


Pekerja tersebut juga tidak tahu sama ada buku itu ada atau tidak.Kim berasa hampa.Kim merasakan macam sia - sia saja dia redah hujan semata - mata nak beli buku komik itu.Tapi dalam masa yang sama,dia gembira sebab dapat jumpa gadis tersebut.



"Weyh!! Tepi sikit boleh tak !!"
perempuan tersebut lalu sambil melanggar bahu kim.

"Eh ! awak lagi".
  Kim terkejut

"awak susah ke kalau saya ada kat sini ?.Yang awak pulak,buat apa dari tadi dekat sini je?". Kata perempuan itu

"Saya cari buku komik.Buku itu tinggal satu je kat sini.Tapi dah ada orang amek.hmm". Kim jawab dengan penuh rasa hampa.

"Maksud awak buku komik yang saya pegang ini". P
erempuan tersebut kata sambil menunjukkan buku komik itu.

"A'ah buku komik itu la.Macam mana boleh ada dekat awak pulak?". Kim mula rasa gembira.

"Saya dah agak dah awak mesti nak beli buku yang saya pegang ini punya.Tapi memang awak takkan dapat la". Perempuan tersebut tak nak berikan buku komik itu.

"Tapi saya yang tempah dulu.Jadi saya la pemilik buku tersebut". Kim tidak mahu mengalah.

"WAh! banyak cantik.!! awak tempah,tapi awak belum bayar lagi.So ia bukan milik awak.Tapi kalau awak nak sangat buku ini,awak ambil lah!!!!". Perempuan itu membaling buku komik tersebut ke arah kim.




Perempuan itu terus berlari keluar dari kedai tersebut.Kim rasa bersalah.Semasa perempuan itu berlari keluar,Kim ternampak air mata perempuan itu mengalir.Kim serba salah kerana mengambil buku komik  daripada perempuan itu.


Kim terus menuju ke kaunter cashier untuk membayar buku tersebut.Cashier itu memerli kim "lu berebut buku ini dengan perempuan ke.hihi".Kim hanya mampu tersenyum saja dengan usikkan itu.Kim abaikan kata- kata cashier tersebut kerana di kepala kim hanya fikirkan kesalahannya terhadap perempuan itu.Lepas je selesai membayar,Kim menuju pulang ke rumah.


Sampai saja di rumah,kim cepat - cepat mandi .Kim takut di jangkiti demam sebab tadi kim redah hujan.Selesai saja mandi,Kim lihat buku yang dibelinya sebentar tadi.Lalu dia ambil buku tersebut dan terus baring ke atas katil.


Apabila kim buka buku itu,tiba - tiba ................


To be continued.


**************



kenapa perempuan tu ego gila..eee..gua geram gila.even gua yang cipta cerita ini..

20 November 2011

Nama Saya kim #2

*Kepada yang belum baca yang sebelum punya.Anda kena baca " Nama Saya Kim #1 "



Hujan sedang renyai -renyai.Kelihatan pelangi 7 warna telah muncul.Sebelum hujan itu kim bertekad untuk membeli buku komik.kim berkata dalam hati "hujan dah tak lebat ini,redah je la.Dah renyai ini".Kim berlari menuju ke kedai buku MPH yang berhampiran rumahnya.


"Nasib baik hujan dah tak lebat".Lalu kim terus menuju ke kaunter bayaran dan menanyakan sesuatu kepada cashier itu "bro,buku komik yang gua tempah tu ada lagi tak?" .Bro itu jawab dengan muka baru lepas bangun tidur "Tadi masa gua kemas - kemas gua tengok tinggal 1 je.Tak pasti la dah ada orang beli ke blom,cuba lu pi tengok kat rak belakang itu".


Tanpa membuang masa kim terus menuju ke belakang untuk memastikan komik itu masih ada.Semasa menuju  ke belakang,tiba - tiba kim terjatuh "errrgghhh" .Kim bersama emosi kemarahan mengatakan sesuatu


"Weyh! kalau nak baca buku free pon duduk la bersila.Yang ko tak reti nak bersila ini pehal?.Nie nasib baik aku yang jadi mangsa ko.kalau orang lain,mungkin ko dah kena" .


Perempuan itu menjawab sambil membaca komik tersebut tanpa menghirau kan kata - kata kim


"ko yang jalan pandang ke mana.Ko nak salah kan aku duduk salah pulak?"



Kim bertambah emosi lalu dia merampas buku tersebut.Tiba - tiba sesuatu yang mengejutkan telah berlaku.



"eh! aw aw awak rupanya.Awak la gadis basikal itu hari kan" kim gagap.


"Oops." Perempuan itu blushing.pipi dah pink.




Lalu perempuan itu terus merampas buku komik yang dia baca sebentar tadi untuk menuntup mukanya.



To be Continued......