Pada Suatu pagi yang indah lagi kesejukan.Aku melihat suasana pagi yang ceria di hadapan tasik(logi).Burung berterbangan bermain kejar-kejar,itik-itik di tasik(loji) bersembang kwek kwek kwek. Kelihatan bunga-bunga baru bangun tidur,embun-embun di dedaun yang kehijauan amat cantik sekali.
Akan tetapi,sesuatu telah menganggu aku daripada aku termenung sebentar tadi.Bunyi orang yang sedang tidur sambil berdengkor..Orang itu ialah shou.Damn punya shou,kacau mood aku je.Aku baru nak feeling pagi-pagi buta ini.Bukan selalu aku bangun awal pagi-pagi ini.Pukul 6.30am aku dah terjaga.Tak tahu la pasai apa.Selalu pukul 2pm aku sedar.
Bosan-bosan ini kerja aku tengok permandangan dekat luar je la.Tengok Sunshine.Wah.Gila nice la.Sedap-sedap aku pandang sekeliling permandangan,aku ternampak la seorang manusia tengah jalan kat bawah.Aku ingat orang nak pergi kerja.Tapi nampak pakaian orang itu macam selekeh je.Pastu dia leh sandar kat 1 pagar rumah kat bawah itu.
Aku fikir orang itu mesti tengah stim.Korang jangan nak fikir stim nafsu seks pulak..Aku tangan nanti..keh keh keh..Orang tu ada pegang something like plastik dalam tu ada tin.Ok,memang sah-sah orang tu tengah stim gam.Aku nak jerit malas la pulak.takut jiran-jiran complain.Aku biar dan lihat je la orang tu dok stim layan hidu gam itu.Macam syok je.Aku tengok dia cakap sorang-sorang.
Aku teringat Member-member aku cakap,kalau orang tengah stim hidu gam,orang itu akan berimaginasi.kira macam tengah berkhayal la.Aku boleh accept apa yang member-member aku tu bagitahu.Sebab aku nampak orang itu berimaginasi depan mata aku.Aku nampak dia macam tengah fight,buat gaya pemusnah ultraman.Aku tergelak sendirian.keh keh keh
Aku tengok dah macam orang gila dah.Dia boleh siap kata "Aku lah ultraman yang terkuat"..Aku boleh dengar apa yang mat gam tu mengarut sebab suasana pada masa itu agak sunyi sepi.
Tetibe owner rumah tu keluar buka pagar,nak keluar pergi kerja kot.Mat gam tu sound owner tu "jadi kau la ketua raksasa yerk,aku akan kalah kan kau".Ketawa besar aku dalam bilik ini.kah kah kah...Owner tu amek paip terus tembak air tu kat lahanat yang stim gam.Terus lari langkah seribu mat gam tu.
Seronok gak bangun awal pagi-pagi ini .Dapat tengok free show.kelakar pulak tu.
*cerita di'atas hanyalah rekaan sahaja...
kesimpulannya Masih ada lagi orang yang tidak menggunakan akal dengan bijak.Kenapa mereka perlu memusnah kan diri dan masa hadapan mereka sendiri.?.
Menghidu gam adalah sesuatu perkara yang tak baik untuk kesihatan.Malah boleh merosakkan sistem saraf kita terutama pada bahagian otak.Jika kertelaluan,ia boleh menyebabkan kematian.
Aku tak tahu la zaman sekarang ini ada lagi tak kegiatan hidu gam ini.Tapi masa zaman aku 2005/2007,kegiatan ini berleluasa.Terutama di'kalangan remaja peringkat sekolah.Malah kanak-kanak pon terlibat sama.
kalau mat gam ada baca entry aku ini,ada ke mat gam yang baca blog.?haha..
korang cepat-cepat la insaf yerk..Buang duit je korang beli gam pastu hidu.Tak ada guna la korang hidu..Baik korang beli gam tu,then korang bukak kedai repair kasut.Kan ok.Leh dapat duit.^^
Hope mereka yang hisap gam ini cepat-cepat la berhenti hidu gam itu.Bahaya doe.korang nak mati cepat ke.?
Kepada yang tak hidu gam tu,jangan sesekali mencuba.