Boss Gua

Pages

Hot Drama

18 May 2011

Dugaan Hari Pertama Bekerja

Assalamualaikum.



Anneyong Haseyo.



Hari ini 12/5/2011  Letih yok kerja.Huh.!..Paling ketara kaki la..Lenguh gila.Aku punya kerja tak boleh nak duduk pulak..errrggh...Dah lama tak kerja,macam ini la jadi nya..haish.sabor je la..



Pagi tadi nasib aku tak terlewat pergi kerja.Entah aku mimpi apa tiba-tiba aku terus terbangun..kelam kabut di buat nye..Dengan fon aku cari tak jumpa (fon jatuh bawah katil).Aku terus pergi depan tgk jam Astro pukol 7.30am..Damn dah lambat.Siap-siap terus gerak..



On the Way bustop,Aku nampak Bus dah sampai.Aku terus lari..Nasib dia tak jalan lagi time tu.Sudah sampai tempat kerja,Semalam HR pesan suroh tunggu depan office sebab nak Snap Picture.Pagi tadi sampai je tempat kerja,aku terus pergi Office.Bab Snap-snap Picture ini aku suka.^^



Apabila turn  aku nak di'snap picture,battery pulak habis..hmmm..Aku dah senyum sampai HR kata ala-ala comel nya kamu senyum.Sekali dia click snap,Battery low..hmm..sadis..Dugaan betul..Dugaan yang paling mencabar la kan,Apabila HR Memperkenalkan Department setiap floor.Sampai Kat floor Ladie's,sumpah Aku malu lalu situ,kiri-kanan sume perempuan.





Aku malu bukan sebab apa,Aku malu sebab Lalu tempat Bra / Coli / Ehem-ehem...HR boleh plak kata kat aku "jangan nak malu-malu,nanti dah kahwin tengok jugak"...Aku fikir-fikir balik,betul gak apa yang dia kata tu.keh keh keh..Pastu aku di'hantar ke department aku,Dekat mana?..Tak boleh bagitahu..rahsia..=P..Hari pertama kerja,confirm-confirm kene buat muka ketat...Bluurrrr tak tahu nak buat apa.Tercangok tengok orang buat kerja.





Time rehat la aku sadis sangat.Tapi aku sadis dalam hati.Confident semalam pergi check duit kat atm ada Rm10 something.Time rehat tu aku berniat nak cucuk duit,dalam Wallet aku ada Rm3 je.Asal nya aku bawa Rm5,Rm2 bayar tambang bus,tinggal la Rm3.Time cucuk duit tu,aku tanpa melenggah kan masa aku terus click perngeluaran tunai > lain-lain > Rm 10.00 > "maaf akaun anda tidak mencukupi" > pertanyaan baki > Rm10.43..Aku baru teringat nak keluar duit dari atm lain kene transaksi Rm1..



Aku card atm RHB bank..RHB memang tak boleh keluar Rm10..Tu yang aku cucuk guna atm CIMB ..hmmmm..Dengan rasa kecewa,Aku tak makan time rehat tu..Aku duduk Depan office makan angin air-cond je..Nanti kalau aku guna Rm3 itu,Takut tak balik rumah pulak..Tambang tak ada..







Macam ni La reaction aku time tu.






Hope dugaan sebegini tidak berlaku lagi...amin..^^



Aku chow lu..Lenguh yok..

16 May 2011

Terima kasih kepada mereka

Assalamualaikum.

Anneyong haseyo..

Sedia maklum setiap tahun para pelajar dan guru-guru akan menyambut Hari Guru iaitu pada 16 mei.Slogan or moto Hari Guru Pada tahun ini ialah Guru Penjana Tranfomasi Pendidikan Negara.Kalau salah tolong betul kan yaw.Maklum la aku ini pon dah lama tak jejak kaki ke sekolah.Hampir Setahun aku meninggalkan alam persekolahan.

Pada hari guru tersebut,para pelajar akan memberi kan hadiah terutama pelajar sekolah rendah / kebangsaan *tak semua pelajar..Yang sekolah menengah ini jarang nak bagi hadiah.Maybe ada yang saving duit sikit untuk Topup ke kan..keh keh keh..

Hadiah yang paling hot yang cikgu dapat pada zaman sekolah rendah aku since 2003 / 04 ialah Perfume yang bentuk bunga ros tu.Sehari sebelum hari guru,budak-budak semua pergi cari pasar malam nak beli perfume tu.Sebab kat pasar malam je yang ada jual.Ye la nak beli kan untuk Guru Kelas dan Guru Favorite la kan.hehehe..



lebih kurang dalam Rm8 - Rm 10 la..lupa dah..sekarang dah tak ada jual.


Masuk je Alam remaja,aku dah kurang nak bagi-bagi hadiah ini.Bukan saving duit.Tapi semua cikgu yang kata mereka tak nak hadiah tapi mereka nak tengok kami semua berjaya,itu lah hadiah yang cikgu nak dari kamu semua.Mulia sungguh hati Cikgu ini.


Pada hari guru inilah kita dapat tengok semua cikgu bergembira melakukan aktiviti sukan.keh keh keh..Aku suka usya cikgu perempuan punya game..Memang Daebak la.Susah wo nak tengok cikgu perempuan gelak-gelak , senyum-senyum..Selalu muka ketat je macam datang bulan.Pastu ada yang sexy gak.Hari itu juga semua guru tidak memegang rotan.Cikgu-cikgu lelaki terserlah kesengalan mereka yang selama ini mereka sorokkan.Tapi hari tu memang special la..keh keh keh..


Setiap murid mesti ada guru favorite masing - masing kan.Tipu la kalau tak ada.Aku start Form 4 baru ada cikgu favorite..Time form 4 and 5 tu aku ketua kelas.Aku adalah pelajar yang d'sayangi d'kelas..hehe..untung jadi ketua kelas ini.Time tu aku kelas ke-6 dari 12 kelas.amek cos Kesusteraan .Kelas ke-6 tu..jauh tu..tapi kedudukan peperiksaan dalam kelas,aku  num 1 ~ 10 ..pelajar yang lepas sepuluh tu semua mat rempit,termasuk perempuan sekali..Aku bukan mat rempit ok..kadang-kadang naik kadang-kadang turun..


Subjek kegemaran aku pada masa itu mathematic.Mathematic aku num 1 kat kelas..Tak pernah gagal..Guru Favorite aku pon cikgu math la time aku form 4 cikgu tu nama dia Puan Siew (cina),dia dah pindah.Masa  Form 5 lak nama cikgu math aku Puan Irene (sabah).Dedua cikgu math ini support aku,mereka bagi buku latihan free-free je kat aku.Dan mereka cakap "walaupun kamu kelas belakang,tapi kamu punya math setaraf dengan kelas depan malah budak kelas depan ada yang lebih teruk dari kamu".




Matrices Form 5 ..senang score ini..



Budak-budak lain jeles..Siapa tak jeles.Aku tengok kawan perempuan aku dapat buku latihan sastera free dari cikgu favorite dia pon aku jeles.Kira semua cikgu matapelajaran aku ada student favorite masing--masing la..Result SPM math aku B+ je.Tak dapat A pon.sadis.


Semua cikgu aku sayang.Tak kisah la yang mengajar aku ke tak.Tapi mereka tetap guru kita.kalau nak berjaya, kita kene hormat kepada semua guru,walaupon guru itu tidak mengajar kita.Baru la berkat nanti.


Terima kasih , Kamsahanida , thank you kepada Semua guru-guru tadika kemas(1998) ,Sekolah kebangsaan TDH(1999 ~ 2004) dan Smk TDH (2005 ~ 2009) kerana memberi tunjuk ajar yang baik dan menjadikan saya seorang yang berguna.


SELAMAT HARI GURU

15 May 2011

Cuci Mata

Pada Hari Sabtu yang lepas,aizat Dan maya ber'dating di KLCC.Wowww...Ini Kali pertama Aizat Turun KLCC.Maya Dah Banyak kali pergi KLCC dengan family.Aizat ini Tak suka hang out jauh-jauh,hang-out jauh penat.


Mula-mula mereka menuju ke Dataran Merdeka.Dekat dataran merdeka mereka jalan-jalan ambil angin.Macam biasa kalau aizat tak snap 1 picture memang tak sah.Aizat snap banyak-banyak lak tu.Maya mula tension.







Maya berkata "Kenapa awak ini Suka syok sendiri pergi tangkap gambar sorang-sorang,pastu tinggal kan saya kat belakang"..Aizat menjawab " ala awak,Saya bukan selalu datang sini,nie kan 1st time dating dengan u Kat KL.


Lalu maya mengajak aizat pergi ke tempat maya dengan family nya selalu shopping.Dekat KLCC ramai OM putih.Kadang-kadang ada yang sexy..ada yang muka merah,tak tahu la kenapa merah,malu-malu kot.

Hampir nak sampai Suria KLCC itu,Tiba-tiba Aizat bercakap sendirian, " WAh cantiknya,Dah la tinggi..Besar pulak itu "...Maya terdengar percakapan aizat td."Awak puji perempuan mana tu ? tahu la ramai om putih kat sini,mata tu jaga yerk..Nanti Piyat telinga tu baru tahu."


Lalu aizat berkata " Eh,mana ada saya puji perempuan..Awak ini cepat betul salah faham yerk.I tengok KLCC tu Cantik..Tinggikan,pastu besar pulak tu.."...Maya nak cover line dia jawab " Oh ye ke,Tak kira nak piyat gak telinga tu hehe.."



Macam-macam mereka shopping..Tukang type entry pon jeles..keh keh keh...yang pasti maya memang terbaik..manja..hehe..


P/s : Aku memang suka buat cerita sweet-sweet..tak tahu kenapa..hehe

11 May 2011

Orentasi Staff Baru

Assalamualaikum.

Anneyong haseyo.

Hari ini adalah hari yang memenatkan aku.Aku bangun awal pagi pukol 7am,pastu tidur balik.Normal la..semua orang penah buat macam itu kan..Baik korang mengaku..keh keh keh..Pukol 7.30 aku bersiap-siap.

Mesti korang tertanye-tanye kan budak kim ini bangun awal tidur balik ini nak pergi mana..Sebenarnya aku masuk kerja hari ini 11/5/2011.Tarikh cun,pengulangan number 1..Tu yang aku kene bangun awal.1st day aku kerja,kene la tunjuk kelakuan yang baik seperti datang awal & kemas.Takkan la 1st day kerja Dah buat hal..Nanti rezeki tak berkat beb.

Tapi sentiasa datang awal ke tempat kerja itu perlu di'amalkan la.Ada Allown attendent tu.Rugi la kalau selalu datang lambat.Nanti allown attendent kene potong..Kan dah tak masyuk..Aku sebuk cerita pasal kerja sampai terlupa nak kasi tahu.Aku berkerja di Jusco..Jusco mana?..hmmm tak leh bagitahu la..Mana la tahu tiba-tiba ada orang tak puas hati dengan aku nanti , dia sanggup cari aku kat tempat kerja semata-mata nak tumbuk aku...

Pandai-pandai la korang pikir kat mana..
Tapi aku betul-betul kerja kat tempat dalam gambar ini




Aku ingat kan Masuk University je ada orentasi.Nak masuk kerja pon ada orentasi.Memang ngantuk la.Tapi HR tu spoting gila.Perempuan plak tu,memang cun.Kurang la ngantok aku..Malang nya dia sudah berkahwin.aiyooo..Orentasi ini kira macam training.Kasi info about bila jusco di'tubuhkan,peraturan,masa,gaji,dan sebagainya.


Pastu kene jawab exam.Perrh...dah macam sekolah plak.....Ada exam bagai..Sebenarnya dia buat exam tu,dia nak lihat sama ada kita betul-betul paham dengan apa yang dia terangkan @ tak.itu je.yang penting aku tiru tadi..haha..


Aku dapat info berguna,Selama ini aku shopping je kat Jusco,tapi tak tahu pon siapa yang mendirikan jusco..Aku baru tahu yang Jusco diasaskan oleh jepun.patut la banyak makanan jepun & baju pon ada ala-ala style jepun.Terbaik!!.

Satu lagi lupa nak bagi tahuAku pegang jawatan sale assistant je.Tak tinggi pon jawatan tu.Sementara aku nak tunggu Sesi pengambilan masuk U dia buka,baik aku kerja.Sebelum ini Aku dah ada basic jadi Sale assistant ini..orang kata expirience.Hope aku tak kekok la nak melayan customers yang pelbagai kerenah.


hope perkejaan aku ini di'berkati oleh allah.amin...=)

okay la guys...Aku nak rest,letih gila....Jemput-jemput la singgah sahur & berbuka di JJ yaw..^^

10 May 2011

You Jump ! I Jump !

Pada malam yang gelap kesunyian.Kelihatan langit tiada cahaya bintang.Bulan pula ditutupi oleh awan yang hitam.Itu menandakan bumi bakal di'basahi oleh air hujan.Tapi belum hujan lagi.Hembusan angin yang agak kedinginan pada malam itu,telah membuat kan diri aku ini sangat tenang.

Tiba-tiba handfon Aizat berbunyi.Aizat amat gembira..Kerana kekasih hatinya maya yang membuat panggilan.


Play lagu ini..Ambil mood...Kalau dah habis..Please Play again..



Hello maya,Ada apa call aizat malam-malam ini..Maya call sebab nak jumpa aizat malam ini,boleh?.Aizat kebingungan kerana maya ingin bertemu dengan aizat pada waktu malam..Boleh je maya,tapi kat mana kita nak jumpa?.Kita jumpa kat tempat biasa tasik dekat belakang rumah maya,boleh.?..Baiklah maya,tepat pukol 11 malam aizat sampai..


Lalu,dengan pantas aizat bersiap-siap.Setelah siap,aizat bergegas pergi ke tasik..Takut terlewat.Aizat seorang yang menepati janji.Sampai saja di tasik,kelihatan maya tidak sampai lagi..Aizat menunggu maya sambil membaling batu ke tasik.


Tiba-tiba aizat mendengar suara perempuan menangis.Aizat seperti seakan-akan kenal tangisan itu.Itu tangisan maya.Dalam hati aizat "kenapa maya menangis".Lalu aizat pergi ke tempat maya dan bertanya "kenapa awak menangis".Maya jawab dengan nada yang marah "saya menangis semua sebab awak".


Aizat kebingungan " sebab saya?,apa salah saya maya".Lalu maya berkata "awak  yang menyebabkan saya cintakan awak dan sekarang awak juga lah yang menyebabkan saya terluka"...Aizat semakin blurrr " cube cerita apa salah saya,kalau betul-betul saya yang bersalah,saya minta maaf sangat-sangat"...


Maya menangis sambil menjawab pertanyaan aizat "siapa perempuan yang bernama aina di facebook awak tu.?..Saya tengok kat wall awak penuh dengan post dia,siap panggil u abang lagi.Awak jangan main-main dengan saya,nanti saya terjun dalam tasik.".




Aizat tersenyum apabila mendengar kata-kata maya tadi "awak nak terjun dalam tasik?..terjun la.ingat saya nak ikut awak terjun".Maya terkejut apabila mendengar kata-kata aizat tadi "awak tak sayang saya ke aizat,sampai hati awak tak halang saya.Awak tak nak halang saya sebab kalau saya mati nanti,awak boleh la couple dengan si aina,macam tu..Sampai hati awak." maya tersebak..


Aizat menjawab "Sekarang ini siapa yang tak sayang siapa..?...awak yang tak sayang saya..awak yang nak terjun tinggal kan saya..Lagi 1,Aina itu adik tiri saya.Jangan la cepat salah faham dan fikir yang bukan-bukan.Saya sayang awak.i promise someday I will marry you"..


Tiba-tiba maya berhenti menangis..Lalu dia tersenyum blushing bagai.Pipi maya kemerah-merahan.dia memberitahu dekat aizat sesuatu "aizat,maafkan saya..Sebenarnya saya dah tahu yang aina itu adik tiri awak.saya dah pernah chatting dengan dia..Dan saya saja nak uji awak.sorry"(mengucap dengan nada yang manja)...


Aizat dengan manja nya cubit pipi maya sambil berkata " nakal nye buah hati saya ini..cubit pipi tu."..Maya terus berlari untuk mengelak dari kene cubit pipi.Aizat dengan romantik nya mengatakan " maya malam nie sejuk kan.jom balik..i hantar u balik .hari nak hujan la.."...Maya menjawab "jom la balik.sejuk dah ni".


*******************************
moral of the story :-
  • Dilarang berdua-duaan di tempat yang tiada orang.
  • Jangan cuba untuk membunuh diri.
  • Jangan menjanjikan sesuatu pekara yang kita tidak mungkin akan tepati.
  • jangan mudah salah faham dan bersangka buruk.

Sorry kalau entry ini terlalu panjang dan mengarut.Saja buat cerita panjang-panjang.
Esok aku Dah start kerja.Tu yang buat entry panjang-panjang.Maybe lepas ini dah kurang mengadap bende ini.Kalau ada masa aku try update something.

09 May 2011

Before HairCut..

Assalamualaikum.

anneyong haseyo.

Semalam 8 may 2011 pada pukul 8.30 malam.
aku panas gila.Bukan panas yang nak kesejukkan.Tapi panas yang bengang.Semalam aku dah ready bersiap nak pergi Haircut kat saloon U3 hairstyle.Dekat Sri manja square.ada yang tahu ke?...Tak tahu tak apa la.

Kat situ memang tempat aku selalu haircut la.Kira aku ni pelangan tetap.Sebelum aku nak pergi kedai itu.Aku pergi Atm,nak cucuk duit.

Damn.!!.."urusan anda di'batalkan"

Tak boleh keluar duit.Memang bengang gila la aku.Aku dah semangat nak gi haircut.Ada masalah pula.Sabar je la..Aku dengan patah semangat nya , balik la rumah.Baring..Layan Pokemon Master Quest yang ada dalam lappy aku ni..








Gambar sebelum haircut.
Gambar paling Latest aku.
Di capture pada 2 may 2011.
Dekat Fitting room JJ Bukit Tinggi
Aku tengah test baju tu.Alang-alang snap la sekali..keh keh keh..


To be continued.......

*nak tahu kisah after haircut?...Nanti kan..=)

08 May 2011

Sila Ubah Perangai tu

Assalamualaikum.

Anneyong haseyo.

Hari ini aku nak Complain sikit.Nak complain apa?.Complain pasal blog.Bukan sebab entry tak bagus ke apa.Sebab lain.Sepanjang aku berblogging,aku penah buat bende ini.Maklumlah blogger baru.Mana tahu apa-apa about setting ini.Manusia tak lari dari membuat kesilapan.

Tengok tajuk aku macam nak tumbuk orang kan.kah kah kah..tak ada la.Bukan suruh ubah perangai la.Aku nak korang ubah something..Dulu masa aku mula-mula blogging pon aku ada buat gak kesalahan ini.Tapi alhamdulillah,ada orang telah memberi tunjuk ajar kepada aku.Aku terus ubah kesilapan aku itu.


Nak tahu kesilapan aku aku ape?..kesilapan membuat Verification word pada komen & komen box tak Pop-up.


Yang ini tak Pop-up                                               yang ini Pop-up Tapi ada verification




alhamdulillah aku dah ubah setting baik punya.Dah tak ada benda-benda itu semua.Sepanjang aku blogwalking,aku lihat masih ada lagi orang yang letak verification word & komen box tak Pop-up.Maybe mereka blogger baru.Tapi kalau blogger yang dah lame tu tak perasan kewujudan bende ini,sila peka dan ubah yerk..hehe..Aku bukan nak berlagak ke apa..bende ini ada keburukkan.



Antara keburukkan nya ialah :-

1.elok-elok orang itu nak komen,terus tak jadi nk komen,sebb ad verification word.ia menyusahkan orang komen or agak membuang masa nak menaip verification tu.

2.bagi komen box tak pop-up,kalau internet orang tu slow,dia dah comment pastu bila dia click post komen,kene tunggu loading page lagi..memang orang tu panas la nak komen.

ini pendapat aku saja..=)

Kepada yang tak tukar lagi..pergi la tukar..Tak tahu?...meh sini aku ajar.


Cara nak buat Komen box Pop-up

Click setting...pastu tengok langkah seterusnye kat gambar di bawah.

Click Pada gambar untuk Pembesaran si kecil


Nak off verification word pula still tempat yang sama.Tapi scroll bawah sikit.

Click Pada gambar untuk Pembesaran si kecil

Lepas itu Click Save Setting.


Semoga berjaya..

Baru la senang hati aku nak komen entry korang nanti..=)